Utama / Kandungan Artikel / Umum / Blogging / Kehabisan Kuota Bandwidth
Blogging Umum

Kehabisan Kuota Bandwidth

Kuota Bandwidth
Laman web ini tidak dapat diakses disebabkan kehabisan kuota bandwidth dari 27 Jun hingga lewat malam tadi (30 Jun), iaitu selama 4 hari. Masalah ini disebabkan beberapa faktor iaitu jumlah artikel di sini yang makin bertambah, pengunjung juga makin meningkat maka begitulah juga dengan keperluan bandwidth. Ianya makin hari makin banyak digunakan.
Kuota Bandwidth
Buat pertama kali saya hadapi “Bandwidth Limit Exceeded”, selepas itu terus naik taraf pakej hosting dan gunakan CDN

Oleh yang demikian, laman web yang sedang anda layari sekarang ini sudahpun dinaikkan pakej bandwidth daripada 10GB kepada 50GB sebulan melalui pakej EBiz Plus. Semoga masalah ini tidak berulang lagi.

Lihat pakej hosting:

Small Business Hosting - Exabytes Network
Pakej hosting yang ditawarkan oleh Exabytes Network melalui kategori Small Business Hosting

Tempah pakej hosting anda: Small Business Web Hosting Malaysia

Saya sarankan kepada anda supaya semak semula jadual pakej di laman web Exabytes Malaysia walaupun saya sudah paparkan jadual di sini, kemungkinan terdapat kemaskini harga dan sebagainya terhadap pakej-pakej yang dinyatakan di atas.

Terima kasih juga daripada saya selaku pemilik blog ini kepada pihak Exabytes Network yang mana laman ini dihoskan diatas kerjasama dan maklum balas yang pantas daripada mereka.

Sepanjang 4 hari ini, saya juga telah menerima notis daripada Google Search Console dan WordPress berkenaan laman web gagal berfungsi. Iklan AdSense juga tidak berjalan selama 4 hari ini. Banyak jugalah perkara yang terganggu.

Kepada pengunjung yang menyedari perkara ini, diharap anda melayari semula. Saya tidak jangka bahawa trafik yang meningkat pada bulan ini menyebabkan kehabisan kuota bandwidth. Ianya telah kembali seperti biasa, selamat melayari dan membaca artikel-artikel menarik disini dengan lebih selesa tanpa gangguan.

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Kerja dari rumah dengan iLancee

Tambah Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

Perkongsian Artikel

Jika artikel ini bermanfaat, sila kongsikan bersama rakan-rakan anda!

Kehabisan Kuota Bandwidth | Adi Azudin

Pernahkah anda kehabisan kuota bandwidth? Kuota bandwidth Blog Adi Azudin telah dinaikkan kepada 50GB bulanan.

Kongsi bersama rakan