Utama / Kandungan Artikel / Berita / Terima 100 mata ganjaran BIG untuk daftar masuk sendiri bagi penerbangan AirAsia dari KLIA2
Berita Tempatan

Terima 100 mata ganjaran BIG untuk daftar masuk sendiri bagi penerbangan AirAsia dari KLIA2

100 mata ganjaran BIG untuk daftar masuk sendiri
Lakukan daftar masuk sendiri melalui web dan mudah alih bagi perjalanan dari KLIA2 dan terima 100 mata ganjaran BIG!
100 mata ganjaran BIG untuk daftar masuk sendiri
Daftar masuk menjadi lebih mudah dan pantas dengan menggunakan aplikasi pada peranti mudah alih ataupun melalui laman web AirAsia

Sebagai salah satu usaha merealisasikan proses daftar masuk automatik dan seterusnya meningkatkan pengalaman perjalanan untuk tetamu di KLIA2, AirAsia akan memberi sebanyak 100 mata ganjaran BIG kepada para tetamu yang melaksanakan proses daftar masuk melalui web dan mencetak pas masuk sendiri atau daftar masuk menggunakan peranti mudah alih sebelum tiba di KLIA2 untuk jangkamasa terhad.

100 mata ganjaran BIG tersebut akan dikreditkan secara automatik ke akaun tetamu AirAsia yang telah melakukan proses daftar masuk melalui web atau peranti mudah alih dan yang telah mencetak pas masuk mereka. Daftar masuk atas talian boleh dilakukan seawal 14 hari dan sehingga 1 jam sebelum waktu berlepas bagi penerbangan AirAsia dan sehingga 4 jam sebelum waktu berlepas untuk semua penerbangan AirAsia X.

Tetamu yang telah melakukan daftar masuk sendiri di rumah boleh terus ke pintu berlepas apabila tiba di KLIA2, membolehkan mereka melangkau barisan panjang sebelum ke pemeriksaan imigresen dan kastam. Sementara itu, bagi tetamu yang mempunyai bagasi untuk didaftar masuk boleh terus ke kaunter “Baggage Drop” dan melangkau proses daftar masuk di lapangan terbang.

100 mata ganjaran BIG untuk daftar masuk sendiri
Rajah masa daftar masuk atas talian mula dibuka dan langkah-langkah seterusnya sehingga tiba waktu perlepasan bagi penerbangan AirAsia di KLIA2

Terdapat juga kaunter pemeriksaan dokumen khusus di KLIA2 untuk kemudahan para tetamu bagi memeriksa dokumen perjalanan mereka.

Tetamu dengan tempahan berkumpulan, kurang upaya atau dengan keperluan khas boleh terus ke kaunter perkhidmatan di lapangan terbang berlepas untuk bantuan.

AirAsia juga ingin mengingatkan para tetamu bahawa kaunter Baggage Drop ditutup 1 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan untuk semua penerbangan AirAsia dan pilihan layan diri termasuk Daftar Masuk sendiri dan Tag bagasi sendiri adalah beroperasi sepenuhnya di KLIA2.

Ikuti promosi dan aktiviti terkini AirAsia melalui Twitter dan Facebook.

Ini adalah notis rasmi bagi siaran akhbar yang dikeluarkan oleh AirAsia untuk siaran segera.

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Kerja dari rumah dengan iLancee

Tambah Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

Perkongsian Artikel

Jika artikel ini bermanfaat, sila kongsikan bersama rakan-rakan anda!

Terima 100 mata ganjaran BIG untuk daftar masuk sendiri bagi penerbangan AirAsia dari KLIA2

Terima 100 mata ganjaran BIG untuk daftar masuk sendiri bagi semua penerbangan AirAsia dari KLIA2. Daftar masuk hendaklah secara atas talian.

Kongsi bersama rakan