Utama / Kandungan Artikel / Berita / 5 Ciri Utama Google Allo
Berita IT

5 Ciri Utama Google Allo

Aplikasi pesanan yang dibina oleh Google akan hadir tidak lama lagi dan mungkin ada yang beranggapan Allo meniru ciri-ciri yang terdapat pada iMessage, sebenarnya projek pembangunan Allo dilaksanakan pada 2015 lagi dan diumumkan semasa Google I/O pada 18 Mei 2016 baru-baru ini.

Google Allo

Sebelum anda baca artikel ini sila tonton video live demo di atas dan anda akan faham ciri-ciri yang terdapat di dalam aplikasi Allo.

“We design Allo to help you express yourself and keep conversation going.”

1. Whisper Shout

5 Ciri Utama Google Allo - Whisper Shout
Meluahkan emosi bukan terhad dengan menggunakan emoji ataupun sticker sahaja, saiz teks juga boleh memainkan peranan bagi menyatakan reaksi diri anda terhadap sesuatu
Imej: Google

Luahan emosi bukan sekadar pada emoji ataupun sticker, penggunaan teks juga memainkan peranan. Oleh itu, melalui Allo teks boleh dikecilkan dan dibesarkan sebelum pesanan dihantar. Melalui cara ini pesanan berkenaan dapat disampaikan dengan lebih baik.

2. Melukis pada foto

5 Ciri Utama Google Allo - Ink
Melukis di atas foto menggunakan Ink
Imej: Google

Fungsi melukis pada foto juga antara ciri-ciri yang terdapat dalam Allo.

3. Smart Reply

5 Ciri Utama Google Allo - Smart Reply
Fungsi Smart Reply membantu perbualan tanpa perlu anda berfikir panjang, hanya klik pada pilihan jawapan
Imej: Google

Fungsi Smart Reply terbina dalam Allo yang memberikan bantuan kepada anda bagi menghantar pesanan balas. Selalu anda gunakan maka ia lebih memahami konteks bahasa yang sering anda gunakan. Cadangan jawapan akan muncul sejurus anda menerima mesej, anda hanya perlu tekan sahaja terhadap pilihan jawapan yang hendak disampaikan tanpa perlu berfikir panjang. Mungkin juga suatu masa nanti konteks perbualan di dalam Bahasa Melayu turut difahami oleh Allo dengan baik, ianya tidak mustahil.

4. Mod Incognito

5 Ciri Utama Google Allo - Chat incognito
Mod incognito untuk menghantar mesej secara sulit
Imej: Google

Perbualan rahsia menggunakan Mod Incognito sama seperti pada pelayar Chrome atau seperti Secret Chat pada aplikasi Telegram. Rekod perbualan dihapuskan supaya tidak dapat dijejak kerana ianya perbualan rahsia anda.

5. Google Assistant

5 Ciri Utama Google Allo - Google Assistant
Bantuan Google Assistant terbina dalam aplikasi Allo
Imej: Google

Selalu anda guna fungsi carian Google pada pelayar web untuk mencari maklumat, tetapi dengan Google Assistant terbina di dalam Allo ia membantu anda mencari maklumat yang dikehendaki seperti contoh mencari restoran terbaik untuk makan malam sekitar Kuala Lumpur, kemudian dalam aplikasi Allo anda terus boleh lihat senarai maklumat tersebut serta boleh membuat tempahan tanpa perlu tinggalkan mesej. Hasilnya sudah tentu lebih pantas dan memudahkan kerja anda.

Ciri-ciri yang hebat ini membuatkan aktiviti menghantar pesanan anda lebih mudah dan menarik untuk digunakan. Paling penting sekali ialah aplikasi ini turut menyokong platform iOS, jadi lebih ramai pengguna mendapat manfaat.

“Adakah kita sama-sama boleh beralih dari aplikasi WhatsApp kepada Allo selepas ini?”

Tag

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Kerja dari rumah dengan iLancee

Tambah Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

Perkongsian Artikel

Jika artikel ini bermanfaat, sila kongsikan bersama rakan-rakan anda!

5 Ciri Utama Google Allo

Berikut diterangkan 5 Ciri Utama Google Allo. Allo telah diumumkan semasa Google I/O pada 18 Mei yang lepas dan akan hadir tidak lama lagi.

Kongsi bersama rakan