Utama / Kandungan Artikel / Tutorial / Apakah Kelebihan Telegram
Aplikasi Tutorial

Apakah Kelebihan Telegram

Kelebihan Telegram
Tidak dinafikan kehebatan WhatsApp dan Facebook Messenger kerana ia menang dari segi jumlah pengguna yang menggunakan kedua-dua aplikasi tersebut iaitu 500 juta pengguna setiap satu dan sentiasa meningkat. Aplikasi Telegram pula menyusul kemudian selepas itu pada 2013, yang ketika itu WhatsApp sudahpun popular. Artikel ini saya senaraikan kelebihan-kelebihan yang terdapat pada aplikasi Telegram.

Hari ini, Telegram sudahpun menghantar 1 billion mesej setiap hari yang digunakan oleh lebih 50 juta pengguna aktif dan sentiasa bertambah 1 juta pengguna baru seminggu. Saya memilih Telegram kerana ia menawarkan fungsi yang kebanyakan pesaingnya tidak tawarkan.

Kelebihan Telegram

1. File Transfer

Adakah anda pernah cuba menghantar PDF, Word, Excel atau eBook menggunakan WhatsApp atau Facebook Messenger? Anda pasti akan kecewa kerana kedua-dua apps berkenaan tidak boleh mengendalikan fail selain daripada imej, audio dan video. Telegram boleh menghantar apa sahaja jenis fail, tidak kisah. Malah, tidak menetapkan saiz fail yang boleh dihantar. Setakat ini saya sudah cuba hantar fail PDF saiz 39.8MB dan berjaya diterima tanpa sebarang masalah.

File Transfer - Kelebihan Telegram
Percubaan menghantar fail pada aplikasi Telegram

Berdasarkan contoh diatas, saya lakukan percubaan terhadap 2 jenis fail iaitu PDF (39.8MB) dan JPG (9.4MB). Sesiapa yang sangat pentingkan kualiti imej, tidak mahu sesuatu imej dikompress boleh hantar seperti ini di Telegram.

2. Penggunaan Username

Kebanyakan aplikasi mesej yang ada seperti WhatsApp, menggunakan nombor telefon untuk mengenal pasti pengguna mereka. Kesannya anda terpaksa mendedahkan nombor telefon untuk menggunakan aplikasi berkenaan. Jadi, nombor telefon anda tidak lagi rahsia.

Telegram menawarkan pengguna peluang untuk membuat username. Username berkenaan dapat dicari melalui fungsi search yang terdapat dalam aplikasi Telegram. Melalui cara ini pengguna tidak perlu dedahkan nombor telefon. Jadi, nombor telefon anda kekal rahsia.

Username - Kelebihan Telegram
Tetapan username supaya mudah untuk pengguna mencari anda

3. Tidak bergantung pada telefon bimbit

Walaupun kebanyakan aplikasi chat popular lain memerlukan telefon sebagai alat untuk menghantar mesej, Telegram pula boleh digunakan semata-mata pada tablet atau desktop. Anda hanya perlu mempunyai nombor telefon untuk tujuan pengenalan sahaja.

Layari Telegram versi web di alamat (https://web.telegram.org), berikan nombor telefon dan Telegram akan menghantar mesej SMS ke telefon anda termasuk kod untuk log masuk buat pertama kali.

Telegram Web - Kelebihan Telegram
Akses Telegram di pelayar web

Perbezaan dengan WhatsApp Web

WhatsApp juga sudah boleh dilayari pada versi web (https://web.whatsapp.com) namun masih bergantung dengan telefon bimbit anda. Apabila telefon anda berada diluar rangkaian WiFi yang digunakan bersama desktop, maka ia tidak berfungsi. Maksudnya, telefon bimbit tidak boleh berjauhan, mesti ada bersama.

4. Mesej dihantar ke setiap peranti

Semua mesej dan fail yang anda hantar dan terima melalui Telegram – kecuali Secret Chat – disegerakan (sync) kepada semua peranti anda. Oleh itu, ia mudah dan pantas untuk anda capai pada setiap peranti yang anda miliki tanpa bergantung pada sebuah telefon.

5. Secret Chat

Jika mahukan perbualan rahsia yang tidak dapat dijejak, takut kantoi dan sebagainya 😀 bolehlah mulakan Secret Chat.

Kelebihannya ialah:

  • Keselamatan yang tinggi – encryption.
  • Mesej tidak simpan di dalam server.
  • Memiliki fungsi timer untuk hapuskan mesej.
  • Mesej tidak boleh forward.

Secret Chat - Kelebihan Telegram

6. Telegram Channel

Baca tentang Telegram Channel pada artikel berikut:

Telegram Channel amat sesuai sebagai medium penyiaran mesej

7. Group Chat

A. Supergroup

Group Chat di Telegram telah menyokong sehingga 5,000 orang ahli. Mula-mula perlu create Group yang menampung 1,000 orang ahli dan kemudian upgrade to supergroup.

Supergroup - Kelebihan Telegram
Supergroup menampung sehingga 5000 ahli

Rujukan:

B. Admins

Group Admin pula boleh ditentukan seberapa ramai yang mahu, nak lantik semua ahli pun boleh.

C. Fungsi Chat

Mention

Ketika sedang chat di dalam group sudah tentu ada mesej-mesej khas yang perlu ditujukan kepada ahli tertentu. Jadi, gunakanlah fungsi mention dengan cara meletakkan simbol “@” sejurus kemudian anda akan nampak senarai username ahli-ahli group.

Mention - Kelebihan Telegram
Fungsi mention berguna untuk memanggil rakan-rakan di dalam group

Reply

Cara yang betul untuk reply mesej ialah, klik dahulu mesej seseorang supaya keluar menu pilihan. Kemudian, klik “Reply”. Cara ini semua akan tahu jawapan anda kepada mesej mana, boleh elak kekeliruan. Malah, jika klik pada thumbnail mesej yang anda reply, secara automatik rujuk terus kepada mesej pertanyaan tersebut.

Reply - Kelebihan Telegram
Fungsi reply di dalam mesej

Hashtag

Hashtag boleh digunakan di dalam mesej. Tujuannya supaya mudah di kemudian nanti untuk anda cari balik mesej berkenaan. Pergi ke bahagian carian, cari sahaja hashtag “#” berkaitan. Sebelum itu, pastikan anda yakin bahawa hashtag berkenaan pernah digunakan.

8. Percuma

Aplikasi Telegram adalah percuma selamanya, tiada iklan dan tiada yuran langganan.

9. Downloads

Jadi, bila mahu beralih kepada Telegram?

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Kerja dari rumah dengan iLancee

32 Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

Kongsi bersama rakan