Rakan Blogger
Rakan Blogger
Telegram Channel Featured

Penyiaran maklumat menggunakan Telegram Channel

Telegram Channel amat berguna sebagai alat untuk menyiarkan informasi kepada orang ramai kerana keahlian adalah tanpa had.

Artikel ini sedang disusun semula, apa yang anda dapat lihat ketika ini adalah sebahagian sahaja.

Kelebihan Telegram Channel

  • Keahlian untuk channel adalah tiada had.
  • Ahli yang baru sertai dapat lihat kesemua kiriman (post) yang terdapat di dalam channel sejak awal. Maksudnya boleh scroll terhadap kirirman-kiriman terdahulu.
  • Pencipta (creator) dan pentadbir (admin) sahaja yang boleh membuat kiriman di dalam channel.
  • Ahli yang berada di dalam channel cuma boleh melihat sahaja berita.
  • Pada ahli, hanya terdapat butang mute dan unmute sahaja, bermakna tidak boleh menaip mesej.
  • Jika sesuatu kiriman dibuang, ianya terhapus untuk semua ahli.
  • Jumlah paparan (views) bagi setiap mesej ditunjukkan di bahagian bawah penjuru kanan bersebelahan masa mesej dihantar.
  • Senarai ahli di channel tiada sesiapa yang mengetahui melainkan pentadbir sahaja. Perkara ini adalah bagus kerana tiada kecurian ahli dapat dibuat sepertimana yang berlaku pada group chat.

Baca: Broadcasting Done Right

Channel Blogger Malaysia

Ikuti channel Blogger Malaysia untuk terima kemaskini terkini

Saya amat berharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Ikuti saya di Twitter dan saluran Blogger Malaysia.