BigPay Featured
Foto oleh BigPay

BigPay menawarkan banyak kelebihan kepada pengguna

Daftar BigPay sekarang kerana e-dompet ini memudahkan anda melancong dan melakukan pengeluaran di luar negara.

Amalan berbelanja tanpa tunai amat bagus kerana setiap transaksi direkodkan dan mudah tanpa perlu mencari mesin juruwang automatik (ATM) untuk keluarkan duit daripada bank.

Saya juga amat berharap budaya ini diamalkan lebih meluas kerana ia lebih efisien dan selamat daripada berbelanja menggunakan tunai. Sampai satu tahap nanti, semoga masyarakat tanpa tunai mendominiasi urusan perniagaan harian.

Mengikut statistik pengguna telefon pintar di Malaysia pada tahun 2018, seramai 24 juta orang aktif menggunakan internet dan merupakan negara ke-10 di dunia sebagai pemilik telefon pintar paling tinggi. Oleh itu, masa depan industri fintech di Malaysia sangat cerah.


Tawaran BigPay kepada pengguna

Aplikasi e-dompet bersama kad debit

BigPay app dan Kad Debit
Integrasi antara app dan kad lebih menarik kerana app tersebut dibuat khusus untuk menyimpan rekod transaksi perbelanjaan berbeza dengan e-dompet lain.

Aplikasi BigPay yang dilancarkan pada 12 Januari 2018 oleh Tony Fernandes, CEO AirAsia menawarkan banyak ciri-ciri yang bagus. Sehingga kini, ia menjadi pilihan saya berbanding e-dompet lain.

Baca: BigPay is 2 years old

Ciri utama yang terdapat pada BigPay

Tanpa Tunai

Bebas berbelanja secara tanpa tunai

Berbelanja dengan bebas tanpa memerlukan tunai di tangan.

Rekod Perbelanjaan

Boleh menjejaki rekod perbelanjaan

Berbelanja tanpa tunai memiliki rekod, mudah untuk pantau dan ambil tahu sejarah pembelian.

Penghantaran Wang

Penghantaran wang antarabangsa

Pindahkan wang dari BigPay anda ke akaun bank antarabangsa yang kini menyokong 9 buah negara. Proses yang tiada kerumitan dan telus.

Tukaran Matawang

Melancong dengan nilai matawang sebenar

Kadar tukaran matawang sebenar ketika anda melancong.

Menunjukkan Kad BigPay
Foto oleh BigPay di Bigpayme.com

Kelebihan BigPay

Aplikasi BigPay bukan sekadar aplikasi e-dompet seperti yang lain, ia didatangkan bersama kad debit yang menawarkan kelebihan-kelebihan berikut:

Animasi BigPay app
  • Aplikasi pengurusan kewangan bersama kad debit meyimpan rekod transaksi yang dilakukan dengan kemas dan susun atur yang menarik seperti aplikasi rekod kewangan yang lain tetapi lebih mudah kerana integrasi bersama kad.
  • Boleh hantar dan terima duit antara ahli secara segera maksudnya instant (seperti Instant Transfer di bank). Perkara ini boleh diamalkan untuk menghantar “split bill” iaitu request payment daripada rakan apabila berkongsi bayaran terhadap sesuatu pembelian barang atau perkhidmatan.
  • Pengeluaran duit di ATM seluruh dunia pada kadar RM10 (luar negara) dan RM6 (tempatan) bagi setiap pengeluaran. Jika ada ahli keluarga yang menuntut di luar negara boleh juga menggunakan BigPay sebagai kaedah menghantar wang kepada mereka. Kelebihan BigPay ialah tidak melibatkan bank, duit yang dikirim dapat diterima serta-merta.
  • Tambah nilai sehingga RM10,000. Jika anda menggunakan perbankan internet atau kad debit bank untuk menambah nilai ke dalam akaun BigPay adalah tiada had pemindahan. BigPay boleh memegang jumlah dana maksimum RM10,000 pada satu-satu masa.
  • Sifar bayaran proses pembelian tiket AirAsia. Adalah lebih bijak untuk berjimat ketika berbelanja termasuklah membeli tiket penerbangan dan nilai tambah yang lain. Ketika membeli tiket AirAsia, bayaran proses sebanyak RM4 untuk internet banking dan RM16 untuk kad kredit / debit yang lain, bayangkan jika kerap membeli tiket, sudah tentu jumlah yang besar telah dikeluarkan untuk membayar bayaran proses sahaja. Gunalah BigPay kerana tiada sebarang caj, malah mendapat diskaun lagi untuk tambahan makanan di dalam penerbangan.
  • Kadar pertukaran mata wang terbaik. Apabila hendak melancong ke luar negara BigPay memberikan kadar tukaran terbaik. Setiap kali tiba di mana-mana negara luar, kadar tukaran mata wang akan dihantar kepada anda melalui app dan kad BigPay sedia untuk digunakan pada bila-bila masa.
  • Berbelanja dan kumpul mata ganjaran BIG Points. Setiap kali melakukan tambah nilai dan juga pembelian anda pasti menerima mata ganjaran BIG Points yang boleh ditebus kemudian untuk pembelian tiket penerbangan AirAsia.
  • Pemindahan bank. Ini merupakan ciri baharu yang dilancarkan pada 24 September 2019, jika anda lihat pada app terdapat butang pada bahagian payments untuk melakukan Local bank transfer dan International bank transfer.
BigPay Bank Transfer Featured

BigPay kini boleh melakukan pemindahan bank

Pemindahan bank sudah boleh dilakukan untuk tempatan dan antarabangsa.

Rujuk dan nikmati ganjaran

BigPay Referral

Rujuk dan nikmati ganjaran setiap kali rakan anda menjadi sebahagian daripada revolusi ini dan mengaktifkan kad BigPay, ganjaran RM10 diberikan kepada anda berdua.

Mahu RM10 percuma dengan BigPay? Guna kod rujukan 3S9PHVH2FC ketika mendaftar.

Daftar BigPay sekarang

Sekarang anda sudahpun mengetahui semua perkara tentang BigPay, mungkin tiba masanya untuk anda memilikinya? Ianya PERCUMA!

BigPay

Muat turun BigPay sekarang

Tambah nilai pertama sebanyak RM20 dan kad debit akan dihantar terus ke rumah anda. Jangan lupa menggunakan kod rujukan 3S9PHVH2FC.

Ketika anda menerima kad BigPay, terdapat baki sebanyak RM30 di dalam kad itu selepas berjaya mengaktifkannya kerana RM20 daripada tambah nilai pertama campur ganjaran RM10 daripada rujukan ketika mendaftar.

Budaya tanpa tunai

Bayaran Tanpa Tunai
Foto oleh ESB Professional di Shutterstock

Saya telah mengamalkan budaya tanpa tunai di dalam aktiviti perbelajaan harian bagi mewujudkan masyarakat tanpa tunai di negara kita. Siapa lagi mahu mulakan, diri sendiri yang berkehendakkan amalan tanpa tunai kerana satu sebab iaitu lebih senang untuk berbelanja.

Sehinggakan setiap kali terpaksa mengeluarkan tunai di kaunter restoran atau kedai saya sanggup bertanya kepada juruwang kedai berkenaan kenapa tidak mengamalkan transaksi tanpa tunai dan saya mendengar jawapan mereka sambil berkongsi sedikit kebaikan amalan tanpa tunai ini.

Membawa tunai adalah amalan yang leceh bagi saya kerana terpaksa pergi bank. Amalan tanpa tunai memudahkan urusan, boleh berbelanja sampai licin duit yang ada di akaun simpanan bank pun boleh, hanya bawa kad dan telefon.

Pengalaman menggunakan BigPay

  • Kelebihan utama e-dompet BigPay ialah memiliki kad debit. Oleh itu, BigPay boleh dijadikan sumber utama sama seperti bank untuk tambah nilai kepada e-dompet lain. Kelebihan seperti ini wajar dimanfaatkan kerana lebih mudah untuk kumpul mata ganjaran BIG Points.
  • Contohnya pengalaman memesan makanan menggunakan GrabFood, bayar dengan GrabPay. Tetapi jangan lupa, kad debit BigPay telah dijadikan sumber bayaran utama untuk GrabPay. Maka, setiap kali memesan makanan dengan nilai RM20, dapat 2 mata ganjaran BIG Points bersama mata ganjaran Grab.
  • Jika malas memandu kereta terutama penduduk Kuala Lumpur, gunalah GrabCar dan bayaran juga dengan GrabPay.
  • Tetapi jika mahu memandu bagi mereka yang tiada kereta sendiri, boleh guna kereta sewa seperti Socar atau GoCar, juga melakukan bayaran menggunakan kad debit BigPay.
  • Pergi ke pasar malam atau kedai runcit boleh menggunakan aplikasi Boost atau Razer Pay di 7 Eleven. Kedua-dua e-dompet ini juga boleh tambah nilai menggunakan kad debit BigPay.
  • Berbelanja barang dapur di pasaraya seperti Tesco, NSK, Giant, Village Grocer dan lain-lain sudah tentu boleh menggunakan kad. Manfaatkan penggunaan kad debit BigPay sebaik-baiknya, lebih kerap digunakan lebih banyak BIG Points.
  • Google Pay dan Apple Pay juga boleh menjadikan kad debit BigPay sebagai kad utama bagi langganan aplikasi, majalah atau muzik. Sebagai contoh, setiap kali bayaran langganan bulanan YouTube Premium dilakukan, terdapat rekod transaksi di dalam aplikasi BigPay, mudah untuk pantau.
  • Bayaran tol pula menggunakan PayDirect pada aplikasi Touch ‘n Go, tambah nilai menggunakan kad debit BigPay.
  • Membeli tiket ERL di kiosk boleh bayar menggunakan kad debit, dapat diskaun lagi, lebih jimat daripada membeli terus di kaunter. Contohnya harga tiket dari TBS ke Putrajaya jika beli secara tunai di kaunter RM9, tetapi beli di kiosk menggunakan kad debit hanya RM7.20.

Berdasarkan pengalaman yang saya ceritakan di atas, sangat jelas amalan tanpa tunai memberikan lebih ganjaran kepada pengguna. Sebagai individu yang celik pengurusan kewangan, amalan ini wajar diamalkan oleh seluruh masyarakat di negara kita.

Kesimpulan

Bagi perniagaan seperti restoran, sekolah, kedai dan pasaraya saya amat galakkan pemilik perniagaan tersebut menjadi pedagang di dalam industri FinTech, kerana masyarakat boleh mengamalkan transaksi tanpa tunai pada bila-bila masa.

Pembayaran Tanpa Tunai
Foto oleh Zapp2Photo di Shutterstock

Lebih ramai pedagang, maka komuniti tanpa tunai makin berkembang.

Kepada individu yang belum mengamalkan urusan tanpa tunai, bukanlah keselesaan dengan cara lama perlu diteruskan. Selesa akan terjadi melalui kelaziman, biasakan dahulu amalan tanpa tunai, selepas itu anda tidak mahu lagi membawa tunai.