Ruangan pengumuman dikosongkan.

Aplikasi Google Trips sebagai perancang percutian

Kongsikan
Aplikasi perancang percutian Google Trips boleh menjadi pembantu peribadi bagi merancang percutian ke sesuatu tempat. Ia berfungsi menyimpan segala maklumat daripada A-Z berkaitan percutian anda semuanya hanya dalam satu aplikasi.

Maklumat tempahan tiket penerbangan, hotel dan tempat-tempat penting yang anda rancang, perkara yang wajib dibuat, senarai lokasi tempat makan dan minum serta boleh simpan peta lokasi untuk digunakan secara offline.

Teras utama aplikasi ini ialah:

  • Membantu anda sebagai pelancong merancang percutian dengan lebih baik tanpa tekanan iaitu aplikasi ini secara automatik mengeluarkan peta tempat percutian yang bakal anda lawati bagi mencadangkan kepada anda apakah tempat yang patut dilawati dan aktiviti yang patut dibuat dalam separuh hari ataupun sepanjang hari di sana. Jika anda rasa tidak sesuai terhadap cadangan yang dikemukakan anda boleh lihat senarai penting dikeluarkan yang memudahkan rujukan. Perkara ini sangat membantu kita semua jimatkan masa dalam mencari maklumat.
  • Kesemua maklumat lengkap berkaitan percutian anda disimpan dalam satu tempat iaitu tempahan penerbangan, hotel, peta tempat-tempat menarik yang telah anda save kesemuanya dalam aplikasi ini.
  • Boleh digunakan juga walaupun tanpa internet. Caranya mudah sahaja, setelah siap segala perancangan anda klik butang download bagi trip tersebut, maka bolehlah digunakan nanti jika terputus sambungan internet.

Buat Pilihan Tempat

  • Untuk memulakan sesuatu trip mudah sahaja, anda cari destinasi percutian, kemudian Google Trips akan membuat cadangan selepas itu.

Rancang Percutian Dengan Mudah

  • Cadangan untuk sehari dikeluarkan oleh Google Trips, bukan satu sahaja malah pelbagai kategori dicadangkan.
  • Apabila masuk ke dalam senarai cadangan, peta lokasi tempat berserta review pula dipaparkan kepada anda, sungguh memudahkan perancangan anda seterusnya.

Kesemua Maklumat Dalam Satu Tempat

  • Langkah terakhir jangan lupa download lokasi percutian supaya mudah nanti apabila terputus sambungan internet dan semak kembali tempahan penerbangan, kereta sewa dan hotel.

Dapatkan aplikasi ini sekarang di Google Play dan App Store, ia sudah sedia dan boleh digunakan.

Sumber: Google Trips

Saya amat berharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Ikuti saya di Twitter untuk berhubung.

Adi Azudin

Menulis tutorial sejak 2014 sebagai panduan untuk diri sendiri dan akhirnya berkongsi panduan berkenaan di blog ini.

Panduan lain untuk dibaca

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penafian: Beberapa pautan pada blog ini adalah pautan afiliasi. Segala pautan ini adalah tidak memberikan anda sebarang kos tambahan, saya akan mendapat peratusan yang kecil iaitu komisen jika anda membuat pembelian dan saya hanya mengesyorkan produk yang terbaik!