Utama / Kandungan Artikel / Tutorial / Grafik / Asas Rekabentuk Percetakan
Grafik Tutorial

Asas Rekabentuk Percetakan

Asas Rekabentuk Percetakan
Walaupun kini adalah dominasi dunia digital, namun rekabentuk bagi kegunaan percetakan masih menjadi salah satu diantara saluran penting dalam industri rekabentuk. Menjadi seorang pakar memerlukan bertahun-tahun amalan tetapi sebenarnya fundamentals iaitu asas atau akarnya yang wajib difahami. Berikut adalah asas-asas untuk dimasukkan ke dalam proses bagi memastikan kualiti cetak yang baik!

Asas-asas Rekabentuk Percetakan

1. Mod Warna

Asas Rekabentuk Percetakan - CMYK

Apabila membuat rekabentuk untuk percetakan adalah penting untuk memahami proses pengeluaran. Perkara ini memberi kesan langsung kepada sesuatu karya dalam pelbagai cara. Proses pengeluaran boleh menjejaskan output rekabentuk jika tidak diberi perhatian dan ia berkaitan dengan persediaan awal sesuatu karya.

Mengapa rekabentuk berwarna neon terang misalnya apabila dicetak hasilnya agak gelap? Proses pengeluaran cetak berfungsi pada mod warna CMYK, yang terhasil daripada 4 warna cetak, iaitu:

Cyan

Magenta

Kuning

Hitam

Lapisan jumlah nilai masing-masing di atas satu sama lain bagi menghasilkan warna yang dikehendaki. Spektrum warna CMYK tidak seluas warna RGB, bermakna tidak semua warna RGB boleh ditiru dalam media cetak.

Jika rekabentuk dalam mod warna RGB dihantar untuk percetakan, ianya ditukar secara automatik kepada warna CMYK. Perkara ini boleh menghasilkan keputusan yang tidak dijangka kerana ia adalah automatik sepenuhnya.

Sebagai seorang pereka adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa rekabentuk anda mencapai piawaian sepatutnya dan menjaga kepentingan pelanggan. Jika pelanggan tidak berpengalaman dalam hal-hal percetakan maka menjadi tanggungjawab anda untuk menjelaskan hal ini supaya mereka faham tentang mod warna dan output yang bakal dihasilkan.

Petua: Untuk dokumen bahan cetak, pastikan mod warna CMYK.

2. Bleed

Asas Rekabentuk Percetakan - Bleed

Bleed adalah kawasan yang berlebihan termasuk dalam rekabentuk dengan tujuan untuk dipotong dalam proses pengeluaran.

Mengapa ini diperlukan?

Pernahkah anda menggunakan gunting untuk memotong gambar daripada majalah? Adakah anda terlepas garis tepat dan meninggalkan jalur putih sehingga tepi? Bayangkan di kilang-kilang percetakan ketika memotong rim kertas 250-500 helai sekaligus menggunakan mesin pemotong yang besar, adakah anda boleh jamin setiap potongan kertas tepat 100%, tiada lari sedikitpun? Sudah tentu kertas akan beralih sedikit semasa bilah pisau pemotong ditekan ke atas kertas yang hendak dipotong, disebabkan inilah motifnya rekabentuk perlu dicetak berlebihan daripada kawasan potong yang dipanggil “bleed” supaya ia dapat tampung kawasan yang berganjak ketika proses ini.

Biasanya saiz bleed digunakan dalam rekabentuk antara 1-5mm. Ianya bergantung juga kepada jenis rekabentuk, kad nama biasanya 1 atau 2mm. Buku atau majalah yang selalu menggunakan bleed sehingga 5mm.

Petua: Pastikan rekabentuk menggunakan bleed. Saiz bleed yang ideal ialah 3-5mm.

3. Kualiti Imej

Asas Rekabentuk Percetakan - Kualiti Imej

Anda mempunyai imej dari internet yang mahu dicetak. Ia kelihatan sangat baik pada skrin, tetapi tidak semestinya baik apabila dicetak!

Apakah puncanya? Faham konsep ini – kualiti imej untuk kegunaan web tidak memerlukan saiz yang besar, ia cukup sekadar 72dpi atau kadangkala dirujuk sebagai PPI (Pixels Per Inch) dan saiz berdasarkan ruang yang mahu dipaparkan. Berbeza dengan output percetakan, kerana mesin cetak akan melakukan cetakan berwarna di atas kertas yang telah ditentukan ukuran terhadap sesuatu rekabentuk itu. Kualiti imej untuk kegunaan percetakan hendaklah minimum 300dpi. Jika dibuat perbandingan, perbezaannya adalah kira-kira 24% daripada data untuk menghasilkan semula imej dalam versi cetak dengan kejelasan yang sama, 72dpi untuk skrin dan 300dpi untuk cetakan.

Jadi kita kembali ke imej yang diambil dari web yang hendak dicetak. Katakan anda telah tahu bahawa imej yang anda download adalah 72dpi dan berdasarkan konsep tadi bahawa kita perlu 4 kali ganda untuk hasilkan kualiti yang jelas, jadi kita perlu mengurangkannya kepada satu perempat daripada saiz dalam usaha untuk mencetaknya dengan jelas.

Berhati-hati dengan penggunaan imej bagi memastikan anda dan juga pelanggan mendapatkan hasil cetak yang sempurna.

4. Saiz Potong

Asas Rekabentuk Percetakan - Saiz Potong

Satu lagi pertimbangan ketika membuat rekabentuk ialah apakah saiz potong? Saiz potong adalah saiz selepas trim, iaitu saiz sebenar sesuatu dokumen selepas bleed dibuang. Ukuran saiz standard antarabangsa seperti A0, A1, A2, A3, A4 dan A5 ataupun mungkin saiz khas yang pelanggan mahu di luar daripada ukuran standard?

Jika anda buat rekabentuk dan pelanggan serahkan semuanya anda tentukan, buatlah saiz yang kos efektif pada hasil yang terbaik. Secara umumnya, ukuran kecil menjimatkan penggunaan kertas dan dapat cetak pada kuantiti yang banyak, jika berjaya jimatkan wang pelanggan di sudut pengeluaran, berpotensi untuk bajet berkenaan disalurkan kepada rekabentuk tambahan.

Kesimpulan

Itulah sahaja empat asas-asas rekabentuk percetakan. Walaubagaimanapun, kesedaran tentang aspek-aspek pengeluaran dan melaksanakan amalan-amalan asas ini membolehkan anda berkembang sebagai seorang pereka. Aspek-aspek yang telah disebutkan ini adalah amat penting!

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Kerja dari rumah dengan iLancee

Tambah Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

Kongsi bersama rakan