Ruangan pengumuman dikosongkan.

BigPay menawarkan banyak kelebihan kepada pengguna

Kongsikan
Industri financial technology atau ringkasnya disebut FinTech nampaknya semakin berkembang di dalam negara kita, pelbagai kemudahan dalam industri kewangan selain perbankan muncul seperti Boost, Razer Pay, GrabPay, Touch n Go, BigPay dan akan muncul kemudian Happy Mastercard.

Berbelanja secara cashless amat bagus kerana setiap transaksi direkodkan dan mudah tanpa perlu mencari mesin juruwang automatik (ATM) untuk keluarkan duit daripada bank.

Saya juga amat berharap budaya cashless diamalkan lebih meluas kerana ia lebih efisien dan selamat daripada berbelanja menggunakan tunai. Sampai satu tahap nanti, hanya urusan tanpa tunai digunapakai dalam urusan perniagaan, tiada keperluan lagi untuk membawa tunai.

Mengikut statistik pengguna telefon pintar di Malaysia pada tahun 2018, seramai 24 juta orang aktif menggunakan internet dan merupakan negara ke-10 di dunia sebagai pemilik telefon pintar paling tinggi. Oleh itu, masa depan industri fintech sangat cerah.

Baca: Malaysia pemilik telefon pintar tertinggi ke-10 di dunia


Tawaran BigPay kepada pengguna

Aplikasi e-wallet bersama kad debit

BigPay app dan Kad Debit
Integrasi antara app dan kad lebih menarik kerana app tersebut dibuat khusus untuk menyimpan rekod transaksi perbelanjaan berbeza dengan e-wallet lain

Aplikasi BigPay yang dilancarkan pada tahun lalu oleh Tony Fernandes, CEO AirAsia menawarkan pilihan yang baik kepada pengguna.

Baca: BigPay First Anniversary

Aplikasi berkenaan bukan sekadar aplikasi e-wallet seperti yang lain, ia didatangkan bersama kad debit yang menawarkan kelebihan-kelebihan berikut:

Animasi BigPay app
  • Aplikasi pengurusan kewangan bersama kad debit meyimpan rekod transaksi yang dilakukan dengan kemas dan susun atur yang menarik seperti aplikasi rekod kewangan yang lain tetapi lebih mudah kerana integrasi bersama kad.
  • Boleh hantar dan terima duit antara ahli secara segera maksudnya instant (seperti Instant Transfer di bank). Perkara ini boleh diamalkan untuk menghantar “split bill” iaitu request payment daripada rakan apabila berkongsi bayaran terhadap sesuatu pembelian barang atau perkhidmatan.
  • Pengeluaran duit di ATM seluruh dunia pada kadar RM10 bagi setiap pengeluaran. Jika ada ahli keluarga yang menuntut di luar negara boleh juga menggunakan BigPay sebagai kaedah menghantar wang kepada mereka. Kelebihan BigPay ialah tidak melibatkan bank, duit yang dikirim dapat diterima serta-merta.
  • Sifar bayaran proses pembelian tiket AirAsia. Adalah lebih bijak untuk berjimat ketika berbelanja termasuklah membeli tiket penerbangan dan nilai tambah yang lain. Ketika membeli tiket AirAsia, bayaran proses sebanyak RM4 untuk internet banking dan RM16 untuk kredit / debit kad yang lain, bayangkan jika kerap membeli tiket, sudah tentu jumlah yang besar telah dikeluarkan untuk membayar bayaran proses sahaja. Gunalah BigPay kerana tiada sebarang caj, malah mendapat diskaun lagi untuk tambahan makanan di dalam penerbangan.
  • Kadar pertukaran mata wang terbaik. Apabila hendak melancong ke luar negara BigPay memberikan kadar tukaran terbaik. Setiap kali tiba di mana-mana negara luar, kadar tukaran mata wang akan dihantar kepada anda melalui app dan kad BigPay sedia untuk digunakan pada bila-bila masa.
  • Berbelanja dan kumpul mata ganjaran BIG Points. Setiap kali melakukan tambah nilai dan juga pembelian anda pasti menerima mata ganjaran BIG Points yang boleh ditebus kemudian untuk pembelian tiket penerbangan AirAsia.

Rujuk dan nikmati ganjaran

BigPay Referral

Rujuk dan nikmati ganjaran setiap kali rakan anda menjadi sebahagian daripada revolusi ini dan mengaktifkan kad BigPay, ganjaran RM10 diberikan kepada anda berdua.

Mahu RM10 percuma dengan BigPay? Guna kod rujukan 3S9PHVH2FC ketika mendaftar.

Muat turun aplikasi

Dapatkan sekarang aplikasi BigPay di App Store atau Google Play dan mulakan mendaftar. Tambah nilai pertama sebanyak RM20 dan kad debit akan dihantar terus ke alamat rumah.


Budaya Cashless

Bayaran Tanpa Tunai

Saya telah mengamalkan cashless di dalam aktiviti perbelajaan harian, cuma pada kadar minimum terpaksa ke ATM mengeluarkan tunai, itupun tidak lebih daripada RM100 bagi tujuan tertentu untuk pembelian dengan penjual yang tidak menjadi pedagang (merchant) kepada mana-mana syarikat FinTech.

Contoh untuk mengamalkan budaya cashless:

  • Memesan makanan menggunakan GrabFood, bayar dengan GrabPay. GrabPay link kepada kad debit, boleh jadikan kad BigPay sebagai kad utama. Maka, setiap kali memesan makanan dengan nilai RM20, dapat 1 mata ganjaran BIG Points.
  • Jika malas memandu kereta terutama penduduk Kuala Lumpur, gunalah GrabCar dan bayaran juga dengan GrabPay.
  • Tetapi jika mahu memandu bagi mereka yang tiada kereta sendiri, boleh guna kereta sewa seperti Socar atau GoCar, bayar menggunakan kad debit, gunalah BigPay untuk kumpul lebih banyak mata ganjaran, bukankah itu dinamakan bijak.
  • Pergi ke pasar malam atau kedai runcit boleh menggunakan aplikasi Boost atau Razer Pay di 7 Eleven, ia bukanlah satu masalah untuk membayar RM1 dengan menggunakan aplikasi. Bagi sesetengah orang yang tidak mengamalkan budaya cashless mungkin terasa pelik. Tapi ia adalah kebiasaan bagi saya sendiri yang menulis artikel ini.
  • Berbelanja barang dapur di Tesco, NSK, Giant, Village Grocer dan lain-lain, ketika di kaunter juga boleh bayar menggunakan kad. Setakat ini di pasaraya NSK boleh gunakan aplikasi Boost, jadi pilihan yang ada sangat mudah.
  • Google Pay dan Apple Pay juga boleh menjadikan kad debit BigPay sebagai kad utama bagi langganan aplikasi, majalah atau muzik. Setiap kali bayaran langganan bulanan Apple Music dilakukan, terdapat rekod transaksi di dalam aplikasi BigPay, mudah untuk pantau.
  • Bayaran tol pula menggunakan aplikasi Touch n Go, tetapi buat masa ini ianya masih dalam tempoh percubaan. Hanya 3 plaza tol setakat ini menerima penggunaan e-wallet. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh semak di dalam aplikasi Touch n Go. Tetapi pada masa akan datang setelah ia diamalkan secara menyeluruh, MyKad boleh digunakan untuk tolak nilai caj terus dari e-wallet Touch n Go.
  • Naik ERL selalunya saya tidak beratur panjang membeli tiket kerana saya pengamal cashless, kiosk untuk tiket ERL menerima pembayaran menggunakan kad debit.

Contoh-contoh di atas adalah relevan dengan apa yang cuba disampaikan iaitu berbelanja secara tanpa tunai (cashless) dan dapat manfaatkan BigPay dalam budaya cashless harian. Jangan sekadar ada tetapi tidak menggunakannya.

Kesimpulan

Bagi perniagaan atau bisnes seperti restoran, sekolah, kedai dan pasaraya saya amat galakkan pemilik bisnes tersebut menjadi pedagang (merchant) dalam industri FinTech, kerana end-user boleh mengamalkan transaksi tanpa tunai pada bila-bila masa.

Pembayaran Tanpa Tunai

Lebih ramai pedagang, maka komuniti cashless makin berkembang.

Bagi yang belum mengamalkan urusan tanpa tunai, bukan keselesaan dengan cara lama perlu ditegakkan. Selesa akan terjadi melalui kelaziman, risau dengan transaksi online kerana kurang bijak menilai antara benar atau palsu, banyakkan membaca dan mencari maklumat.

Saya amat berharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Ikuti saya di Twitter untuk berhubung.

Adi Azudin

Menulis tutorial sejak 2014 sebagai panduan untuk diri sendiri dan akhirnya berkongsi panduan berkenaan di blog ini.

Panduan lain untuk dibaca

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.