TIME Fibre
TIME Fibre

Imej rencana penting kepada sesebuah artikel

Kongsikan
Imej rencana ialah imej yang dipaparkan pada bahagian hadapan sesebuah artikel. Ia umpama kulit buku, imej utama yang mewakili artikel yang bukan sekadar hiasan ia juga bertindak sebagai bahan promosi bagi artikel tersebut.

Imej rencana atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil sebagai featured image adalah penting kepada sesebuah artikel.

Promosi di Media Sosial

Sebelum melakukan promosi di media sosial, penulis hendaklah membuat semakan terhadap beberapa perkara penting di dalam SEO termasuklah imej rencana ini.

Bagi memastikan imej rencana dipaparkan, boleh lihat kepada View page source (Ctrl + U) di pelayar web ketika membuka artikel tersebut. Pastikan terdapat Open Graph dan Twitter Card di dalam senarai meta property.

Apakah kepentingan imej rencana?

  • Gaya rekabentuk atau identiti blog. Majoriti perekabentuk web yang merekabentuk tema semua menggunakan imej rencana kerana ia perkara wajib bagi melakukan susun atur halaman.
  • Penggunaan imej rencana lebih menarik apabila melakukan perkongsian di media sosial.

Open Graph dan Twitter Card

Tetapan boleh dibuat menggunakan pemalam SEO seperti Yoast SEO, All in One SEO Pack dan SEOPress.

1. Tetapan pada pemalam SEOPress

Blog ini menggunakan pemalam SEOPress untuk tujuan tetapan SEO. Bagi membenarkan Open Graph dan Twitter Card, langkah demi langkah seperti berikut:

SEOPress Social Networks
Tetapan Open Graph dan Twitter Card terdapat di dalam Social Networks
SEOPress Social Networks
Data Open Graph boleh dibenarkan di halaman ini, klik enable OG data.
  • Default Image: Jika imej default ditentukan seperti tangkap layar di atas bermakna apabila artikel yang tiada imej rencana secara automatik meminjam imej default ini.
  • Facebook Admin ID: ID Facebook untuk pentadbir blog. Oleh kerana ID ini digunakan maka setiap previu artikel terdapat nama penulis.
  • Facebook App ID: ID untuk aplikasi Facebook.
SEOPress Social Networks
  • Use OG if no Twitter Cards: Fungsi ini tidak dibenarkan kerana kita mahu semua artikel wajib memiliki Twitter Card.
  • Saiz imej untuk Twitter Card boleh ditetapkan dengan memilih antara default atau large.
Summary Card

2. Tetapan imej rencana di dalam artikel

Imej Rencana

Amalan terbaik bagi menentukan imej rencana ialah sebaiknya setiap artikel memiliki imej rencana khusus yang tidak dikongsikan dengan artikel lain. Berikan keunikan kepada artikel yang diterbitkan.

Mudah sahaja untuk menentukan imej rencana di dalam WordPress. Masuk sahaja ke dalam artikel yang hendak disunting. Pada bahagian tetapan di sebelah kanan terdapat ruangan berjudul Featured Image – masuk atau tukar imej rencana di sini.

Tip: Untuk saiz imej rencana yang ideal, gunakan saiz yang relevan dengan sebarang tema WordPress kerana kadangkala kita suka menukar tema. Oleh itu, kita sudah simpan saiz imej rencana bersaiz besar yang bebas untuk digunakan. Saiz yang blog ini pakai ialah 1920 x 1280 pixels, seragam untuk semua artikel.

Setiap imej rencana yang digunakan pada blog ini telahpun dilakukan optimasi bagi menjaga prestasi blog. Imej dimampatkan terlebih dahulu menggunakan TinyPNG sebelum dimuatnaik ke dalam galeri.


3. Open Graph

Open Graph adalah teknologi yang pertama kali diperkenalkan oleh Facebook pada tahun 2010 yang membolehkan integrasi antara Facebook dan data pengguna di laman web. Menerusi integrasi data ini ia boleh mengenal pasti elemen mana pada halaman anda yang mahu ditunjukkan ketika melakukan perkongsian.

Sebagai contoh, apabila meta property “og:image” digunakan, maka Facebook tidak perlu meneka maklumat yang hendak digunakan. Jadi, penggunaan imej rencana adalah tepat sebagaimana yang dikehendaki.

Lihat contoh meta property yang digunakan untuk artikel di atas.

<meta property="og:type" content="article" />
<meta property="og:title" content="Album perkongsian di Google Photos | Blogadi" />
<meta property="og:description" content="Perkongsian foto pada masa kini adalah sangat mudah dengan meluasnya penggunaan telefon pintar, tetapi apakah kaedah paling efisien untuk berkongsi foto?" />
<meta property="og:image" content="https://adiazudin.com/wp-content/uploads/2019/09/album-perkongsian-featured.jpg" />

Facebook Sharing Debugger

Sebelum berkongsi artikel di Facebook dan WhatsApp, lakukan ujian terlebih dahulu bagi memastikan imej rencana dipaparkan dengan betul.


4. Twitter Card

Seperti juga Facebook, imej rencana yang digunakan pada artikel muncul ketika perkongsian tweet dilakukan. Twitter mengenali imej rencana sebagai kad ringkasan (summary card).

Terdapat dua jenis kad ringkasan iaitu:

  • Kad Ringkasan Biasa
  • Kad Ringkasan dengan Imej Besar

Kad ringkasan dengan imej besar adalah sangat ideal apabila anda ingin membuatkan kandungan itu menonjol. Fikirkan sama ada tweet anda memerlukan aspek visual untuk menjadikannya menarik. Jika semua yang anda perlukan hanyalah sekadar logo kecil, maka kad ringkasan biasa sudah memadai. Secara peribadi, saya sebagai pemblog menyukai kad ringkasan dengan imej besar yang pasti mendapat lebih perhatian.

Contoh kad ringkasan biasa

Saya mengambil contoh kad ringkasan biasa daripada blog Tazkirah Media. Apabila berkongsi di Twitter, imej rencana bersaiz segi empat kecil di sebelah kiri dengan judul artikel dan keterangan di bahagian kanan. Lihat contoh berikut:

Maklumat pada Twitter Card bagi artikel yang dikongsikan di atas adalah seperti ini:

<meta name="twitter:card" content="summary" />
<meta name="twitter:title" content="6 Peringatan Penting Buat Anda Yang Mula Menjaga Kesihatan" />
<meta name="twitter:description" content="Semakin bertambah usia, semakin berubah kemampuan badan seseorang manusia. Stamina berkurang, badan cepat letih dan sebagainya. Malah mengikut satu kajian yang dilakukan ke atas 3,305 orang" />
<meta name="twitter:image" content="https://tzkrh.com/wp-content/uploads/2019/11/jamie-street-qpN5MLx1uwk-unsplash_960x-459x600.jpg" />

Contoh kad ringkasan dengan imej bersaiz besar

Kad ringkasan dengan imej bersaiz besar adalah pilihan blog ini. Jadi, contoh artikel yang pernah saya kongsikan di Twitter seperti berikut:

Maklumat pada Twitter Card bagi artikel yang dikongsikan di atas adalah seperti ini:

<meta name="twitter:card" content="summary_large_image">
<meta name="twitter:site" content="@adiazudin" />
<meta name="twitter:creator" content="@https://twitter.com/adiazudin" />
<meta name="twitter:title" content="BigPay menawarkan banyak kelebihan kepada pengguna | Blogadi" />
<meta name="twitter:description" content="BigPay adalah aplikasi fintech yang disertakan bersama kad debit yang menawarkan banyak kelebihan kepada pengguna, ia bukan sekadar e-wallet biasa." />
<meta name="twitter:image:src" content="https://adiazudin.com/wp-content/uploads/2019/02/kelebihan-bigpay-featured.jpg" />

Twitter Card Validator

Bagi perkongsian di Twitter pula, kemaskini Card Validator supaya imej rencana keluar ketika artikel dikongsikan.

Saya amat berharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Ikuti saya di Twitter untuk berhubung.

Adi Azudin

Menulis tutorial sejak 2014 sebagai panduan untuk diri sendiri dan akhirnya berkongsi panduan berkenaan di blog ini.

Panduan lain untuk dibaca

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penafian: Beberapa pautan pada blog ini adalah pautan afiliasi. Segala pautan ini adalah tidak memberikan anda sebarang kos tambahan, saya akan mendapat peratusan yang kecil iaitu komisen jika anda membuat pembelian dan saya hanya mengesyorkan produk yang terbaik!