Utama / Kandungan Artikel / Berita / Kemaskini iOS10 Boleh Dilakukan Hari Ini
Berita IT

Kemaskini iOS10 Boleh Dilakukan Hari Ini

Pengguna peranti Apple boleh melakukan kemaskini iOS 10 pada hari ini sebagaimana yang telah dijanjikan semasa Apple Event pada minggu lepas.

Kemaskini iOS 10

Begitu terujanya anda pada minggu lepas dengan pelancaran iPhone 7 dan iPhone 7 Plus yang memiliki kamera yang cukup hebat dengan cip pemprosesan A10 Fusion yang laju, namun semua itu belum hadir pada tangan anda.

Tetapi pada hari ini anda boleh teruskan keterujaan itu dengan mengemaskini sistem operasi yang baharu. Menerusi peranti iOS yang anda miliki, dapatkan sekarang kemaskini kepada iOS 10.

Kemaskini iOS10 Boleh Dilakukan Hari Ini - Ciri-ciri
Antara ciri-ciri yang terdapat di dalam kemaskini iOS10
Apple

Ciri-ciri Baharu

Ciri-ciri baharu dapat dilihat ketara terhadap antaramuka pengguna (UI). Antaranya ialah interaksi 3D Touch terhadap notifikasi dan widget yang memudahkan anda tanpa perlu buka dan masuk kedalam aplikasi untuk melakukan sebarang tindakan. Aplikasi iMessage diberi sentuhan cukup besar pada kali ini dengan pelbagai fungsi yang amat menarik yang patut anda cuba sebaik sahaja selesai kemaskini nanti.

Apple juga menambahbaik terhadap aplikasi terbina dalam iaitu Photo, Phone, Maps, Music dan banyak lagi yang patut anda terokainya. Kebanyakan app terbina dalam yang sedia ada kini boleh disorokkan jika anda tidak suka melihat senarai aplikasi yang panjang dan jarang bagi anda menggunakannya.

Keperluan Sistem

Sistem iOS 10 adalah percuma dan menerima kemaskini bagi peranti berikut: iPhone 5 ke atas, iPod Touch 6, iPad mini 2 ke atas, iPad 4, iPad Air dan iPad Pro.

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Kerja dari rumah dengan iLancee

Tambah Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

Perkongsian Artikel

Jika artikel ini bermanfaat, sila kongsikan bersama rakan-rakan anda!

Kemaskini iOS10 Boleh Dilakukan Hari Ini

Pengguna peranti Apple boleh melakukan kemaskini iOS10 pada hari ini sebagaimana yang telah dijanjikan semasa Apple Event pada minggu lepas.

Kongsi bersama rakan