Kod QR Featured

Cara percuma dan mudah hasilkan kod QR

Kod QR atau Quick Response Code adalah kod imbas yang sering digunakan pada masa kini untuk mencapai pautan maklumat dengan hanya mengimbas kod.

Jika ada kerja-kerja grafik yang memerlukan QR Code, saya hasilkannya di Go QR. Ia adalah servis percuma sahaja. Terdapat banyak lagi sumber yang boleh dipakai, bukan sahaja di web, malah terdapat juga aplikasi QR untuk Android dan juga iOS tetapi laman web berkenaan yang selalu saya gunakan.

Jika gunakan servis berbayar seperti di QR Code Generator, anda boleh lihat rekod berapa kali imbasan dilakukan. Tetapi tidak mengapa, kita gunakan servis percuma sahaja untuk tujuan ini, lagipun saya belum hendak melihat analisis.

Muat turun Kod QR

Laman web ini ringkas sahaja dan anda pasti mudah faham, selepas memasukkan pautan atau teks yang hendak dijadikan kod, selepas itu boleh muat turun untuk digunakan.

  • Terdapat 4 format fail untuk di muat turun iaitu: SVG, EPS, PNG dan JPEG.
  • Saiz kod bermula dari 150 hingga 1000 pixels.