Artikel travel telah berpindah ke Travelholic.my. Baca sekarang!

Utama / Blog / Berita / Aplikasi Perancang Percutian Google Trips
Berita IT

Aplikasi Perancang Percutian Google Trips

Aplikasi perancang percutian Google Trips boleh menjadi pembantu peribadi anda bagi merancang percutian ke sesuatu tempat. Ia berfungsi menyimpan segala maklumat dari A-Z berkaitan percutian anda semuanya hanya dalam satu aplikasi. Maklumat tempahan tiket penerbangan, hotel dan tempat-tempat penting yang anda rancang, perkara yang wajib dibuat, senarai lokasi tempat makan dan minum serta boleh simpan peta lokasi untuk digunakan secara offline.

Google Trips

Teras utama aplikasi ini ialah:

  • Membantu anda sebagai pelancong merancang percutian dengan lebih baik tanpa tekanan iaitu aplikasi ini secara automatik mengeluarkan peta tempat percutian yang bakal anda lawati bagi mencadangkan kepada anda apakah tempat yang patut dilawati dan aktiviti yang patut dibuat dalam separuh hari ataupun sepanjang hari di sana. Jika anda rasa tidak sesuai terhadap cadangan yang dikemukakan anda boleh lihat senarai penting dikeluarkan yang memudahkan rujukan. Perkara ini sangat membantu kita semua jimatkan masa dalam mencari maklumat.
  • Kesemua maklumat lengkap berkaitan percutian anda disimpan dalam satu tempat iaitu tempahan penerbangan, hotel, peta tempat-tempat menarik yang telah anda save kesemuanya dalam aplikasi ini.
  • Boleh digunakan juga walaupun tanpa internet. Caranya mudah sahaja, setelah siap segala perancangan anda klik butang download bagi trip tersebut, maka bolehlah digunakan nanti jika terputus sambungan internet.

Buat Pilihan Tempat

Aplikasi Perancang Percutian Google Trips - Skrin 1
Untuk memulakan sesuatu trip mudah sahaja, anda cari destinasi percutian, kemudian Google Trips akan membuat cadangan selepas itu
Google Trips

Rancang Percutian Dengan Mudah

Aplikasi Perancang Percutian Google Trips - Skrin 2
Cadangan untuk sehari dikeluarkan oleh Google Trips, bukan satu sahaja malah pelbagai kategori dicadangkan
Google Trips
Aplikasi Perancang Percutian Google Trips - Skrin 3
Apabila masuk ke dalam senarai cadangan, peta lokasi tempat berserta review pula dipaparkan kepada anda, sungguh memudahkan perancangan anda seterusnya
Google Trips

Kesemua Maklumat Dalam Satu Tempat

Aplikasi Perancang Percutian Google Trips - Skrin 4
Langkah terakhir jangan lupa download lokasi percutian supaya mudah nanti apabila terputus sambungan internet dan semak kembali tempahan penerbangan, kereta sewa dan hotel
Google Trips

Dapatkan aplikasi ini sekarang di Android dan iOS, ia sudah sedia dan boleh digunakan.

Sumber: Google Trips

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Laman web rujukan kaki travel

Tambah Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

%d bloggers like this: