Utama / Kandungan Artikel / Berita / Google Photos Memperkenalkan Album Pintar
Berita IT

Google Photos Memperkenalkan Album Pintar

Google Photos adalah aplikasi pengurusan gambar / foto dan video yang amat mudah digunakan. Terdapat fungsi suntingan asas yang penting, simpanan di dalam cloud storage bagi kemudahan untuk akses dari setiap peranti yang anda miliki dan juga perkongsian album bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

Adakah anda masih ingat lagi memori kali terakhir percutian ataupun aktiviti hujung minggu yang menyeronokkan? Antara kita semua mungkin mengambil gambar dan video dengan banyak sekali ketika bercuti tetapi tidak melakukan lebih daripada sekadar berkongsi beberapa keping gambar kenangan di media sosial. Mungkin kita berfikir tentang membuat album untuk berkongsi dengan keluarga ataupun rakan-rakan, tetapi untuk memilih gambar-gambar yang terbaik daripada ratusan ataupun mungkin ribuan setelah pulang bercuti mengorbankan banyak masa dan rata-rata dikalangan sesiapapun hanya membiarkan sahaja gambar-gambar tersebut tersimpan di dalam storan telefon atau komputer tanpa diusik.

Kemaskini Google Photos pada hari ini ialah memperkenalkan Smarter Photo Albums bagi membantu menghasilkan album daripada koleksi gambar-gambar terbaik yang telah dirakamkan ketika percutian.

Bermula hari ini, selepas sahaja anda mengambil gambar terhadap sesuatu acara atau pulang dari percutian, Google Photos akan mencadangkan album baru dengan hanya memilih gambar-gambar yang terbaik. Ia juga termasuklah peta perjalanan untuk menunjukkan sejauh mana pengembaraan dan pin lokasi di setiap tempat yang telah anda pergi kerana ia tidak selalunya mudah untuk mengingat kembali semua memori perjalanan yang jauh.

Jika anda belum pernah menggunakan Google Photos saya sarankan anda muat turun aplikasi ini di Google Play atau App Store.

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Kerja dari rumah dengan iLancee

Tambah Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

Perkongsian Artikel

Jika artikel ini bermanfaat, sila kongsikan bersama rakan-rakan anda!

Google Photos Memperkenalkan Album Pintar

Google Photos memperkenalkan album pintar yang dapat membantu anda membuat album untuk perkongsian selepas sesuatu acara atau percutian.

Kongsi bersama rakan