Utama / Kandungan Artikel / Review / Peraduan / Pemendek URL Pertama di Malaysia
Blogging Peraduan

Pemendek URL Pertama di Malaysia

Contest Review Lynk.my 2015
Contest Review Lynk.my 2015 adalah pertandingan menulis review bagi mempromosikan Lynk.my kepada masyarakat umum khasnya rakyat Malaysia. Wujudnya peluang pengiklanan dengan harga berpatutan seperti ini dapat membantu industri kecil dan sederhana di negara kita untuk berkembang.

Artikel ini Juara! Top Creative

Artikel ini Juara! Top Creative

Artikel ini Juara!
Top Creative

Pemendek URL pertama di Malaysia ialah Lynk.my.

Artikel review ini dibahagikan kepada dua bahagian, pertama ialah berkenaan Contest Review Lynk.my 2015 dan kedua ialah penerangan mengenai Sistem Lynk.my.

Bahagian 1 - Contest Review Lynk.my 2015

Bahagian 2 - Contest Review Lynk.my 2015

Bahagian Pertama

Contest Review Lynk.my 2015

Contest Review Lynk.my 2015

Tulis Review dan
Berpeluang Memenangi

RM4000

Contest Review Lynk.my 2015

Ditaja sepenuhnya oleh:

Lynkmy Logo - Contest Review Lynk.my 2015

1. Pengenalan

Contest Review Lynk.my 2015 adalah pertandingan menulis review bagi mempromosikan Lynk.my kepada masyarakat umum khasnya rakyat Malaysia. Wujudnya peluang pengiklanan dengan harga berpatutan seperti ini membantu industri kecil dan sederhana di negara kita untuk berkembang. Servis memendekkan URL pula menjadi alternatif baru bagi kita semua menyokong servis keluaran tempatan.

Sebenarnya terdapat hubungan dua hala yang bakal memberikan potensi yang baik antara Pengiklan (Advertiser) dan Penerbit (Publisher) selepas ianya berkembang dengan baik. Peniaga akan berjaya menarik lebih ramai pelanggan hasil daripada iklan yang disebarluas dan penerbit mendapat bayaran kerana pengiklanan ini disebarkan melalui mereka. Inilah yang saya sebutkan hubungan dua hala, kedua-dua pihak mendapat keuntungan.

Tindakan amat bijak oleh Lynk.my sebenarnya dengan mendekati para blogger Malaysia supaya menulis review berkaitan servis memendekkan URL ini. Kenapa begitu? Sebabnya sudah tentu blogger selalu menulis artikel dan seringkali melakukan perkongsian di laman sosial dan sebagainya.

“Servis pendekkan URL pertama di Malaysia oleh Lynk.my”

Saya juga menyahut cabaran menulis review ini bagi memenangi hadiah yang ditawarkan. Secara tidak langsung, boleh juga buat percubaan terhadap servis ini dan lihat sendiri apakah kelebihannya.

Selain itu, misi utama yang saya rasa lebih penting ialah supaya pembaca memahami apa yang saya sampaikan ini. Sejujurnya apa yang saya tulis ini saya mahu pembaca sampai kepada tujuan review yang sebenar-benarnya. Tidak mahu persembahan yang saya buat ini sia-sia, jika perlukan lagi penjelasan lanjut, sudilah komen di bawah atau hantar terus pertanyaan kepada saya. Saya suka membantu sesiapapun selagimana mampu untuk saya lakukan.

Penyertaan artikel ini adalah yang ke-80 daripada 104 penyertaan. Ramai juga blogger yang sampaikan maklumat ini, semoga usaha kita ini bukan sekadar pertandingan semata-mata, malah membantu masyarakat di luar sana tahu berkenaan servis pengiklanan yang Lynk.my tawarkan.

Sebelum penerangan lanjut mengenai Sistem Lynk.my, saya terangkan dahulu mengenai Peraduan Review Lynk.my 2015 ini.

Matlamat Review

Mempromosikan Lynk.my
Menerangkan URL Shortener
Peluang jana income sebagai Publisher
Peluang beriklan dengan harga rendah

Pasaran sasaran adalah Malaysia
Pertandingan mencari review terbaik
Hadiah ditawarkan sehingga RM4,000
Pendaftaran Lynk.my PERCUMA!

2. Tempoh Pertandingan

Tempoh pertandingan ini ialah selama 2 bulan bermula dari 27 Oktober sehingga 27 Disember 2015. Hanya satu artikel review dibenarkan bagi seseorang peserta dan wajib memiliki akaun di Lynk.my.

Mari sertai pertandingan ini sebelum terlambat! Tulislah review terbaik anda.

3. Kategori Pertandingan

Pertandingan ini terbahagi kepada 3 kategori berikut:

Top Creative - Contest Review Lynk.my 2015

TOP Creative

Pemenang dikira berdasarkan persembahan paling kreatif, menarik serta penulisan yang lengkap dan menepati kehendak juri.

Top SEO - Contest Review Lynk.my 2015

TOP SEO

Pemenang diberikan kepada peserta yang berada pada kedudukan tertinggi dalam SERP – Search Engine Results Page – Google.

Top Undian - Contest Review Lynk.my 2015

TOP lynkUNDI

Pemenang dikira berdasarkan jumlah undian tertinggi mengikut jumlah klik pada Contest ID di dalam artikel review.

4. Hadiah Pertandingan

TOP Creative

  • Tempat Pertama: RM1000
  • Tempat Kedua: RM500
  • Tempat Ketiga: RM200

TOP SEO

  • Tempat Pertama: RM500
  • Tempat Kedua: RM300
  • Tempat Ketiga: RM100

TOP lynkUNDI

  • Tempat Pertama: RM500
  • Tempat Kedua: RM300
  • Tempat Ketiga: RM100

Giveaway penyertaan diberikan kepada 50 review terawal berupa seunit gajet khas yang ditaja oleh iKedaiKami.com.

5. Pengumuman Pertandingan

Pengumuman pertandingan ini akan dibuat pada 29 Disember 2015. Kita tunggu dan lihat siapakah blogger bertuah yang bakal memenangi tempat pertama bagi setiap kategori.

Laman Contest

Contest Review 2015

Telegram Channel

@lynkdotmy

Advert - Contest Review Lynk.my 2015

Bahagian Kedua

Sistem Lynk.my

Home - Contest Review Lynk.my 2015

6. Apakah Lynk.my

Lynk.my merupakan sebuah tapak web yang menyediakan servis untuk memendekkan URL. Lihat pada banner dan promosi yang dilakukan, mereka dengan jelas memaparkan perkataan Malaysia URL Shortener kerana mereka adalah satu-satunya di Malaysia yang menyediakan servis ini.

URL Shortener yang lain mungkin anda biasa dengar seperti Goo.gl, Bitly, TinyURL dan AdFly. Konsep yang dibawa oleh Lynk.my sama seperti AdFly iaitu menyediakan peluang menjana income dan juga medium pengiklanan.

Medium pengiklanan ini adalah sangat baik buat para usahawan yang baru berkecimpung dalam arena perniagaan kerana kos pengiklanan yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan dengan kadar serendah RM10.

Lynk.my diuruskan oleh Hexa Coorperation Sdn. Bhd. (1147070-D).

Servis Lynk.my

Menyediakan tools bagi memendekkan URL dan membayar hasil kepada Penerbit terhadap klik yang diterima.

Platform e-Marketing bagi membantu usahawan memasarkan produk atau servis kepada pengguna internet di seluruh Malaysia.

Lynk.my URL Shortener

Mari kita sokong Lynk.my dengan menjadi ahli dan menggunakan servis yang ditawarkan.

Kenapa Pendekkan URL?

  1. Twitter menghadkan jumlah aksara
  2. Satu tweet dibenarkan mengandungi 140 aksara sahaja, jadi apabila meletakkan URL yang panjang ianya membantutkan peluang anda untuk menyampaikan mesej penting bagi menarik minat pembaca. Jadi, langkah penyelesaiannya URL terpaksa dipendekkan.

  3. URL pendek mempunyai daya tarikan lebih baik
  4. Alasan utama kenapa laman seperti Twitter hadkan kepanjangan sesuatu mesej adalah kerana untuk menangkap perhatian pembaca online, mesej yang disampaikan hendaklah jelas, padat dan ringkas. Sama seperti iklan, pembaca cuma lihat sekali imbas. Waktu itu, jika anda berjaya menarik perhatian mereka maka anda dapat jualan. URL yang pendek juga kelihatan lebih kemas dan memberikan impak kepada pembaca untuk fokus pada mesej utama dan lagi satu mereka tidak dapat meneka topik sasaran URL kerana telah dipendekkan.

    Menyebarkan terlampau banyak URL panjang dan tidak meletakkan keterangan mungkin menyebabkan pengikut anda berasa kurang selesa dan tindakan mereka adalah tinggalkan anda. Fikirkan hal ini baik-baik, sentiasa jelas dengan matlamat mesej yang hendak anda sampaikan.

  5. Lihat laporan trafik
  6. Sesuatu URL yang telah anda sebarkan pasti anda ingin tahu aktiviti yang berlaku. Bagi online marketer, penyelidik atau sesiapa sahaja seperti anda dengan mengetahui aktiviti URL membuatkan anda tahu topik mana yang orang ramai suka, apakah produk yang ramai orang cari atau mungkin mengetahui artikel yang paling mendapat hit tertinggi.

    Laporan statistik ini adalah salah satu ciri yang ada ditawarkan oleh Lynk.my.

Tapi, kerja Lynk.my bukanlah tolong pendekkan URL sahaja…

7. Ciri-ciri Sistem

Advertiser - Contest Review Lynk.my 2015

Pengiklan

Medium pengiklanan bukanlah sesuatu yang murah dan mampu digunakan oleh sesiapa sahaja. Tetapi, dengan Lynk.my, kami tawarkan sistem pengiklanan yang murah bermula dengan kos RM10 sahaja dan tiada yuran pendaftaran. Ini serius!, kami ingin membantu anda berjaya.

Publisher - Contest Review Lynk.my 2015

Penerbit

Mahu dapatkan sejumlah wang dengan cepat dan mudah secara online? Mari jadi penerbit kami dan kongsikan URL Lynk anda dan terima bayaran. Lynk akan sentiasa memastikan bahawa ia diberi nilai tertinggi.

Malaysia - Contest Review Lynk.my 2015

Objektif Utama

Objektif utama Lynk adalah untuk membantu rakyat Malaysia bagi mengiklankan kedai mereka, acara atau jemputan untuk Rumah Terbuka! Trafik kami juga boleh dikelaskan mengikut negeri-negeri di Malaysia! Bagus kan?

ATM - Contest Review Lynk.my 2015

Kaedah Pembayaran

Kami faham bahawa warga Malaysia lebih suka menggunakan perbankan dalam talian untuk membuat atau menerima bayaran. Jadi, Lynk mengambil keputusan untuk menggunakannya sebagai kaedah pembayaran utama. Kami menerima hampir semua Akaun Bank Malaysia. Tiada diskriminasi.

Robot - Contest Review Lynk.my 2015

Smart Filtering

Pet Lynk 😀 Encik BotBot tidak akan membiarkan sebarang trafik buruk seperti robot web atau proksi untuk melawat dan membazirkan wang pengiklan. Kami pastikan trafik yang masuk adalah the real human.

Chart - Contest Review Lynk.my 2015

Laporan Statistik

Pengguna berdaftar boleh melihat statistik lengkap – graf dan trafik web mengikut negeri-negeri di Malaysia bagi setiap URL Lynk. Anda juga boleh memasukkan Google Analytics untuk melihat statistik URL anda.

Advert - Contest Review Lynk.my 2015

8. Bagaimana Sistem Berfungsi

Daftar Akaun

Langkah pertama ialah daftarkan diri anda bersama Lynk.my sebagai salah satu antara Penerbit atau Pengiklan. Tidak perlu daftar kedua-dua jenis kerana seorang pengguna boleh switch antara akaun.

Pendaftaran akaun Lynk.my adalah PERCUMA.

Penerbit (Publisher)

Anda boleh menjana wang dengan menyebarkan URL yang telah dipendekkan. Ini amat bergantung kepada berapa banyak klik yang pengunjung lakukan pada URL tersebut.

Publisher Chart - Contest Review Lynk.my 2015

1. Buat Lynk

Pendekkan URL bagi artikel atau bahan promosi anda sebelum disebarkan.

Langkah 1:

Login ke Dashboard Klik pada Create Links.

Langkah 2:

Create Link - Contest Review Lynk.my 2015
Screenshot: Sebelum

Terdapat dua jenis iklan untuk dipilih:

Advertisement Type - Contest Review Lynk.my 2015

Langkah 3:

Create Link - Contest Review Lynk.my 2015
Screenshot: Selepas Lynk it!

Setiap Short URL yang telah dibuat boleh diedit kemudian. Jadi, jangan risau berkenaan jenis iklan kerana boleh diedit pada bila-bila masa.

2. Sebarkan Lynk

Sebarkan URL Lynk yang telah dibuat di media sosial atau blog untuk dapatkan pengunjung yang bakal melihat iklan setelah mereka klik pada URL berkenaan. Jika pengunjung tidak menyukai iklan tersebut, mereka boleh skip dan kandungan anda akan muncul selepas itu.

Manage Links - Contest Review Lynk.my 2015
Screenshot: Manage Links

Contoh URL:

Panjang: adiazudin.com/blog/permohonan-google-adsense

Pendek: lynk.my/KHW

3. Jana Wang

Kadar CPM bagi trafik Malaysia ialah RM10 setiap 1000 UV (Unique Visitor).

Pengiklan (Advertiser)

Anda bayar kos pengiklanan di Lynk.my, kemudian buat kempen dan terima pengunjung. Sesuatu kempen yang dibuat boleh tetapkan bajet harian, sasaran terhadap keyword yang difokuskan dan juga sasaran mengikut negeri.

Advertiser Chart - Contest Review Lynk.my 2015

1. Uruskan Dana

Buat bayaran kepada pihak Lynk.my berdasarkan Bajet Harian (Daily Budget) Kempen yang bakal anda buat. Kos kempen bermula serendah RM10.

2. Buat Kempen

Bertukar (switch) kepada Advertiser Account.

Langkah 1:

Masuk ke Dashboard Klik pada Create Campaign.

Langkah 2:

Campaign Details - Contest Review Lynk.my 2015
Screenshot: Campaign Details
Keyword Targetting - Contest Review Lynk.my 2015
Screenshot: Keyword Targetting
Geographic Targetting - Contest Review Lynk.my 2015
Screenshot: Geographic Targetting

3. Terima Pengunjung

Setelah mengeluarkan kos dan buat kempen. Kerja anda sudah selesai, cuma menunggu pengunjung masuk. Pada tahap ini, anda hanya perlu maintain laman web dan segala maklumat yang hendak disampaikan kepada pengunjung.

Semak statistik untuk mengetahui keadaan trafik.

Ringkasan - Contest Review Lynk.my 2015

9. Soalan Lazim

1. Apakah iklan Interstitial?

Interstitial ialah iklan halaman penuh yang muncul sebelum laman web sebenar. Iklan ini muncul minima 5 saat dan merupakan iklan paling efektif.

2. Adakah pembayaran boleh dilakukan selain Bank Transfer?

Tidak. Hanya bank transfer diterima.

3. Bagaimana cara buat deposit untuk kempen?

Caranya seperti berikut:

  • Login Advertiser > Account > Manage Funds
  • Lihat pada Deposit Funds, terdapat 3 pilihan.
  • Deposit Funds - Contest Review Lynk.my 2015

  • Jika terdapat baki dalam Akaun Publisher, boleh buat pindahan ke Akaun Advertiser.
  • Bagi yang belum ada baki hendaklah guna Bank Transfer.
  • Bank Transfer hendaklah dibuat ke akaun Maybank:
  • Nama: Hexatology Network
    Nombor akaun: 512-745-505-661

  • Emelkan bukti deposit dengan segera kepada: support@lynk.my
4. Cara semak baki kredit?
  • Login Advertiser > Account > Manage Funds
  • Semak baki kredit yang dipaparkan pada Manage Funds seperti dibawah.
  • Manage Funds - Contest Review Lynk.my 2015

5. Bolehkah saya beriklan dengan Kredit Publisher?

Boleh, jika memiliki baki yang mencukupi. Pindahkan sahaja kredit ke Akaun Advertiser untuk buat bayaran kos pengiklanan. Proses pemindahan tidak dikenakan caj.

6. Adakah semua klik dikira?

Klik yang dikira hendaklah:

  • Iklan mesti dilihat sekurang-kurangnya 5 saat.
  • Tidak menggunakan pelayan proksi.
  • Tidak klik lynk sendiri melebihi 2 kali.
  • Trafik dari Malaysia sahaja.
  • Trafik luar negara direkodkan tetapi tiada hasil (earning).
7. Adakah seseorang itu boleh klik banyak kali?

Setiap pengunjung yang klik pada pautan direkodkan alamat IP. Oleh itu, walaupun banyak kali klik pada sesuatu pautan (link) tetapi hanya sekali dikira sebagai hasil (earning).

8. Berapa banyak hasil yang boleh diperolehi?

Jumlah hasil yang bakal diperolehi adalah sangat bergantung kepada jumlah klik pada lynk anda.

10. Review

11. Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut sila layari laman utama lynk.my atau boleh juga hubungi mereka melalui emel support@lynk.my.

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Kerja dari rumah dengan iLancee

52 Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

Perkongsian Artikel

Jika artikel ini bermanfaat, sila kongsikan bersama rakan-rakan anda!

Pemendek URL Pertama di Malaysia

Contest Review Lynk.my 2015 ditaja oleh Lynk.my dengan hadiah bernilai RM4000. Baca artikel berikut dan undi saya untuk TOP lynkUNDI.

Kongsi bersama rakan