Aplikasi Perancang Percutian Google Trips

Google Trips

Teras utama aplikasi ini ialah:

  • Membantu anda sebagai pelancong merancang percutian dengan lebih baik tanpa tekanan iaitu aplikasi ini secara automatik mengeluarkan peta tempat percutian yang bakal anda lawati bagi mencadangkan kepada anda apakah tempat yang patut dilawati dan aktiviti yang patut dibuat dalam separuh hari ataupun sepanjang hari di sana. Jika anda rasa tidak sesuai terhadap cadangan yang dikemukakan anda boleh lihat senarai penting dikeluarkan yang memudahkan rujukan. Perkara ini sangat membantu kita semua jimatkan masa dalam mencari maklumat.
  • Kesemua maklumat lengkap berkaitan percutian anda disimpan dalam satu tempat iaitu tempahan penerbangan, hotel, peta tempat-tempat menarik yang telah anda save kesemuanya dalam aplikasi ini.
  • Boleh digunakan juga walaupun tanpa internet. Caranya mudah sahaja, setelah siap segala perancangan anda klik butang download bagi trip tersebut, maka bolehlah digunakan nanti jika terputus sambungan internet.

Buat Pilihan Tempat

Aplikasi Perancang Percutian Google Trips - Skrin 1
Untuk memulakan sesuatu trip mudah sahaja, anda cari destinasi percutian, kemudian Google Trips akan membuat cadangan selepas itu
Google Trips

Rancang Percutian Dengan Mudah

Aplikasi Perancang Percutian Google Trips - Skrin 2
Cadangan untuk sehari dikeluarkan oleh Google Trips, bukan satu sahaja malah pelbagai kategori dicadangkan
Google Trips
Aplikasi Perancang Percutian Google Trips - Skrin 3
Apabila masuk ke dalam senarai cadangan, peta lokasi tempat berserta review pula dipaparkan kepada anda, sungguh memudahkan perancangan anda seterusnya
Google Trips

Kesemua Maklumat Dalam Satu Tempat

Aplikasi Perancang Percutian Google Trips - Skrin 4
Langkah terakhir jangan lupa download lokasi percutian supaya mudah nanti apabila terputus sambungan internet dan semak kembali tempahan penerbangan, kereta sewa dan hotel
Google Trips

Dapatkan aplikasi ini sekarang di Android dan iOS, ia sudah sedia dan boleh digunakan.

Sumber: Google Trips

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *