Utama / Kandungan Artikel / Review / Peraduan / 10 Hadiah Harijadi Impian di Lazada
Blogging Peraduan

10 Hadiah Harijadi Impian di Lazada

Selamat ulangtahun Lazada Malaysia yang ke-4. Portal membeli-belah atas talian yang menawarkan pelbagai produk pilihan memberikan anda diskaun sehingga 90% bersempena ulangtahun ini. Sebelum terlambat, marilah semua berkunjung ke lazada.com.my sekarang!

Hadiah Harijadi Lazada

Shopping App No. 1 Asia Tenggara

App Store
Google Play

10 produk impian yang hendak dibeli mengikut keperluan dan juga kehendak saya sebagai seorang pereka grafik dan juga blogger adalah:

  • Apple MacBook Pro
  • Apple iPad Pro
  • Huawei Nexus 6P
  • Motorola Moto360
  • JBL Bluetooth Speaker
  • GoPro Hero 4
  • WD My Cloud 2TB
  • 4K LED TV
  • Alkaline Water System
  • Samsonite Carrier

10 Produk Impian

1. Apple MacBook Pro

Hadiah Harijadi Lazada - MacBook Pro

RM10,599.00

MacBook Pro dengan saiz skrin Retina 15 inci dan memiliki spesifikasi paling tinggi diperlukan bagi memenuhi keperluan saya untuk bergerak bebas bagi melakukan kerja-kerja rekabentuk di mana sahaja saya berada tanpa hanya bergantung kepada desktop yang sedia ada di rumah.

2. Apple iPad Pro

Hadiah Harijadi Lazada - iPad Pro

RM4,400.00

iPad Pro boleh digunakan bersama Apple Pencil untuk saya hasilkan grafik vector yang kemudian boleh dipindahkan ke Adobe Illustrator untuk proses editing dan layout. Selain itu, saya suka membaca blog, membeli-belah dan menonton video iFlix di iPad kerana ia ringan dan mudah dibawa.

3. Huawei Nexus 6P

Hadiah Harijadi Lazada - Nexus 6P

RM2,449.00

Apabila bercakap berkaitan telefon pintar, rangkaian telefon Nexus keluaran Google adalah pilihan terbaik, saya menyukainya kerana fungsi Multi-User yang tiada di dalam iOS. Menggunakan dan menerima OS Android terkini pada setiap telefon bimbit Nexus adalah keutamaan Google dan mereka telah melakukannya. Jika saya guna Samsung, kemaskini untuk OS Android terkini bukan dilakukan serta-merta dan mengambil masa, lagi satu ianya bukan stock Android. Android 5.0 (Lollipop) dan ke atas memiliki fungsi Multi-User yang tiada dalam iOS dan itulah yang saya guna bersama Nexus 5 ketika ini. Jika guna Multi-User anda boleh buat 2 akaun WhatsApp hanya dalam satu telefon.

4. Motorola Moto360

Hadiah Harijadi Lazada - Moto360

RM1,569.00

Beberapa utas jam tangan daripada pelbagai jenama lain telah dimiliki tetapi tiada satu pun smartwatch. Moto360 adalah pilihan saya untuk digandingkan bersama Nexus 6P sebagai pelengkap gaya.

5. JBL Bluetooth Speaker

Hadiah Harijadi Lazada - JBL Pulse 2

RM777.00

JBL Bluetooth Speaker memiliki rupa yang menawan, ia berbentuk silinder dan menghasilkan lampu yang cantik ketika anda menjalankannya. Semasa berada di meja kerja atau berehat sambil guna telefon Nexus atau iPad dengan speaker ini lebih mudah kerana ia tanpa wayar dan saya tidak perlu untuk guna earphone sepanjang masa.

6. GoPro Hero 4

Hadiah Harijadi Lazada - GoPro Hero 4

RM2,158.00

GoPro Hero 4 diperlukan sebagai kamera tambahan ketika saya bercuti. Lihat artikel travel yang telah dihasilkan dan ia berjaya menarik ramai pembaca dan mereka suka apa yang saya tulis tetapi sayangnya memori aksi seperti parasailing dan snorkeling tidak dirakamkan kerana tiada kamera aksi dan kalis air seperti GoPro. GoPro akan bersama saya bagi kembara percutian akan datang dan anda boleh lihat lagi review percutian terbaik yang bakal saya hasilkan dengan lebih banyak.

7. WD My Cloud 2TB

Hadiah Harijadi Lazada - WD MyCloud

RM910.93

WD My Cloud adalah network storage yang akan saya guna di rumah untuk simpan semua data kerja dari iMac, MacBook, iPad dan juga foto serta video dari smartphone. Ianya memberi kemudahan kepada saya untuk capai fail yang ada dalam rangkaian. Kapasiti storan ini ialah 2TB.

8. 4K LED TV

Hadiah Harijadi Lazada - 4K LED TV

RM2,688.00

4K adalah “Ultra High Resolution” yang mana secara umumnya memberikan kualiti paparan 4,000 pixels (melintang). Kebiasaannya saiz skrin 4K ialah 4096×2160 pixels. Lagi tinggi atau lagi kecil titik setiap inci (dot per inch) pada LED skrin maka kualiti visual yang dihasilkan sangat jelas, tajam dan warna yang tepat.

Saya pilih 4K LED TV untuk tujuan hiburan di rumah, digunakan bersama Chromecast untuk menonton video iFlix, bermain game pada paparan yang besar dan memuaskan bagi memenuhi waktu senggang setelah penat memerah otak melakukan kerja-kerja rekabentuk.

9. Alkaline Water System

Hadiah Harijadi Lazada - Alkaline Water System

RM1,800.00

Air yang bersih adalah sangat penting untuk kehidupan yang sihat. Keperluan asas untuk kita hidup cergas supaya bertenaga untuk melakukan tugas-tugas harian dan juga beribadah. Saya pilih alkaline water system untuk penapis air di rumah.

10. Samsonite Carrier Enginero

Hadiah Harijadi Lazada - Samsonite

RM1,018.86

Samsonite adalah jenama pilihan saya untuk bagasi travel. Saya pilih bagasi jenis hard case untuk beg travel baru menggantikan beg lama yang saya ada.


Itulah 10 produk pilihan saya. Berbelanja mengikut bajet dan keupayaan masing-masing, pastikan anda tahu kenapa anda beli sesuatu produk, fungsi dan spesifikasi serta nilainya terhadap wang yang dibelanjakan.

This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY blogger contest. Cash and Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia and shopcoupons.

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Kerja dari rumah dengan iLancee

Tambah Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

Perkongsian Artikel

Jika artikel ini bermanfaat, sila kongsikan bersama rakan-rakan anda!

10 Hadiah Harijadi Impian di Lazada

Selamat ulangtahun Lazada Malaysia ke-4! Marilah berkunjung ke portal online ini yang menawarkan anda pelbagai pilihan menarik.

Kongsi bersama rakan