Utama / Kandungan Artikel / Review / Dapatkan Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5 untuk persediaan SPM
Produk Review

Dapatkan Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5 untuk persediaan SPM

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Modul Spirit A+ memberikan anda semangat untuk belajar dan panduan yang jelas kerana dimulakan dengan gambaran umum tentang tajuk yang perlu dikuasai dalam setiap bab, kemudian disusuli dengan Nota Spirit A+ yang menerangkan fakta sebagai kata kunci untuk mudah diingat seterusnya huraiannya (termasuk contoh) yang relevan.
Lakukan persediaan awal bagi menghadapi SPM 2017 sekarang sebelum terlambat!

“Buku ini wajib dibeli kerana ia dimuatkan dengan nota yang padat dan membantu pelajar mengingati fakta-fakta dan flow dengan menggunakan kata kunci tanpa bersusah payah membaca setiap perenggan untuk mencari kata kunci seperti yang terdapat di dalam buku rujukan lain.”

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5 - Kulit Depan
Kulit Buku
Rekaan oleh Adi Azudin

Kelebihan buku ini

  • Buku ini digubal untuk memudahkan pembelajaran.
  • Buku ini lengkap dengan nota, soalan KBAT dan latihan.
  • Buku ini menyediakan skema jawapan.
  • Huraian jawapan dalam bentuk poin yang lebih mudah untuk rujukan.
  • Buku ini digubal mengikut format SPM.

Modul Spirit A+

Mencari Sumber Bacaan Yang Tepat?

Apa yang paling pasti setiap pelajar mahukan kecemerlangan dalam peperiksaan. Kunci utama ialah cara belajar yang betul dan sumber bacaan yang bertepatan.

“Perancangan yang jitu bermula dengan bahan bacaan yang terarah, relevan dan bermutu.”
Dr. Ahmad Rafaai

Nota yang terdapat dalam Modul ini adalah lengkap bagi setiap bab mengikut urutan yang terdapat dalam buku teks.

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5 - Kandungan
Kandungan buku terdiri daripada 6 bahagian
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5 - Nota KBAT
Sampel halaman

Bukan itu sahaja, buku ini juga berintegrasi dengan soalan-soalan menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi yang membabitkan aplikasi, analisis dan penilaian. Nota KBAT secara khusus disediakan menggunakan isu-isu semasa yang terkini dan relevan. Anda akan memperoleh panduan dalam menjawab soalan sebagaimana yang dikehendaki dalam kertas peperiksaan SPM (1249). Apa yang lebih mustahak, banyak set latihan disediakan yang meliputi Latihan Kendiri Kertas 1, 2 dan 3 serta Soalan-soalan Peperiksaan mengikut format SPM.

Selain daripada itu, analisis soalan-soalan yang pernah keluar 5 tahun kebelakangan dan jangkaan soalan penting pada tahun 2016 juga dicadangkan.

Pendek kata, anda pasti tersenyum memiliki Modul berharga ini sesuai dengan wang yang telah anda laburkan. Apatah lagi soalan-soalan yang pernah keluar dalam peperiksaan turut disertakan.

Pelajar juga tidak perlu risau, semua latihan dan soalan yang dikemukakan disediakan skema yang lengkap malahan terdapat juga nota kaki untuk memudahkan rujukan ketika membuat analisis setiap soalan.

Biar alah membeli menang memakai kata orang, anda tidak rugi. Segala tips telah dibekalkan dalam Modul ini, tinggal bagaimana anda memanfaatkannya untuk mendapat keputusan cemerlang.

“Ilmu itu tidak pernah rugi dengan wang yang anda laburkan.”

Dapatkan #NotaKBAT #Sejarah oleh @AhmadRafaai sekarang bagi membantu anda untuk #SPM2017 Klik untuk Tweet

Contoh Skema Jawapan

Antara kata kunci yang ada di dalam buku ini yang membantu pelajar menjawab soalan-soalan pada peperiksaan SPM 2016 yang lepas:

Contoh 1

Soalan

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Sejarah Kertas 2, Soalan 10, Halaman 11
SPM 2016

Jawapan


Contoh 2

Soalan

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Sejarah Kertas 2, Soalan 11, Halaman 12
SPM 2016

Jawapan


Panel Penulis

Ahmad Rafaai Ayudin

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5 - Rafaai Ayudin

Dr. Ahmad Rafaai Ayudin adalah anak kelahiran Lenggong, Perak. Memiliki sarjana dan ijazah kedoktoran dalam bidang pendidikan Sejarah. Mempunyai pengalaman sebagai pemeriksa kertas Sejarah dan instruktur KBAT. Kini berkhidmat di Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Sarawak.

Abdul Razaq Ahmad

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5 - Razaq Ahmad

Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Razaq Ahmad merupakan bekas guru di Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) Ipoh, Perak yang berpengalaman luas dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah. Kini bertugas sebagai Pensyarah di Jabatan Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Zuraini Husain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5 - Zuraini Husain

Zuraini Husain berasal dari Kok Lanas, Kelantan. Menceburi bidang perguruan sejak tahun 1997 bermula di Kuala Kubu Bharu. Sekarang berkhidmat di SMKA Tun Ahmad Zaidi, Kuching sebagai guru Sejarah. Mempunyai pengalaman sebagai pemeriksa Sejarah sejak tahun 2012.


Bagaimana Dapatkan Buku?

Untuk tempahan dan dapatkan buku ini, boleh hubungi 017-6561765 (Danial) atau 017-3213864 (Dalilah).

Bayaran

Bayaran hendaklah dibuat ke akaun Maybank Wardah Ilhamku, nombor akaun ialah 512026641105. Harga buku termasuk pos ialah RM40 (Semenanjung Malaysia) dan RM46 (Sabah dan Sarawak), maklumkan segera tentang pembayaran yang telah dibuat.

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Kerja dari rumah dengan iLancee

Tambah Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

Perkongsian Artikel

Jika artikel ini bermanfaat, sila kongsikan bersama rakan-rakan anda!

Dapatkan Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5 untuk persediaan SPM

Modul Spirit A+ memberikan anda semangat untuk belajar dan panduan yang jelas kerana dimulakan dengan gambaran umum tentang tajuk yang perlu dikuasai dalam setiap bab, kemudian disusuli dengan Nota Spirit A+ yang menerangkan fakta sebagai kata kunci untuk mudah diingat seterusnya huraiannya (termasuk contoh) yang relevan.

Kongsi bersama rakan