Apabila anda membaca panduan ini, bermakna anda memiliki niat untuk membuat blog. Saya amat berbesar hati dapat membantu bagi menyempurnakan hasrat itu. Panduan ini disusun mengikut turutan langkah-langkah serta tetapan yang sepatutnya dibuat.
Mari saya bimbing anda supaya segalanya berjalan lancar, tidak melakukan kesalahan yang biasanya dilakukan oleh pemblog yang baharu bermula.
- Keperluan utama blog
- Langkah-langkah membuat blog
- Langkah 1: Dapatkan domain dan hosting
- Langkah 2: Mengenali cPanel dan fungsi yang sering digunakan
- Panel kawalan web yang berkuasa
- Antaramuka cPanel
- Membuat e-mel
- Memilih versi PHP
- Mengubahsuai had saiz fail dan meningkatkan memori
- Pengurusan fail
- Akaun FTP
- Langkah 3: Memasang WordPress
- Langkah 4: Mengenali WordPress dan tetapan yang betul
- Tetapan umum
- Tetapan menulis
- Tetapan bacaan
- Tetapan komen
- Menetapkan permalinks yang hendak dipakai
- Menambah pengguna jika perlu dan sunting profil
- Langkah 5: Memasang pemalam
- Menghubungkan blog dengan Jetpack
- Menghalang komen spam dengan Akismet
- Menghubungkan blog dengan Google Analytics
- Tetapan penting SEO
- Pengesahan laman untuk Google Search Console, Bing, Yandex dan Pinterest
- Hantar XML Sitemap
- Membuat borang hubungi
- Pengurusan cache
- Langkah 6: Memilih tema yang sesuai
- Langkah 7: Membuat pengubahsuaian terhadap tema
- Langkah 8: Susun atur blog
- Langkah 9: Halaman penting
- Langkah 10: Menulis kiriman pertama dan mengenali fungsi editor
Keperluan utama blog
Keperluan utama blog ialah anda perlu memutuskan antara dua pilihan ini iaitu mahukan blog percuma atau blog yang dihoskan (self-hosted).
Sudah tentu blog yang dihoskan sendiri lebih baik kerana ia memberikan kawalan menyeluruh. Memiliki ruang storan pada pelayan (server) dan nama domain membuatkan blog itu lebih keistimewaan dan bakal memberikan pulangan jauh lebih besar untuk jangka panjang.
Langkah-langkah membuat blog
Langkah 1: Dapatkan domain dan hosting
Mencari domain
Nama domain ialah alamat di mana pengguna internet boleh mengakses sesuatu laman web. Ia diakhiri dengan extension seperti .com, .net, .blog, .asia, .my, .com.my dan banyak lagi.
Memilih pakej hosting yang sesuai
Terdapat dua jenis hosting iaitu shared hosting dan dedicated hosting. Sebagai pemula adalah disyorkan untuk bermula dengan shared hosting kerana harga yang rendah sesuai dengan situasi web yang belum dikenali, tiada pengunjung. Naik taraf boleh dilakukan kemudian ketika anda benar-benar bersedia untuk beralih kepada dedicated hosting.
Domain dan hosting boleh dibeli daripada dua penyedia yang berbeza. Kemaskini sahaja maklumat nameserver untuk merujuk sesuatu domain kepada pelayan yang dipilih.
Antara kriteria penting memilih hosting:
Penyedia perkhidmatan yang memiliki reputasi yang baik antaranya SiteGround, Hostinger, A2 Hosting dan Exabytes.
Pakej shared hosting oleh Exabytes seperti contoh di bawah:
- EBiz Lite, Plus dan Gold adalah pakej yang menggunakan storan HDD.
- EBiz Lite PRO, Plus PRO dan Gold PRO menggunakan storan SSD yang lebih laju.
Pakej Hosting Permulaan
Pakej Hosting Premium
Blog ini pernah menggunakan pakej EBiz Lite 6 tahun dahulu dan kemudian menaik taraf kepada pakej EBiz Plus PRO kerana keperluan meningkat untuk hos 2 laman web.
Selepas berjaya membeli hosting, baca dengan teliti e-mel yang dihantar kepada anda untuk log masuk ke cPanel.