Utama / Kandungan Artikel / Tutorial / AdSense / AdSense Page-level ads
AdSense Tutorial

AdSense Page-level ads

Dengan peningkatan dalam bilangan penggunaan telefon mudah alih, Google AdSense telah membuat banyak peningkatan untuk AdSense Publishers mengoptimumkan iklan yang lebih baik pada platform mudah alih. Google telah melancarkan iklan responsif yang secara automatik sesuai untuk semua saiz skrin dan ianya adalah satu langkah yang besar pada Google AdSense. Kini diperkenalkan Page-level ads.

Apakah Page-level ads?

Page-level ads adalah ciri baru yang terdiri daripada dua jenis iklan iaitu: Anchor/overlay ads dan Vignettes ads. Iklan ini hanya muncul di tapak web versi mudah alih (mobile) sahaja. Lihat gambar di bawah ini sebagai contoh setelah digunakan pada blog ini:

AdSense Page-level ads
Contoh iklan yang telah diaktifkan pada platform mudah alih

Bagaimana Aktifkan Iklan Ini

Mudah sahaja, login akaun AdSense anda, kemudian pergi ke My ads. Lihat pada Content, klik Page-level ads (Beta), aktifkan salah satu jenis iklan atau kedua-duanya sekali.

Aktifkan Page-level ads

Setelah itu dapatkan kod, klik pada Get Code dan letakkan kod dalam <head> … </head> tag pada fail header.php laman web anda.

Hanya guna satu kod sahaja untuk kedua-dua jenis iklan.

AdSense-Page-level-ads_GetCode

Gunalah AdSense secara optimum untuk hasilkan pulangan maksimum!

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Kerja dari rumah dengan iLancee

9 Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

Kongsi bersama rakan