Google Allo
Sebelum anda baca artikel ini sila tonton video live demo di atas dan anda akan faham ciri-ciri yang terdapat di dalam aplikasi Allo.
“We design Allo to help you express yourself and keep conversation going.”
1. Whisper Shout

Imej: Google
Luahan emosi bukan sekadar pada emoji ataupun sticker, penggunaan teks juga memainkan peranan. Oleh itu, melalui Allo teks boleh dikecilkan dan dibesarkan sebelum pesanan dihantar. Melalui cara ini pesanan berkenaan dapat disampaikan dengan lebih baik.
2. Melukis pada foto

Imej: Google
Fungsi melukis pada foto juga antara ciri-ciri yang terdapat dalam Allo.
3. Smart Reply

Imej: Google
Fungsi Smart Reply terbina dalam Allo yang memberikan bantuan kepada anda bagi menghantar pesanan balas. Selalu anda gunakan maka ia lebih memahami konteks bahasa yang sering anda gunakan. Cadangan jawapan akan muncul sejurus anda menerima mesej, anda hanya perlu tekan sahaja terhadap pilihan jawapan yang hendak disampaikan tanpa perlu berfikir panjang. Mungkin juga suatu masa nanti konteks perbualan di dalam Bahasa Melayu turut difahami oleh Allo dengan baik, ianya tidak mustahil.
4. Mod Incognito

Imej: Google
Perbualan rahsia menggunakan Mod Incognito sama seperti pada pelayar Chrome atau seperti Secret Chat pada aplikasi Telegram. Rekod perbualan dihapuskan supaya tidak dapat dijejak kerana ianya perbualan rahsia anda.
5. Google Assistant

Imej: Google
Selalu anda guna fungsi carian Google pada pelayar web untuk mencari maklumat, tetapi dengan Google Assistant terbina di dalam Allo ia membantu anda mencari maklumat yang dikehendaki seperti contoh mencari restoran terbaik untuk makan malam sekitar Kuala Lumpur, kemudian dalam aplikasi Allo anda terus boleh lihat senarai maklumat tersebut serta boleh membuat tempahan tanpa perlu tinggalkan mesej. Hasilnya sudah tentu lebih pantas dan memudahkan kerja anda.
Ciri-ciri yang hebat ini membuatkan aktiviti menghantar pesanan anda lebih mudah dan menarik untuk digunakan. Paling penting sekali ialah aplikasi ini turut menyokong platform iOS, jadi lebih ramai pengguna mendapat manfaat.
“Adakah kita sama-sama boleh beralih dari aplikasi WhatsApp kepada Allo selepas ini?”