Utama / Kandungan Artikel / Berita / 10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang iPhone 7
Berita IT

10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang iPhone 7

8 September 2016, 1 pagi - Baru sebentar tadi pasukan Apple yang diketuai oleh Tim Cook mengadakan acara media di Bill Graham Civic Auditorium, San Francisco bagi mengumumkan beberapa produk baru serta kemaskini yang bakal diterima pelanggan sebelum menjelang hujung tahun ini. Produk yang paling mendapat kejutan dan ditunggu-tunggu ialah iPhone 7 dan iPhone 7 Plus.

1. Rekabentuk

Rekabentuk iPhone 7
Video: Apple

Kali ini bagi versi iPhone yang ke-7 Apple membawakan rekaan badan iPhone daripada aluminium dengan permukaan kaca berkilat berwarna hitam diberi nama Jet Black. Jet Black hanya terdapat untuk kapasiti storan 128GB dan 256GB sahaja. Manakala empat lagi warna yang lain ialah Black, Gold, Silver dan Rose Gold.

Tentang iPhone 7 - Pilihan Warna
5 warna pilihan iaitu Jet Black, Black, Gold, Silver dan Rose Gold
Imej: Apple

Spesifikasi Teknikal

  • Skrin iPhone 7 ialah 4.7″ Retina HD
  • Skrin iPhone 7 Plus ialah 5.5″ Retina HD
  • Kapasiti storan hanya ada tiga pilihan iaitu bermula dengan 32GB, 128GB dan 256GB

Untuk lihat spesifikasi lengkap, anda boleh rujuk di sini: Technical Specifications.

Harga

  • iPhone 7 dijual pada harga RM3,199 (32GB), RM3,699 (128GB) dan RM4,199 (256GB).
  • iPhone 7 Plus pula dijual pada harga RM3,799 (32GB), RM4,299 (128GB) dan RM4,799 (256GB).

Harga rasmi boleh rujuk di Apple Malaysia.

Bila di Pasaran

Pre-order bermula esok 9 September dan akan mula dijual di negara-negara yang disenaraikan pada 16 September ini.

Berada di pasaran Malaysia mulai 14 Oktober 2016.

2. Butang Home

Tentang iPhone 7 - Home Button
Butang home kini statik tidak boleh diklik, ia bertindakbalas daripada sentuhan jari anda dan dikuasakan oleh Enjin Taptic
Imej: Apple

Butang Home diberi sentuhan baru yang selama ini digunakan sejak iPhone pertama pada 2007, 9 tahun yang lalu. Kini butang Home bukan lagi mekanikal dan ia lebih sensitif terhadap tekanan, dikuasakan oleh Taptic Engine. Tindak balas Taptic digunakan untuk mesej, notifikasi, nada dering dan beberapa perkara menerusi Taptic Engine API.

3. Kalis Air dan Debu

Tentang iPhone 7 - Kalis Air
iPhone kini kalis air dan debu
Imej: Apple

Peningkatan yang amat baik dan menarik perhatian saya ialah iPhone 7 berkeupayaan kalis air dan debu. Usah risau lagi jika iPhone anda terjatuh ke dalam sinki ketika sedang mencuci tangan ataupun ketika anda berlari di waktu hujan lebat secara tidak sengaja, semuanya selamat.

4. Kamera

Kualiti kamera pada iPhone 7 dan iPhone 7 Plus diberi penekanan yang amat baik.

Tentang iPhone 7 - Kamera
Kamera belakang iPhone 7 dan iPhone 7 Plus
Imej: Apple

Ciri-ciri Kamera iPhone 7

  • Kamera utama 12MP
  • Kamera hadapan 7MP
  • Penstabilan imej optikal
  • Bukaan aperture yang lebih besar iaitu f1.8
  • Kanta optikal 6 elemen
  • Sensor berkelajuan tinggi
  • Quad-LED True Tone flash
  • Gamut warna yang lebih luas

Bukaan aperture yang luas membolehkan kamera ini menangkap gambar dalam suasana kekurangan cahaya dengan lebih baik. Hasilnya gambar lebih cerah dan tajam tanpa noise.

Kamera iPhone 7 dan iPhone 7 Plus juga menyokong format RAW.

“Ini adalah kamera terbaik yang pernah dicipta untuk mana-mana telefon pintar.”

Tentang iPhone 7 - Testimonial

Kelebihan Kamera iPhone 7 Plus

Bagi iPhone 7 Plus pula terdapat kesemua ciri-ciri di atas ditambah dua kamera berkuasa 12MP. Satu bertindak sebagai kanta Wide-angle manakala satu lagi berkeupayaan zoom secara optikal iaitu Telephoto.

Tentang iPhone 7 - Lensa Kamera
Dua kamera berkuasa 12MP dengan aperture f1.8 (Wide-angle) dan f2.4 (Telephoto)
Imej: Apple

“Dengan dua kamera berserta dua lensa, kami boleh bawakan keupayaan zoom di iPhone.”

Zoom Optikal

Kamera iPhone 7 Plus boleh melakukan 2x zoom optikal dan 10x zoom digital.

Tentang iPhone 7 - Zoom Optikal
Antaramuka zoom
Imej: Apple
Tentang iPhone 7 - Hasil Zoom
Contoh imej asal dan selepas zoom
Imej: Apple

Bokeh (Depth of field)

Keupayaan memudarkan imej latar belakang ataupun dipanggil bokeh boleh dibuat terus daripada kamera ini. Apple telahpun menerima maklum balas positif daripada jurufoto profesional tentang perkara ini.

Tentang iPhone 7 - Sampel
Contoh imej dengan bokeh
Imej: Apple

Tentang iPhone 7 - Testimonial

5. Skrin Retina HD

Tentang iPhone 7 - Retina HD
Skrin Retina HD
Imej: Apple

Setakat ini kita telah melihat iPhone dikemaskini dengan kemasan baru, kamera yang lebih baik dan seharusnya juga paparan skrin yang digunakan bersama juga lebih baik dan ditingkatkan daripada versi iPhone 6 sebelum ini.

6. Pembesar Suara Stereo

Tentang iPhone 7 - Pembesar Suara Stereo
Pembesar suara stereo
Imej: Apple

Kekuatan pembesar suara dijanjikan 2 kali lebih kuat daripada versi 6S.

7. Audio Menerusi Lightning

Tentang iPhone 7 - Lightning Audio
Fon telinga kini menggunakan kabel lightning
Imej: Apple

Selepas ini audio digital hanya menggunakan sambungan lightning, tiada lagi lubang headphone analog yang telah dipakai sekian lama.

8. Wireless

AirPods

Memperkenalkan AirPods
Video: Apple

Sebelum berakhirnya pembentangan tentang iPhone, Apple memperkenalkan aksesori yang begitu menawan untuk mendengar audio tanpa wayar iaitu AirPods yang akan berada di pasaran pada hujung Oktober ini. Harga bagi peranti ini ialah USD159 bersamaan RM644.

AirPods menggunakan cip Apple W1 dan bateri boleh bertahan sehingga 5 jam penggunaan. Manakala bekas simpanannya pula menyimpan kuasa bateri sehingga 25 jam jika telah dicaj penuh.

Tentang iPhone 7 - AirPods
Aksesori terkini untuk audio tanpa wayar – AirPods
Imej: Apple
Tentang iPhone 7 - AirPods
AirPods bertahan sehingga 5 jam
Imej: Apple
Tentang iPhone 7 - AirPods
AirPods boleh digunakan sebelah atau kedua-dua belah ketika mendengar muzik
Imej: Apple

9. Apple Pay

Tentang iPhone 7 - Apple Pay
Penggunaan ApplePay
Imej: Apple

Perkara ke-9 yang dibentangkan malam tadi ialah Apple Pay. Jadi saya tambah juga di dalam artikel ini supaya sama seperti keynote. Apple Pay kini menyokong Felica di Jepun dan akan bermula pada hujung Oktober ini. Bagi negara kita Malaysia, Apple Pay belum digunakan.

10. Keunggulan Prestasi

Tentang iPhone 7 - A10 Fusion
iPhone 7 dan 7 Plus dikuasakan oleh cip pemprosesan A10 Fusion
Imej: Apple

Prestasi iPhone 7 sememangnya unggul, ia adalah sebuah telefon pintar paling laju yang dikuasakan oleh cip A10 Fusion 64-bit. Keupayaan grafik juga amat baik iaitu 240x berbanding dengan iPhone pertama. Adobe Lightroom boleh dijalankan dengan baik pada iPhone 7 tanpa sebarang masalah.

Kuasa bateri pula secara purata bertahan lebih 2 jam berbanding iPhone 6S, hanya sejam jika dibandingkan pula dengan Plus.

“Kuasa bateri paling lama berbanding mana-mana iPhone.”

Ini sahaja artikel 10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang iPhone 7. Saya segera siapkan artikel ini untuk rujukan semua, jika ada sebarang ralat akan saya kemaskini.

Sumber: iPhone 7 – Apple

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Kerja dari rumah dengan iLancee

Tambah Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

Perkongsian Artikel

Jika artikel ini bermanfaat, sila kongsikan bersama rakan-rakan anda!

10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang iPhone 7

iPhone 7 baru sahaja dilancarkan awal pagi tadi waktu Malaysia. Artikel ini adalah berkaitan 10 Perkara Anda Pertu Tahu Tentang iPhone 7.

Kongsi bersama rakan