Rakan Blogger
Rakan Blogger
Cukai Perkhidmatan Digital Featured
Bayar YouTube Premium

Cukai perkhidmatan digital sudah bermula

Cukai perkhidmatan digital sebanyak 6 peratus sudahpun bermula sejak 1 Januari 2020. Ia dikenakan ke atas semua aplikasi mudah alih, permainan, e-buku, filem termasuk juga iklan Facebook.

Saya juga adalah pengguna perkhidmatan digital yang melanggan aplikasi secara bulanan seperti YouTube Premium dan Wallet untuk pengurusan kewangan. Tidak lupa juga, kadangkala menggunakan Facebook Ads untuk tujuan promosi.

Siapa yang perlu bayar cukai ini?

Pengguna yang melanggan perkhidmatan digital bukan keluaran tempatan. Jika perkhidmatan digital yang dibangunkan oleh pembangun tempatan cukai ini dikecualikan.

Nota: Cukai ini dikenakan untuk perkhidmatan digital sahaja bukan barangan fizikal. Anda jangan keliru, contohnya membeli baju di Zalora tidak dikenakan cukai ini.

Saya amat berharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Ikuti saya di Twitter dan saluran Blogger Malaysia.