Utama / Kandungan Artikel / Review / Peraduan / Kerja dari rumah dengan iLancee sebagai alternatif jana pendapatan tambahan
Blogging Peraduan

Kerja dari rumah dengan iLancee sebagai alternatif jana pendapatan tambahan

Kerja dari rumah dengan iLancee Featured
Kerja secara bebas di rumah atau di mana sahaja mengikut kehendak sendiri adalah menjadi pilihan saya sejak 2014 lagi. Dapat menikmati setiap detik waktu yang dilalui adalah kelebihan yang memberikan kepuasan tidak terhingga.
Kerja dari rumah dengan iLancee - Freelancer
Bekerja secara bebas di mana-mana adalah “freedom” yang diimpikan oleh setiap individu
Bekerja secara bebas di mana-mana tempat yang anda suka adalah satu kebebasan mutlak yang benar-benar memberikan kepuasan. Namun, ada cabarannya juga, jangan anda fikir yang indah-indah belaka. Sebelum anda terjun ke dunia freelancer sepenuh masa seperti yang saya buat dengan Menyertai DesignCrowd dan 99designs, anda kena cuba dahulu secara sambilan dan lihat sejauhmana kemampuan anda dalam menjana pendapatan online.

Perkara kedua yang perlu difikirkan ialah lihat juga latar belakang anda, adakah bidang yang mahu diceburi itu layak dengan anda serta memiliki skills yang sepatutnya bagi menjaga kualiti dalam memberikan perkhidmatan secara konsisten. Reputasi yang baik terhadap diri sendiri adalah amat penting sekali.

Perkara ketiga baru fikirkan penentuan harga bagi sesuatu servis. Penentuan harga kadangkala seperti satu permainan. Namun, fikirkan dahulu terhadap dua aspek ini sebelum meletakkan harga. Perkara pertama ialah adakah servis berkenaan dalam bidang anda kuasai dan perkara kedua pula ialah servis berkenaan anda boleh buat tetapi bukannya dalam bidang khusus bagi anda. Contoh seperti kulit ebook, anda mungkin boleh buat walaupun bukan seorang pereka grafik tetapi pereka grafik sebenar mampu pastikan sesuatu rekaan lebih baik dalam pelbagai aspek serta menghasilkan persembahan visual dan mock up sendiri. Dalam dua situasi ini keadaannya sangat berbeza, maka penentuan harga juga berbeza.

Sebagai langkah permulaan anda cuba dahulu jual servis melalui iLancee, lihat sejauh mana anda boleh memberikan manfaat buat diri sendiri dan pelanggan-pelanggan yang bakal terima perkhidmatan anda kelak.

Kerja dari rumah dengan iLancee

Kandungan


1. Tentang iLancee

Kerja dari rumah dengan iLancee - Web iLancee
Pusat jual beli servis online yang dibangunkan oleh SM Technologies Network

iLancee ialah Pusat Jual Beli Servis Online yang dibangunkan oleh SM Technologies Network. Mula dilancarkan pada Mei 2014 sehingga kini tetapi pernah 2 kali akaun iLancee ditutup kerana pelbagai masalah yang ditempuhi. Namun sekali lagi pada tahun ini, iLancee tampil untuk meneruskan visi mereka dan pada kali ini lebih bersedia untuk maju kehadapan.

iLancee ditubuhkan adalah untuk membantu usahawan-usahawan digital dalam memulakan kerjaya atau bisnes tanpa kos. Ini kerana pengguna hanya perlu ada kemahiran untuk jana duit di sini. Sebagai contoh, jika anda seorang penulis, maka boleh tawarkan servis penulisan, jika anda seorang pereka grafik, maka boleh tawarkan servis reka bentuk grafik, jika anda ada kemahiran dalam bidang pembinaan laman web, maka boleh tawarkan servis web dan sebagainya. Inilah yang dimaksudkan dengan tidak perlukan modal duit, hanya bermodalkan kemahiran yang ada pada diri masing-masing untuk tawarkan servis kepada pembeli.

“Pusat jual beli servis atas talian untuk usahawan digital diwujudkan dan sasaran kepada pelanggan Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.”

Kerja dari rumah dengan iLancee - Iklan

Kerja dari rumah dengan iLancee - Iklan

Kerja dari rumah dengan iLancee - Iklan

2. Kelebihan iLancee

Pusat jual beli servis

Pengguna tidak perlu bersusah payah melakukan promosi terhadap servis sendiri kerana melalui iLancee pembeli akan mencari servis anda. Anda juga boleh uar-uarkan servis yang anda tawarkan di laman media sosial, blog dan seumpamanya sebagai promosi tambahan.

Sertai iLancee hari ini juga sebelum ramai lagi penjual yang akan menjual servis yang sama seperti anda.

Menjaga kepentingan dua pihak

Sudah menjadi kelaziman dalam dunia perniagaan tidak kira bisnes apa pun yang diceburi, penipuan tetap berlaku. Bagi menjaga kepentingan inilah iLancee bertindak bagi pihak penjual untuk memegang bayaran daripada pembeli supaya penjual dilindungi dan setiap servis yang diberikan pasti mendapat bayaran. Begitu juga dengan pembeli, mereka mendapat jaminan agar wang pembelian tidak hangus begitu sahaja tanpa menerima servis, jika sesuatu berlaku wang pembelian yang telah dibayar sebelum ini boleh digunakan semula untuk membeli servis lain.

“iLancee bertindak menjaga kepentingan dua pihak supaya urusan jual beli lancar dan selamat.”

Bagi menjaga kepentingan seperti inilah, selama ini saya bekerjasama dengan syarikat crowdsource supaya hak sebagai pereka grafik untuk mendapat bayaran terhadap servis yang diberikan terjamin.

Selepas ini, anda boleh sentiasa gunakan iLancee untuk terima tempahan walaupun pelanggan tersebut terus berhubung dengan anda tetapi adalah lebih baik untuk menjaga kepentingan sendiri supaya tidak ditipu.

3. Fungsi iLancee

Fungsi utama iLancee ialah jual beli servis, maka ia melibatkan penjual dan pembeli.

Cara Menjual Servis

  • Sebelum dapat melakukan langkah-langkah seperti di bawah, penjual hendaklah memiliki akaun iLancee terlebih dahulu. Klik pada pendaftaran iLancee.
  • Bayaran untuk membuka iklan di iLancee seperti di bawah.

Langkah 1

Bina servis yang ingin ditawarkan mengikut kemahiran masing-masing.

Langkah 2

Kongsikan servis di laman media sosial untuk tujuan promosi.

Langkah 3

Anda akan terima pemberitahuan jika terdapat tempahan.

Langkah 4

Mulakan kerja terhadap tempahan yang diminta.

Langkah 5

Terima pembayaran daripada iLancee.

Langkah 6

Pengeluaran pembayaran ke akaun bank.

Langkah 1

Bina servis yang ingin ditawarkan mengikut kemahiran masing-masing.

Langkah 2

Kongsikan servis di laman media sosial untuk tujuan promosi.

Langkah 3

Anda akan terima pemberitahuan jika terdapat tempahan.

Langkah 4

Mulakan kerja terhadap tempahan yang diminta.

Langkah 5

Terima pembayaran daripada iLancee.

Langkah 6

Pengeluaran pembayaran ke akaun bank.

Langkah 1

Bina servis yang ingin ditawarkan mengikut kemahiran masing-masing.

Langkah 2

Kongsikan servis di laman media sosial untuk tujuan promosi.

Langkah 3

Anda akan terima pemberitahuan jika terdapat tempahan.

Langkah 4

Mulakan kerja terhadap tempahan yang diminta.

Langkah 5

Terima pembayaran daripada iLancee.

Langkah 6

Pengeluaran pembayaran ke akaun bank.

  • Bayaran adalah terjamin kerana pembeli perlu membayar harga servis terlebih dahulu kepada iLancee bagi mengelakkan penipuan.
  • Bayaran hanya dilepaskan oleh iLancee apabila penjual selesai menghantar hasil kerja kepada pembeli.
  • Bayaran yang diterima oleh penjual ialah sebanyak 80% sahaja daripada harga jualan servis kerana 20% lagi ditolak untuk iLancee.

Cara Membeli Servis

Langkah 1

Cari servis yang anda mahukan.

Langkah 2

Buat pembayaran.

Langkah 3

Terima servis daripada penjual.

Langkah 4

Terima penyerahan kerja yang siap daripada penjual.

Langkah 5

Kerja pembetulan boleh diminta jika perlu.

Langkah 6

Berikan penilaian terhadap penjual.

Langkah 1

Cari servis yang anda mahukan.

Langkah 2

Buat pembayaran.

Langkah 3

Terima servis daripada penjual.

Langkah 4

Terima penyerahan kerja yang siap daripada penjual.

Langkah 5

Kerja pembetulan boleh diminta jika perlu.

Langkah 6

Berikan penilaian terhadap penjual.

Langkah 1

Cari servis yang anda mahukan.

Langkah 2

Buat pembayaran.

Langkah 3

Terima servis daripada penjual.

Langkah 4

Terima penyerahan kerja yang siap daripada penjual.

Langkah 5

Kerja pembetulan boleh diminta jika perlu.

Langkah 6

Berikan penilaian terhadap penjual.

Jom daftar untuk kerja dari rumah dengan iLancee sekarang! #iLancee #BloggerMalaysia Klik untuk Tweet

4. Bayaran Iklan

Untuk masukkan iklan di iLancee, setiap penjual dikehendaki membeli pakej yang disediakan iaitu:

Standard Seller

Pelan ini berharga RM25 dan dibenarkan untuk menjual sebanyak 5 servis.

Advance Seller

Pelan ini berharga RM50 dan dibenarkan untuk menjual sebanyak 15 servis.

Super Seller

Pelan ini berharga RM100 dan dibenarkan untuk menjual sebanyak 35 servis.

5. Kategori Servis

Kerja dari rumag dengan iLancee - Penulisan

Penulisan

Kerja dari rumah dengan iLancee - Pemasaran

Pemasaran

Kerja dari rumah dengan iLancee - WordPress

WordPress

Kerja dari rumah dengan iLancee - Blogspot

Blogspot

Kerja dari rumah dengan iLancee - Programming

Web & Programming

Kerja dari rumah dengan iLancee - Video

Video & Animasi

Kerja dari rumah dengan iLancee - Rekabentuk Grafik

Reka bentuk Grafik

Kerja dari rumah dengan iLancee - Lain-lain

Lain-lain

Kerja dari rumag dengan iLancee - Penulisan

Penulisan

Kerja dari rumah dengan iLancee - Pemasaran

Pemasaran

Kerja dari rumah dengan iLancee - WordPress

WordPress

Kerja dari rumah dengan iLancee - Blogspot

Blogspot

Kerja dari rumah dengan iLancee - Programming

Web & Programming

Kerja dari rumah dengan iLancee - Video

Video & Animasi

Kerja dari rumah dengan iLancee - Rekabentuk Grafik

Reka bentuk Grafik

Kerja dari rumah dengan iLancee - Lain-lain

Lain-lain

Kerja dari rumag dengan iLancee - Penulisan

Penulisan

Kerja dari rumah dengan iLancee - Pemasaran

Pemasaran

Kerja dari rumah dengan iLancee - WordPress

WordPress

Kerja dari rumah dengan iLancee - Blogspot

Blogspot

Kerja dari rumah dengan iLancee - Programming

Web & Programming

Kerja dari rumah dengan iLancee - Video

Video & Animasi

Kerja dari rumah dengan iLancee - Rekabentuk Grafik

Reka bentuk Grafik

Kerja dari rumah dengan iLancee - Lain-lain

Lain-lain

6. Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut sila layari laman utama iLancee, lihat juga terma dan syarat yang ditetapkan. Selain itu, boleh juga ikuti Facebook Page @iLanceeOfficial untuk ketahui perkembangan terkini.

7. Aplikasi iLancee

Muat turun aplikasi iLancee di Google Play.

Pusat Jual Beli Servis Online

Jom jana pendapatan dengan iLancee dan cari servis menarik

Daftar Sekarang!

Artikel ini adalah Peraduan iLancee yang telah dianjurkan oleh AhmadFaiz.com dan ditaja oleh SM Creative Studio, Semanis Kurma, Bina Blog Sendiri, Best Autoresponder, Panduan Bisnes Ebook, Buat Duit Blog, Best Hosting, Affiliate Malaysia, Poslaju Tracking, Infobiz FB Ads, BinMuhammad, Seri Nian Blogger, Hiburan Sabah, Top Seo Friendly dan Sentiasa Panas.

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Kerja dari rumah dengan iLancee

4 Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

Kongsi bersama rakan