TIME Fibre
TIME Fibre

Bermain dua akaun Clash of Clans pada satu peranti

Kongsikan
Permainan Clash of Clans mula popular sejak 2013 dan masih lagi ramai yang bermain sehingga sekarang.

Ada yang memiliki akaun lebih daripada satu, antara sebabnya ialah memiliki dua peranti (sama ada memiliki telefon dengan tablet ataupun dua telefon). Bagaimana pula cara andaikata salah satu peranti yang digunakan untuk bermain permainan ini sudah rosak, bolehkah untuk log masuk di peranti lain?

Mari saya tunjukkan caranya kerana saya bermain permainan ini dengan dua akaun pada telefon yang sama.

Clash of Clans

Cipta Supercell ID untuk membolehkan log masuk bertukar-tukar

Memiliki Supercell ID adalah langkah yang baik bagi melindungi kemajuan permainan dari semasa ke semasa dan secara tidak langsung membolehkan anda keluar dan masuk pada bila-bila masa sahaja, tidak terikat pada satu peranti.

Langkah 1

Tetapan

Masuk ke bahagian tetapan (settings), lihat pada Supercell ID, klik connected untuk mendaftarkan ID yang baharu atau mahu log keluar bagi yang mahu menukar akaun.

Langkah 2

Daftar Akaun

Mudah sahaja untuk mencipta ID, hanya perlukan e-mel.

  • Pastikan e-mel adalah betul dan yang digunakan.
  • Klik remember me on this device jika anda memang mahu simpan log masuk pada peranti berkenaan supaya mudah bertukar akaun.
Melakukan Verifikasi
  • Seterusnya anda akan menerima kod verifikasi yang dihantar oleh Supercell ke e-mel yang didaftarkan tadi. Masukkan kod tersebut dan tekan hantar (submit).
Pengesahan
  • Langkah terakhir ialah pengesahan. Klik butang pengesahan (confirm) dan selepas itu boleh bermain seperti biasa.

Contoh ketika mahu log keluar

Log keluar

Beginilah contoh paparan skrin ketika mahu log keluar untuk menukar akaun.

Log masuk untuk memilih akaun

Supercell ID

Terdapat dua pilihan iaitu Log in with Supercell ID atau Play without Supercell ID. Jadi, pilihlah log masuk dengan Supercell ID kerana kita mahu meneruskan permainan yang sedia ada.

Dua akaun pada satu peranti

Memilih Supercell ID

Beginilah rupa apabila terdapat dua akaun pada satu peranti, e-mel berkenaan disenaraikan dan anda hanya perlu pilih yang mana satu akaun hendak digunakan.

Selepas anda berjaya log masuk bertukar-tukar akaun pada peranti yang sama, baharulah bebas untuk menyemak perkembangan permainan pada setiap akaun.

Clash of Clans Logo

Sejarah ringkas Clash of Clans

Permainan strategi untuk peranti mudah alih yang dibangunkan oleh Supercell. Permainan ini dilancarkan pada 2 Ogos 2012 untuk iOS dan 7 Oktober 2013 untuk Android.

Saya amat berharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Ikuti saya di Twitter untuk berhubung.

Adi Azudin

Menulis tutorial sejak 2014 sebagai panduan untuk diri sendiri dan akhirnya berkongsi panduan berkenaan di blog ini.

Panduan lain untuk dibaca

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penafian: Beberapa pautan pada blog ini adalah pautan afiliasi. Segala pautan ini adalah tidak memberikan anda sebarang kos tambahan, saya akan mendapat peratusan yang kecil iaitu komisen jika anda membuat pembelian dan saya hanya mengesyorkan produk yang terbaik!