Dua WhatsApp Featured
Foto oleh Mangostar di Shutterstock

Menjalankan dua WhatsApp pada satu peranti

Manfaatkan fungsi multi-user yang terdapat pada Stock Android untuk membolehkan anda menjalankan dua WhatsApp pada satu peranti sahaja.

Fungsi multi-user yang telah ada sekian lama pada sistem operasi Stock Android iaitu sejak Android versi 5 lagi adalah satu kelebihan besar yang jarang dimanfaatkan oleh pengguna.

Ia boleh diibaratkan seperti anda membahagikan peranti kepada dua bahagian, akaun pertama dan akaun kedua. Kedua-duanya berfungsi penuh mengawal peranti.

Jadi, apabila anda faham konsep ini, manfaatkannya sebaik mungkin. Saya mahu istilahkan sebagai akaun pertama dan akaun kedua, selepas ini apabila saya sebut akaun pertama bermakna pengguna pertama dan begitu juga bagi pengguna kedua.

Akaun pertama dan akaun kedua boleh jadi pengguna berasingan, tidak semestinya anda seorang sahaja. Sebagai contoh akaun kedua dibuat untuk anak bermain game, apabila berada di rumah, anak meminta untuk bermain telefon, anda serahkan pada anak dengan mengaktifkan akaun kedua kerana tidak mahu mengganggu akaun pertama.

Menggunakan dua @WhatsApp pada satu telefon adalah memudahkan bagi yang aktif dua nombor mudah alih.

Jalankan aplikasi WhatsApp di kedua-dua akaun

Kandungan artikel ini akan dikemaskini…

Saya amat berharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Ikuti saya di Twitter untuk berhubung.