Setiap kali pelancaran produk baharu, sudah pasti terdapat ciri-ciri tertentu yang hendak diketengahkan sama ada ia adalah inovasi atau penambahbaikan terhadap ciri-ciri sedia ada.
Ciri utama pada Pixel kali ini
1. Skrin yang jelas dengan Smooth Display
Paparan OLED yang sangat jelas dengan 444 ppi pada Pixel 4 dan 537 ppi pada Pixel 4 XL memungkinkan teks dan grafik dapat dilihat dengan sangat tajam.
Manakala, kadar penyegaran semula sehingga 90 Hz menjadikan persembahan yang dimainkan di skrin lancar, ia dinamakan sebagai Smooth Display.
Rekaan skrin pada kali ini sudah tidak lagi bertakuk sebagaimana yang dimahukan oleh pengguna. Ruang pada bahagian atas adalah tempat terletaknya kamera, sensor dan juga pembesar suara.
2. Keupayaan memori 6GB
Memori telah dinaikkan kepada 6 GB menggunakan cip Qualcomm® Snapdragon 855™. Storan dalaman pula dengan pilihan kapasiti 64 GB dan 128 GB.
Menggunakan peranti Pixel tidak memerlukan storan dalaman sehingga 512 GB kerana media boleh disandarkan pada Google Photos.
3. Kuasa bateri ditingkatkan sedikit
Kuasa bateri sebanyak 2,800 mAh pada Pixel 4 dan 3,700 mAh pada Pixel 4 XL yang turut menyokong pengecasan pantas dan tanpa wayar.
4. Dwi-kamera 12MP dengan lensa telefoto 16MP
Buat pertama kalinya dalam sejarah siri telefon Pixel, Pixel 4 menampilkan dwi-kamera pada bahagian belakang. Sensor utama ialah 12MP bersama kamera telefoto 16MP. Lensa telefoto ini, digabungkan dengan ciri Super Res Zoom yang sangat baik yang sebelum ini telah digunakan pada Pixel 3 untuk menghasilkan foto jarak jauh yang bagus.
“Studio-like photos. Without the studio.” – Google
Kualiti foto bukan hanya terletak kepada kekuatan lensa semata-mata, cip seperti Pixel Neural Core serta penstabilan imej optikal dan elektronik menghasilkan kualiti foto yang baik.
Lagi ciri lain pada kamera ialah rakaman astrofotografi, mod potret dan mod kawalan manual. Fungsi Night Sight adalah ciri yang telah ada pada keluaran lepas dan sudah terbukti kemampuan Pixel mengambil foto di kawasan kurang cahaya dengan baik.
5. Akses peranti dengan pengecaman wajah bersama Motion Sense
Sensor cap jari tidak lagi dipakai pada Pixel 4. Kali ini sistem pengecaman wajah iaitu face unlock bersama Motion Sense diperkenalkan.
Kesimpulannya, Google Pixel 4 adalah peranti mercu yang berbaloi dimiliki dari banyak segi terutama sekali perisian yang baik. Sistem operasi Android Asli, integrasi semua aplikasi Google yang digunakan dengan optima oleh anda yang benar-benar faham penggunaannya, anda pasti dapat rasakan betapa ringkas dan efisiennya melakukan aktiviti harian.
Dapatkan Pixel 4 sekarang!
Harga Pixel 4
Harga bagi Pixel 4 adalah seperti berikut, untuk storan 64GB ialah USD799 (RM3,349) dan storan 128GB ialah USD899 (RM3,769). Manakala, bagi Pixel 4 XL, untuk storan 64GB ialah USD899 (RM3,769) dan storan 128GB ialah USD999 (RM4,189).
Penghantaran ke Malaysia
Membeli-belah barangan terus dari kedai di Amerika Syarikat dan penghantaran ke Malaysia boleh diuruskan oleh Pos Malaysia menerusi perkhidmatan EZiPoz.
Selepas mendaftar anda akan terima alamat gudang EZiPoz yang terletak di Portland, Oregon. Kos penghantaran ke Malaysia lebih kurang RM100, boleh lihat shipping rates.
1 Respon
[…] amat baik ialah jika anda pengguna telefon pintar Google Pixel, anda secara automatik mendapat sandaran original tanpa had, eksklusif buat pemilik Google Pixel […]