Artikel travel telah berpindah ke Travelholic.my. Baca sekarang!

Utama / Blog / Review / Buffet Ramadhan Santapan Tradisi Kampung di Enak KL
Buffet Ramadhan Review

Buffet Ramadhan Santapan Tradisi Kampung di Enak KL

Buffet Ramadhan Enak KL
Kambing Bakar
Adakah anda masih tercari-cari lokasi berbuka puasa strategik di Bukit Bintang? Bolehlah kunjungi Enak KL bagi menikmati keenakkan Santapan Tradisi Kampung sempena Ramadhan ini.
Antara restoran terbaik yang patut disenaraikan dalam pilihan tempat untuk berbuka puasa pada Ramadhan ini ialah Enak KL. Sambil anda luangkan masa membeli-belah pada waktu petang di Starhill Gallery ataupun Pavilion KL, bolehlah kunjungi restoran ini dan rasai sendiri keenakkan buffet Santapan Tradisi Kampung.

Anda boleh rasai menu seperti Ayam Percik, Daging Hitam, Daging Halia, Ikan Masam Manis Selasih, Kurma Ayam, Kari Ayam & Daging, Ayam Masak Merah, Sup Ekor & Sup Kambing, Kerabu Ikan Pari, Kerabu Mangga dan pilihan pencuci mulut terbaik di restoran ini.

Paling penting untuk anda tahu ialah semua menu di Enak KL adalah tanpa MSG (Monosodium Glutamate).

Buffet Ramadhan Enak KL - Daging Hitam
Daging Hitam
Buffet Ramadhan Enak KL
Ayam Percik
Buffet Ramadhan Enak KL
Daging Halia
Buffet Ramadhan Enak KL - Kerabu Ikan Pari
Kerabu Ikan Pari
Buffet Ramadhan Enak KL
Kari Ayam
Buffet Ramadhan Enak KL - Udang Masak Lemak
Udang Masak Lemak
Buffet Ramadhan Enak KL - Sup Ekor
Sup Ekor
Buffet Ramadhan Enak KL - Pisang Karamel
Pisang Karamel

Buffet Ramadhan

Juadah utama di Enak KL sempena Ramadhan ditukar pada setiap hari supaya pelanggan dapat menikmati juadah yang berbeza-beza tanpa rasa jemu dan mempunyai pilihan mengikut citarasa masing-masing.

Buffet Ramadhan bermula pada 9 Jun dan berakhir pada 1 Julai 2016 dari jam 7 hingga 9:30 malam.

Harga Buffet

Harga bagi Buffet Ramadhan di Enak KL ialah RM85 Dewasa dan RM45 Kanak-kanak (Bawah 12 tahun).

Lokasi

Enak KL berada di lokasi yang amat strategik iaitu di kawasan tumpuan ramai, pusat membeli-belah yang tidak lekang dengan pengunjung. Terletak di LG2, Feast Floor, Starhill Gallery, 181 Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Tempahan

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi Enak KL di talian 03-2141 8973 atau emel info@enakkl.com.

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Laman web rujukan kaki travel

4 Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

%d bloggers like this: