Format Teks WhatsApp Featured

Format teks pada mesej WhatsApp

Selepas percubaan beta dilakukan beberapa minggu yang lepas, kini semua pengguna telah boleh menerima format teks yang ditambah pada aplikasi WhatsApp, iaitu huruf tebal (bold), huruf condong (italic) dan garis batal (strikethrough).

Cara melaksanakan format teks tidak dibuat dalam menu pilihan yang mungkin anda hanya perlu pilih format dan taip. Tetapi ia lagi ringkas daripada itu, hanya tandakan pada perkataan yang dipilih dengan aksara tertentu di awal dan di akhir.

Format teks WhatsApp
  • Huruf Tebal: Taip mesej kemudian masukkan simbol asterik (*) di awal dan akhir sesuatu perkataan.
  • Huruf Condong: Taip mesej kemudian masukkan simbol garis bawah (_) di awal dan akhir sesuatu perkataan.
  • Garis Batal: Taip mesej kemudian masukkan simbol tilde (~) di awal dan akhir sesuatu perkataan.

Selepas ini, mesej yang ditaip untuk memberi pesanan kepada seseorang lebih membawa erti yang jelas terhadap mesej yang cuba disampaikan. Huruf tebal sesuai untuk memberi penekanan terhadap sesuatu ayat, menandakan ia penting. Manakala, huruf condong sesuai untuk nyatakan pilihan sesuatu dan garis batal untuk memberi maksud batal melalui perkataan yang dipilih.