Salam Maulidur Rasul 1441H

BigPay menawarkan banyak kelebihan kepada pengguna

Kongsikan
Industri financial technology atau ringkasnya disebut FinTech nampaknya semakin berkembang di dalam negara kita, pelbagai kemudahan dalam industri kewangan selain perbankan muncul seperti Boost, Razer Pay, GrabPay, Touch n Go, BigPay dan akan muncul kemudian Happy Mastercard.

Amalan berbelanja tanpa tunai amat bagus kerana setiap transaksi direkodkan dan mudah tanpa perlu mencari mesin juruwang automatik (ATM) untuk keluarkan duit daripada bank.

Saya juga amat berharap budaya ini diamalkan lebih meluas kerana ia lebih efisien dan selamat daripada berbelanja menggunakan tunai. Sampai satu tahap nanti, semoga masyarakat tanpa tunai mendominiasi urusan perniagaan harian.

Mengikut statistik pengguna telefon pintar di Malaysia pada tahun 2018, seramai 24 juta orang aktif menggunakan internet dan merupakan negara ke-10 di dunia sebagai pemilik telefon pintar paling tinggi. Oleh itu, masa depan industri fintech di Malaysia sangat cerah.


Tawaran BigPay kepada pengguna

Aplikasi e-wallet bersama kad debit

BigPay app dan Kad Debit
Integrasi antara app dan kad lebih menarik kerana app tersebut dibuat khusus untuk menyimpan rekod transaksi perbelanjaan berbeza dengan e-wallet lain

Aplikasi BigPay yang dilancarkan pada tahun lalu oleh Tony Fernandes, CEO AirAsia menawarkan pilihan yang baik kepada pengguna.

Baca: BigPay First Anniversary

Kelebihan BigPay

Aplikasi berkenaan bukan sekadar aplikasi e-wallet seperti yang lain, ia didatangkan bersama kad debit yang menawarkan kelebihan-kelebihan berikut:

Animasi BigPay app
  • Aplikasi pengurusan kewangan bersama kad debit meyimpan rekod transaksi yang dilakukan dengan kemas dan susun atur yang menarik seperti aplikasi rekod kewangan yang lain tetapi lebih mudah kerana integrasi bersama kad.
  • Boleh hantar dan terima duit antara ahli secara segera maksudnya instant (seperti Instant Transfer di bank). Perkara ini boleh diamalkan untuk menghantar “split bill” iaitu request payment daripada rakan apabila berkongsi bayaran terhadap sesuatu pembelian barang atau perkhidmatan.
  • Pengeluaran duit di ATM seluruh dunia pada kadar RM10 (luar negara) dan RM6 (tempatan) bagi setiap pengeluaran. Jika ada ahli keluarga yang menuntut di luar negara boleh juga menggunakan BigPay sebagai kaedah menghantar wang kepada mereka. Kelebihan BigPay ialah tidak melibatkan bank, duit yang dikirim dapat diterima serta-merta.
  • Sifar bayaran proses pembelian tiket AirAsia. Adalah lebih bijak untuk berjimat ketika berbelanja termasuklah membeli tiket penerbangan dan nilai tambah yang lain. Ketika membeli tiket AirAsia, bayaran proses sebanyak RM4 untuk internet banking dan RM16 untuk kad kredit / debit yang lain, bayangkan jika kerap membeli tiket, sudah tentu jumlah yang besar telah dikeluarkan untuk membayar bayaran proses sahaja. Gunalah BigPay kerana tiada sebarang caj, malah mendapat diskaun lagi untuk tambahan makanan di dalam penerbangan.
  • Kadar pertukaran mata wang terbaik. Apabila hendak melancong ke luar negara BigPay memberikan kadar tukaran terbaik. Setiap kali tiba di mana-mana negara luar, kadar tukaran mata wang akan dihantar kepada anda melalui app dan kad BigPay sedia untuk digunakan pada bila-bila masa.
  • Berbelanja dan kumpul mata ganjaran BIG Points. Setiap kali melakukan tambah nilai dan juga pembelian anda pasti menerima mata ganjaran BIG Points yang boleh ditebus kemudian untuk pembelian tiket penerbangan AirAsia.
  • Pemindahan bank. Ini merupakan ciri baharu yang dilancarkan pada 24 September 2019, jika anda lihat pada app terdapat butang pada bahagian payments untuk melakukan Local bank transfer dan International bank transfer.

BigPay kini boleh melakukan pemindahan bank

Berita baik, ciri pemindahan bank sudah sedia untuk digunapakai bermula hari ini.

Rujuk dan nikmati ganjaran

BigPay Referral

Rujuk dan nikmati ganjaran setiap kali rakan anda menjadi sebahagian daripada revolusi ini dan mengaktifkan kad BigPay, ganjaran RM10 diberikan kepada anda berdua.

Mahu RM10 percuma dengan BigPay? Guna kod rujukan 3S9PHVH2FC ketika mendaftar.
BigPay

Muat turun BigPay sekarang

Tambah nilai pertama sebanyak RM20 dan kad debit akan dihantar terus ke rumah anda

Budaya tanpa tunai

Bayaran Tanpa Tunai

Saya telah mengamalkan budaya tanpa tunai di dalam aktiviti perbelajaan harian bagi mewujudkan masyarakat tanpa tunai di negara kita. Siapa lagi mahu mulakan, diri sendiri yang berkehendakkan amalan tanpa tunai kerana satu sebab iaitu lebih senang untuk berbelanja.

Sehinggakan setiap kali terpaksa mengeluarkan tunai di kaunter restoran atau kedai saya sanggup bertanya kepada juruwang kedai berkenaan kenapa tidak mengamalkan tanpa tunai dan saya mendengar jawapan mereka.

Membawa tunai adalah amalan yang leceh bagi saya kerana terpaksa pergi bank. Amalan tanpa tunai memudahkan urusan, boleh berbelanja sampai licin duit yang ada di akaun simpanan bank pun boleh, hanya bawa kad dan telefon.

Contoh amalan tanpa tunai yang boleh dilakukan:

  • Memesan makanan menggunakan GrabFood, bayar dengan GrabPay. GrabPay link kepada kad debit, boleh jadikan kad BigPay sebagai kad utama. Maka, setiap kali memesan makanan dengan nilai RM20, dapat 2 mata ganjaran BIG Points.
  • Jika malas memandu kereta terutama penduduk Kuala Lumpur, gunalah GrabCar dan bayaran juga dengan GrabPay.
  • Tetapi jika mahu memandu bagi mereka yang tiada kereta sendiri, boleh guna kereta sewa seperti Socar atau GoCar, bayar menggunakan kad debit, gunalah BigPay untuk kumpul lebih banyak mata ganjaran.
  • Pergi ke pasar malam atau kedai runcit boleh menggunakan aplikasi Boost atau Razer Pay di 7 Eleven, ia bukanlah satu masalah untuk membayar RM1 dengan menggunakan aplikasi. Bagi sesetengah orang yang tidak mengamalkan budaya tanpa tunai mungkin terasa pelik. Tapi ia adalah kebiasaan bagi saya sendiri yang menulis artikel ini.
  • Berbelanja barang dapur di Tesco, NSK, Giant, Village Grocer dan lain-lain, ketika di kaunter juga boleh bayar menggunakan kad. Setakat ini di pasaraya NSK boleh gunakan aplikasi Boost, jadi pilihan yang ada sangat mudah.
  • Google Pay dan Apple Pay juga boleh menjadikan kad debit BigPay sebagai kad utama bagi langganan aplikasi, majalah atau muzik. Setiap kali bayaran langganan bulanan Apple Music dilakukan, terdapat rekod transaksi di dalam aplikasi BigPay, mudah untuk pantau.
  • Bayaran tol pula menggunakan paydirect pada aplikasi Touch n Go, tambah nilai menggunakan kad BigPay.
  • Membeli tiket ERL di kiosk boleh bayar menggunakan kad debit, dapat diskaun lagi, lebih jimat daripada membeli terus di kaunter. Contohnya harga tiket dari TBS ke Putrajaya jika beli secara tunai di kaunter RM9, tetapi beli di kiosk menggunakan kad debit hanya RM7.20.

Contoh-contoh di atas adalah relevan dengan apa yang cuba disampaikan iaitu berbelanja tanpa tunai dan dapat manfaatkan BigPay di dalam perbelanjaan harian. Jangan sekadar memiliki BigPay tetapi tidak menggunakannya.

Mata Ganjaran

Sistem pengiraan mata ganjaran telah ditukar oleh pihak BigPay. Kini, setiap transaksi dengan kad atau atas talian bernilai RM10 mendapat 1 mata ganjaran.

Kesimpulan

Bagi perniagaan seperti restoran, sekolah, kedai dan pasaraya saya amat galakkan pemilik perniagaan tersebut menjadi pedagang di dalam industri FinTech, kerana masyarakat boleh mengamalkan transaksi tanpa tunai pada bila-bila masa.

Pembayaran Tanpa Tunai

Lebih ramai pedagang, maka komuniti tanpa tunai makin berkembang.

Bagi yang belum mengamalkan urusan tanpa tunai, bukanlah keselesaan dengan cara lama perlu diteruskan. Selesa akan terjadi melalui kelaziman, biasakan dahulu amalan tanpa tunai, selepas itu anda tidak mahu lagi membawa tunai.

Saya amat berharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Ikuti saya di Twitter untuk berhubung.

Adi Azudin

Menulis tutorial sejak 2014 sebagai panduan untuk diri sendiri dan akhirnya berkongsi panduan berkenaan di blog ini.

Panduan lain untuk dibaca

5 Respon

  1. Erna berkata:

    Nak tanya maknanya kalau kita mahu transfer wang ke luar negara, penerima di sana juga kena memiliki BigPay?

  2. Shamshuri Suffian berkata:

    Salam, saya Syam dari Melaka. Saya baru sebulan menggunakan kad BigPay. Saya kurang faham tentang point. Apa yang saya faham jika topup RM50, kita akan dapat 1 point. Sekiranya saya topup RM1000, bagaimana pula?

  3. Adi Azudin berkata:

    Terima kasih kepada pembaca artikel ini dan yang menggunakan kod rujukan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penafian: Beberapa pautan pada blog ini adalah pautan afiliasi. Segala pautan ini adalah tidak memberikan anda sebarang kos tambahan, saya akan mendapat peratusan yang kecil iaitu komisen jika anda membuat pembelian dan saya hanya mengesyorkan produk yang terbaik!