Artikel travel telah berpindah ke Travelholic.my. Baca sekarang!

Utama / Blog / Review / Buffet Ramadhan Pearl International Hotel 2016
Buffet Ramadhan Review

Buffet Ramadhan Pearl International Hotel 2016

Buffet Ramadhan Pearl International Hotel KL
Tahun ini Pearl International Hotel kembali membawa sentuhan masakan terbaik dengan tema Sentuhan Ramadhan Berbuka Puasa yang mempamerkan keaslian dan juadah tradisi masakan tempatan sepanjang berbuka puasa di bulan Ramadhan al-Mubarak ini.
Sentuhan Ramadhan Berbuka Puasa mempamerkan keaslian dan juadah tradisi masakan tempatan.
Acara Buffet Ramadhan ini dibuat di Cafe 5, Pearl International Hotel. Nikmati berbuka puasa sepanjang Ramadan bersama keluarga, orang tersayang dan rakan-rakan bermula dari 6 Jun hingga 4 Julai 2016. Tempahan berbuka puasa di sini merupakan pilihan yang sangat berbaloi dan saya pasti anda akan terpukau dan terpesona dengan aneka pilihan masakan tradisional tempatan.

Krew Dapur

Buffet Ramadhan Pearl International Hotel KL - Chef

Chef Francis Tan adalah Chef Eksekutif di Pearl International Hotel bersama krew dapur bertungkus-lumus dan berganding-bahu mempamerkan kepakaran mereka dalam bidang masakan untuk hasilkan juadah terbaik buat anda.

Pembuka Selera

Buffet Ramadhan Pearl International Hotel KL - Pembuka

Buffet Ramadhan Pearl International Hotel KL - Pembuka

Juadah Utama

Buffet Ramadhan Pearl International Hotel KL - Satay

Buffet Ramadhan Pearl International Hotel KL

Buffet Ramadhan Pearl International Hotel KL - Chef Dave dan Kambing Golek

Buffet Ramadhan Pearl International Hotel KL - Kambing Golek

Buffet Ramadhan Pearl International Hotel KL - Mutton Roganjush

Buffet Ramadhan Pearl International Hotel KL - Sup Tulang Lada Hitam

Hidangan menu di sini adalah berbeza-beza setiap hari supaya pengunjung dapat merasai kenikmatan juadah berbuka puasa hasil sentuhan krew dapur hotel ini.

Masakan PanasMenu Utama
  • Kambing golek yang telah diperap dengan pelbagai rempah dan di panggang di hadapan tetamu atau peha kambing yang disediakan bersama sos lada hitam, sos rosemary, sos pudina, sayur-sayuran dan kentang bakar.
  • Kawah Panas – (Putaran)
    Daging Kambing Rogan Josh, gulai daging dengan kentang, gulai daging kawah.
  • Lemang dijamu dengan rendang ayam, rendang daging, serunding ayam dan serunding daging.
  • Sup – (Putaran)
    Sup Tulang, Sup Gearbox, Sup Tulang Rusuk, Sup Perut Lembu, Sup Ayam, Sup Ekor dan Sup Tomyam Campur.
  • Lontong yang dijamu bersama masak lemak sayuran dan nasi himpit.
  • Nasi Kandar Istimewa – (Putaran)
    Ayam goreng berempah, telur ikan kunyit dan bawang, ikan goreng, sotong goreng dengan biji mustard, telur goreng, sayur kobis dan nasi putih.
  • Citarasa India – (Putaran)
    Nasi Briyani dengan masakan ayam, kambing dan dalca sayur.
  • Nasi Putih Kukus, Gulai Kambing, Nasi Dagang, Ayam Masak Lemak Cili Api.
  • Daging Masak Kicap, Kari Ikan Tongkol, Taugeh Goreng, Sambal Terung.
  • Murtabak bersama Kari Ayam dan Dhal, Kurma Ayam dengan Kentang.
  • Nasi Aroma Pandan, Ayam Penyet, Rendang Kerang, Asam Pedas Ikan Kembong.
  • Pajeri Nanas, Nasi Tomato, Gulai Lemak Labu bersama Ikan Bilis, Ayam Kalio (Ayam Masak Lemak Minang).
  • Asam Pedas Ikan Pari, Tumisan Kailan bersama Cendawan, Kacang Panjang Goreng Belacan.
  • Sambal Telur, Kari Ayam, Sambal Udang, Tauchu Ikan Tongkol.
  • Tumisan Siew Pak Choy, Sambal Tauhu, Masak Lemak Nanas Ikan Masin (Gaya Nyonya).
  • Masak Merah Ayam, Sayur Lemak Lodeh, Pajeri Terung, Ikan Dory Masam Manis.
  • Masak Kicap Sotong, Ayam Panggang Masak Lemak Cili, Sambal Terung dan Kari Kambing.
  • Sayur Lemak Putih Pucuk Manis dengan Kentang, Sayur Jawa, Ikan Tenggiri Bakar Ala Pearl.
  • Sambal Petai Ikan Bilis, Bebola Sotong Manis Pedas.
  • Sentuhan Juadah Arab – Roti Pita Ayam Shawarma dengan Yogurt dan Salad Mediterranean.
  • Gerai Goreng – Keropok Lekor, Otak-otak dan Pulut Udang.
  • Juadah Kampung – Bubur Lambuk tradisional dengan ikan dan rempah.
  • Gerai Noodle – (Putaran)
    Mi Wantan, Laksa, Mi Bandung, Mi Rebus, Laksa Johor, Laksa Kari Nyonya.
  • Satay – Daging lembu dan ayam bersama kuah kacang, bawang dan timun.

Pencuci Mulut

Buffet Ramadhan Pearl International Hotel KL - Dessert

Buffet Ramadhan Pearl International Hotel KL - Jus

Cafe 5

Buffet Ramadhan Pearl International Hotel KL - Cafe 5

Cafe 5 berada di tingkat 5 yang beroperasi setiap hari dari 6 pagi hingga 11 malam, boleh memuatkan tetamu seramai 300 orang. Buffet Ramadan berlangsung selama 3 jam 30 minit iaitu dari 7 petang hingga 10:30 malam.

Harga Buffet

  • RM98+ Dewasa
  • RM45+ Kanak-kanak (4 – 11 tahun)
  • RM45+ Warga Senior (55 tahun ke atas)

Baucar Ramadhan

Terdapat promosi penjimatan terbaik kepada pengunjung yang datang berkumpulan. Anda boleh dapatkan Baucar Ramadhan pada harga RM650 bersih (Harga termasuk 6% GST) untuk satu buku baucar. Satu buku terdapat 10 keping Baucar Ramadhan yang boleh digunakan untuk 10 orang, bermakna seorang cuma bayar RM65 sahaja. Sungguh menjimatkan! Jadi rebutlah peluang ini, anda boleh segera dapatkan baucar ini dengan menghubungi Lawrence Khoh di talian 03-7983 1111 ext. 3309 atau 016-3318 420.

Setiap pembelian satu buku (10 baucar) sebelum 5 Jun 2016, dapat 1 baucar tambahan PERCUMA!

Lokasi Hotel

Buffet Ramadhan Pearl International Hotel KL - Hotel

Lokasi hotel ialah Batu 5, Jalan Klang Lama yang terletak pertengahan di antara Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Tempahan

Untuk tempahan Buffet Ramadhan, sila hubungi Cafe 5 di talian 03-7983 1111 ext. 3203, 3205 – Alan Wong, Mohd Izwan.

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Laman web rujukan kaki travel

Tambah Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

%d bloggers like this: