Apple Card Featured
Foto oleh Apple Card

Apple Card, kad kredit keluaran Apple

Apple kini memasuki pasaran kewangan dengan menawarkan kad kredit.

Syarikat itu mengumumkan semalam bahawa ia melancarkan Apple Card, kad kredit baharu yang dibuat untuk iPhone. Kad itu, yang merupakan kad digital di dalam aplikasi Wallet dan kad fizikal menggunakan MasterCard, bertujuan untuk lebih mudah digunakan dan difahami daripada kebanyakan kad kredit konvensional, menurut Apple. Dan ia menawarkan beberapa faedah menarik, seperti tiada yuran dan program ganjaran harian (Daily Cash).

Kad digital dan juga kad fizikal

Apple Card

Kad fizikal menggunakan material titanium, ukiran laser yang terukir logo Apple dan nama pengguna. Kad ini menerima MasterCard yang bermakna ia boleh digunakan di mana sahaja yang menerima Apple Pay.

Apakah kelebihannya?

Maklumat kad semuanya di dalam Wallet

Wallet

Program ganjaran Daily Cash apabila berbelanja

Daily Cash

Menurut Apple, mereka tidak memberikan mata ganjaran seperti kebiasaan yang ditawarkan syarikat lain. Apple memberikan Daily Cash sebagai ganjaran terhadap pembelian, lebih banyak berbelanja, lebih banyak ganjaran Daily Cash diterima.

Jejaki perbelanjaan melalui app

Records

Pengurusan perbelanjaan amat penting, jadi seperti biasa e-Wallet memiliki fungsi seperti ini. Tetapi, jika menggunakan kad kredit konvensional, kita perlu menunggu penyata bulanan, jadi kaedah ini lebih baik kerana mudah untuk pantau perbelanjaan yang dilakukan.

Tentang ApplePay

Selama ini ApplePay hanya link dengan mana-mana kad bank sama ada kad debit atau kad kredit untuk membuat bayaran app. Sama kaedah seperti PayPal, bayaran ditarik melalui kad yang telah dipautkan ke akaun tersebut.

Bagi pengguna di Malaysia, secara tidak sedar kita telah gunakan ApplePay sekian lama sejak awal lagi, bukan tidak guna, cuma untuk bayaran app, in-app purchase, Apple Music dan iTunes Store. Hanya di pasaraya ataupun kedai belum jumpa merchant yang menggunakan ApplePay sebagai kaedah pembayaran, itu sahaja.

Kesimpulan

Kemeriahan industri fintech dengan munculnya lebih banyak pesaing kepada bank amatlah bagus kerana memberi persaingan yang sihat.

Saya amat berharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Ikuti saya di Twitter dan saluran Blogger Malaysia.