Artikel travel telah berpindah ke Travelholic.my. Baca sekarang!

Utama / Blog / Tutorial / AdSense / Aktiviti Salahlaku AdSense
AdSense Tutorial

Aktiviti Salahlaku AdSense

Aktiviti Salahlaku AdSense
Jika anda sudah menggunakan AdSense pada blog, mari kita bincangkan isu berkaitan aktiviti salahlaku yang sering terjadi. Lihat senarai dibawah dan saya akan terangkan setiap satu.

Aktiviti Salahlaku AdSense

Jangan lakukan perkara-perkara ini!

  1. Klik iklan di web sendiri.
  2. Membuat atau menerima trafik secara auto.
  3. Mengubahsuai kod iklan.
  4. Membuat tawaran kepada pengunjung supaya klik pada iklan.
  5. Kedudukan iklan yang mudah “terklik”.

Sebagai penerbit elakkan daripada terjadinya salahlaku yang bakal mengakibatkan akaun AdSense anda ditarik balik oleh Google.

1. Klik Iklan di Web Sendiri

  • Anda dilarang keras klik pada iklan AdSense yang muncul di laman web sendiri bagi mengelakkan pengiklan dikenakan caj. Jika ini berlaku ianya dikira sebagai invalid clicks, dan pihak Google akan debit hasil klik untuk dipulangkan kepada pengiklan.
  • Invalid clicks yang berterusan mungkin mengakibatkan akaun anda ditutup. Saya sendiri pernah tersalah klik pada iklan di web sendiri ketika sedang browse, cuma sekali. Jadi hasilnya, ketika penyata pendapatan bulanan dikeluarkan, Google laporkan pada penyata sebagai invalid traffic dan hasilnya ditolak.
  • Jika anda tertarik dengan iklan yang dipaparkan di laman web sendiri, sila taip URL terus pada browser.
  • Jika mahu mengetahui secara lanjut landing page boleh gunakan Google Publisher Toolbar.

2. Membuat atau Menerima Trafik Secara Auto

  • Anda juga tidak dibenar menggunakan perkhidmatan pihak ketiga yang menghasilkan klik atau impressions seperti program berbayar untuk klik, autosurf dan seumpamanya yang menjana klik dan impressions secara tidak sah.

3. Mengubahsuai Kod Iklan

  • Kod iklan hendaklah disalin bulat-bulat sebagaimana asal kemudian diletakkan pada kedudukan yang sesuai di laman web anda. Tiada sebarang edit pada kod iklan seperti tukar saiz, ubah ID dan sebagainya.
  • Iklan juga tidak dibenarkan berada dalam iFrame.

4. Membuat Tawaran Kepada Pengunjung Supaya Klik Pada Iklan

  • Menawarkan ganjaran kepada pengunjung supaya klik pada iklan juga tidak dibenarkan seperti ayat “Klik Iklan Untuk Download Percuma” dan ayat-ayat memikat yang seumpamanya.

5. Kedudukan Iklan Yang Mudah “Terklik”

  • Anda tidak dibenarkan untuk menggalakkan pengunjung klik pada iklan AdSense dalam apa jua cara. Ini termasuklah melaksanakan iklan dalam cara mengaburi mata pengunjung seperti menghasilkan iklan seakan-akan sama seperti kandungan artikel, disebabkan pengunjung telah keliru jadi mereka klik.
  • Posisi iklan yang terlampau rapat dengan teks juga harus dielakkan kerana boleh menyebabkan sesiapa sahaja terklik pada iklan.
  • Iklan juga tidak dibenarkan ditutup dengan elemen seperti drop-down menu, ianya harus jelas kelihatan sebagai iklan.

Lihat Video

Google AdSense

Anda boleh lihat sendiri iklan berkualiti daripada pengiklan melalui AdSense, sebab itu perlu dijaga dengan baik dan segala peraturan ini diwujudkan demi keharmonian 3 pihak – Pengiklan (Advertisers), Penerbit (Publishers) dan juga Pengguna (Users). Dengan rangkaian yang baik, akhirnya masing-masing happy – Pengiklan dapat pelanggan, Penerbit jana pendapatan hasil iklan di blog dan Pengguna dapat mencari pelbagai maklumat.

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Laman web rujukan kaki travel

2 Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

%d bloggers like this: