Utama / Kandungan Artikel / Umum / Ceramah / ‘Id Mubarak Bulan Kemenangan
Ceramah Umum

‘Id Mubarak Bulan Kemenangan

Id Mubarak Bulan Kemenangan
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa lilLahi al-Hamd. 'Id Mubarak adalah hari yang sungguh istimewa dan penuh makna. Ia adalah hari bagi menzahirkan rasa kesyukuran atas hidayah-Nya, iaitu penurunan al-Qur'an dan pengutusan Nabi – sallalLahu ‘alayhi wa sallam.

‘Id Mubārak adalah hari yang sungguh istimewa dan penuh makna. Ia adalah hari bagi menzahirkan rasa kesyukuran atas hidayah-Nya, iaitu penurunan al-Qur’an dan pengutusan Nabi – sallalLahu ‘alayhi wa sallam. [2:185]

Lihat 2:185

Satu bulan menerusi Madrasah Ramadan yang sarat dengan latihan intensif – siyam dan qiyam, tilawah, tadarus dan tadabbur al-Qur’an, pembongkaran pelbagai kisah tentang kesudahan nasib awliya’ulLah dan a‘da’ulLah – sudah sewajarnya menjadi i‘tibar bagi golongan ulu al-absar, ulu al-albab dan ulu al-nuha untuk tidak lagi berpeluk tubuh, banyak beromongan, suka berangan-angan dan gemar berbantah-bantahan. [3:105]

Lihat 3:105

Laungan takbir hari ini adalah pernyataan iltizam bagi setiap Mu’min untuk menerima Islam secara kaffah [2:208] dengan menjadikan al-Qur’an sebagai panduan hidup sebagaimana yang ditunjukkan jalannya oleh Nabi – sallalLahu ‘alayhi wa sallam. [36:1-4]

Lihat 2:208
Lihat 36:1-4

Lalu meneruskan khidmat selaku hamba Allah dengan bekerja siang dan malam selagi hayat dikandung badan [15:99] bagi membebaskan manusia daripada kongkongan zulumat kepada nur yang menerangi [14:1] melalui penggabungan diri dalam satu ummah yang bekerja menegakkan yang hak supaya dapat mengukir jalan kejayaan yang sebenarnya. [3:104]

Lihat 15:99
Lihat 14:1
Lihat 3:104

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Kerja dari rumah dengan iLancee

Tambah Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

Kongsi bersama rakan