Apakah Kelebihan Telegram

Hari ini, Telegram sudahpun menghantar 1 billion mesej setiap hari yang digunakan oleh lebih 50 juta pengguna aktif dan sentiasa bertambah 1 juta pengguna baru seminggu. Saya memilih Telegram kerana ia menawarkan fungsi yang kebanyakan pesaingnya tidak tawarkan.

Kelebihan Telegram

1. File Transfer

Adakah anda pernah cuba menghantar PDF, Word, Excel atau eBook menggunakan WhatsApp atau Facebook Messenger? Anda pasti akan kecewa kerana kedua-dua apps berkenaan tidak boleh mengendalikan fail selain daripada imej, audio dan video. Telegram boleh menghantar apa sahaja jenis fail, tidak kisah. Malah, tidak menetapkan saiz fail yang boleh dihantar. Setakat ini saya sudah cuba hantar fail PDF saiz 39.8MB dan berjaya diterima tanpa sebarang masalah.

File Transfer - Kelebihan Telegram
Percubaan menghantar fail pada aplikasi Telegram

Berdasarkan contoh diatas, saya lakukan percubaan terhadap 2 jenis fail iaitu PDF (39.8MB) dan JPG (9.4MB). Sesiapa yang sangat pentingkan kualiti imej, tidak mahu sesuatu imej dikompress boleh hantar seperti ini di Telegram.

2. Penggunaan Username

Kebanyakan aplikasi mesej yang ada seperti WhatsApp, menggunakan nombor telefon untuk mengenal pasti pengguna mereka. Kesannya anda terpaksa mendedahkan nombor telefon untuk menggunakan aplikasi berkenaan. Jadi, nombor telefon anda tidak lagi rahsia.

Telegram menawarkan pengguna peluang untuk membuat username. Username berkenaan dapat dicari melalui fungsi search yang terdapat dalam aplikasi Telegram. Melalui cara ini pengguna tidak perlu dedahkan nombor telefon. Jadi, nombor telefon anda kekal rahsia.

Username - Kelebihan Telegram
Tetapan username supaya mudah untuk pengguna mencari anda

3. Tidak bergantung pada telefon bimbit

Walaupun kebanyakan aplikasi chat popular lain memerlukan telefon sebagai alat untuk menghantar mesej, Telegram pula boleh digunakan semata-mata pada tablet atau desktop. Anda hanya perlu mempunyai nombor telefon untuk tujuan pengenalan sahaja.

Layari Telegram versi web di alamat (https://web.telegram.org), berikan nombor telefon dan Telegram akan menghantar mesej SMS ke telefon anda termasuk kod untuk log masuk buat pertama kali.

Telegram Web - Kelebihan Telegram
Akses Telegram di pelayar web

Perbezaan dengan WhatsApp Web

WhatsApp juga sudah boleh dilayari pada versi web (https://web.whatsapp.com) namun masih bergantung dengan telefon bimbit anda. Apabila telefon anda berada diluar rangkaian WiFi yang digunakan bersama desktop, maka ia tidak berfungsi. Maksudnya, telefon bimbit tidak boleh berjauhan, mesti ada bersama.

4. Mesej dihantar ke setiap peranti

Semua mesej dan fail yang anda hantar dan terima melalui Telegram – kecuali Secret Chat – disegerakan (sync) kepada semua peranti anda. Oleh itu, ia mudah dan pantas untuk anda capai pada setiap peranti yang anda miliki tanpa bergantung pada sebuah telefon.

5. Secret Chat

Jika mahukan perbualan rahsia yang tidak dapat dijejak, takut kantoi dan sebagainya 😀 bolehlah mulakan Secret Chat.

Kelebihannya ialah:

  • Keselamatan yang tinggi – encryption.
  • Mesej tidak simpan di dalam server.
  • Memiliki fungsi timer untuk hapuskan mesej.
  • Mesej tidak boleh forward.

Secret Chat - Kelebihan Telegram

6. Telegram Channel

Baca tentang Telegram Channel pada artikel berikut:

http://adiazudin.com/blog/telegram-channel/

7. Group Chat

A. Supergroup

Group Chat di Telegram telah menyokong sehingga 5,000 orang ahli. Mula-mula perlu create Group yang menampung 1,000 orang ahli dan kemudian upgrade to supergroup.

Supergroup - Kelebihan Telegram
Supergroup menampung sehingga 5000 ahli

Rujukan:

B. Admins

Group Admin pula boleh ditentukan seberapa ramai yang mahu, nak lantik semua ahli pun boleh.

C. Fungsi Chat

Mention

Ketika sedang chat di dalam group sudah tentu ada mesej-mesej khas yang perlu ditujukan kepada ahli tertentu. Jadi, gunakanlah fungsi mention dengan cara meletakkan simbol “@” sejurus kemudian anda akan nampak senarai username ahli-ahli group.

Mention - Kelebihan Telegram
Fungsi mention berguna untuk memanggil rakan-rakan di dalam group

Reply

Cara yang betul untuk reply mesej ialah, klik dahulu mesej seseorang supaya keluar menu pilihan. Kemudian, klik “Reply”. Cara ini semua akan tahu jawapan anda kepada mesej mana, boleh elak kekeliruan. Malah, jika klik pada thumbnail mesej yang anda reply, secara automatik rujuk terus kepada mesej pertanyaan tersebut.

Reply - Kelebihan Telegram
Fungsi reply di dalam mesej

Hashtag

Hashtag boleh digunakan di dalam mesej. Tujuannya supaya mudah di kemudian nanti untuk anda cari balik mesej berkenaan. Pergi ke bahagian carian, cari sahaja hashtag “#” berkaitan. Sebelum itu, pastikan anda yakin bahawa hashtag berkenaan pernah digunakan.

8. Percuma

Aplikasi Telegram adalah percuma selamanya, tiada iklan dan tiada yuran langganan.

9. Downloads

Jadi, bila mahu beralih kepada Telegram?

32 Balasan untuk “Apakah Kelebihan Telegram”

  1. Bagaimana mahu pindahkan semua gambar, fail dalam Telegram A kepada Telegram B secara pantas dan mudah tanpa perlu download satu persatu? Terima kasih.

  2. Salam bos nk tanya ni, kalau kita tersend gambar dalam group lepastu nak delete supaya orang lain tak boleh tengok macam mana ya?

  3. Assalam Adi, apabila kita dalam group Telegram bagaimana hendak clear history dari member kita supaya memory hp tidak berat? Sebelum ini boleh tetapi sekarang admin sahaja yang boleh buat.

  4. Hai, nak tnya sikit.
    Camner nak download video dlm Telegram ke iPhone? Saya dah donwload VLC tapi masih ada problem nak download video dari group English saya.

      1. Dalam shared media tiada file. Hanya gambar dan bukan video. Saya guna iPhone 6+ dan bnyak kali cuba x dapat gak download media.

  5. Saudara Admin telah mengatakan:

    “clear cache untuk buang simpanan yang ada di telefon.”

    Adakah apabila kita melakukan clear cache tu, ia nya turut buang semua gambar-gambar dan video dalam simpanan di gallery hp kita?

    1. Photos, Videos, Documents, Voice messages & Other files – boleh buang semua ini. Jika diperlukan akan datang, boleh download kembali. Gambar-gambar yang dibuang dari devices yang berkaitan dengan Telegram sahaja lah.

  6. Assalamualaikum,
    Saya telah created satu Telegram Group dan telah di upgraded ke Supergroup. Saya nak bertanya apakah semua video atau audio yg saya postkan ke group telah menambahkan lagi ruangan data atau membuatkan hp jadi berat? Saya juga telah beri saranan agar disavekan ke dalan Drive selepas tu delete aje video atau audio tu, betul ke cara tu?

    Tolong beri nasihat kepada saya.

    Sekian, terima kasih.

    1. Wa’ alaykum al-Salam,
      Semua chat termasuk Group dan Channel disimpan di Telegram cloud. Jika ada media yang telah didownload, boleh semak di Cache Settings, clear cache untuk buang simpanan yang ada di telefon. Cache berfungsi untuk mempercepatkan loading sama seperti website, perkara yang dilihat berulang diambil dari versi cache. Jika cache kosong, apabila kita buka kembali sesuatu chat akan diproses baru.

  7. Saya ada masalah untuk aktifkan Telegram. Apabila masukkan no telefon, tidak dapat aktifkan sebab network error walaupun data saya telah on, bagaimana cara hendak atasi masalah ini.

  8. Terbaik!
    Tahniah, simple, saya berpuas hati, selepas ini Blog Adi Azudin akan menjadi satu sumber rujukan untuk saya. Terima kasih.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *