Langgan YouTube Premium dan lakukan perkongsian seramai 6 orang, anda semua dapat berjimat sambil menikmati kandungan premium video dan muzik.
YouTube adalah perkhidmatan penstriman video percuma yang telah popular buat sekian lama. Kandungannya juga sangat besar daripada topik pendidikan hinggalah kepada video semasa yang tular di media sosial, semuanya ada.
Bagaimana pula dengan penstriman berbayar ini?
Jom berkongsi langganan YouTube Premium.
Kelebihan YouTube Premium
Setelah melanggan YouTube Premium anda bakal menikmati ketiga-tiga ciri dibawah sekaligus.
Akaun diperibadikan
Kandungan diperibadikan mengikut citarasa pengguna itu sendiri. Paling menarik sekali terdapat kandungan YouTube Originals, ada siri drama, dokumentari dan pelbagai lagi khas untuk pelan premium sahaja.
Kelebihan untuk semua
Nikmati tontonan video tanpa gangguan iklan, boleh muat turun untuk kegunaan di luar talian serta memainkan video di latar belakang sambil menggunakan aplikasi lain.
YouTube Music Premium
Aplikasi muzik untuk mendengar lagu.
Foto oleh Afif Kusuma di UnsplashKandungan YouTube Originals hanya untuk pelanggan Premium sahaja.
Kongsi YouTube Premium
Berkongsi 6 orang adalah cara untuk berjimat, hanya RM4.75 sahaja untuk seorang (termasuk cukai perkhidmatan digital). Tunggu apa lagi, klik butang di bawah untuk dapatkan pelan keluarga.
Bagi pengguna iOS, jangan langgan pelan keluarga YouTube Premium menerusi iTunes kerana caj langganan berbeza iaitu RM35.90 sebulan (harga sebelum cukai). Langgan melalui halaman YouTube pada harga RM26.90 sahaja (harga sebelum cukai).
Cukai Perkhidmatan Digital
Cukai ini telah bermula pada 1 Januari 2020. Oleh itu, bagi langganan YouTube Premium cukai sebanyak 6% perlu diambil kira.
YouTube Music
Sesiapa yang bercadang untuk mengetahui lebih lanjut tentang YouTube Music, anda boleh mencuba secara percuma buat pertama kali selama sebulan. Semasa tempoh percubaan bolehlah anda bandingkan dengan penstriman muzik yang lain, lihat sejauh mana bergunanya YouTube Music sebelum anda langgan pelan keluarga.
Foto oleh Raka Miftah di PexelsHalaman artis, sebagai contoh Misha Omar mempunyai 620 pelanggan setakat hari ini dan bakal bertambah. Disenaraikan lagu-lagu hit pilihan ramai iaitu Top Songs, kemudian senarai keseluruhan album. Apabila sesebuah lagu dimainkan, antaramuka app memaparkan gambar album dan butang kawalan. Jika anda perhatikan warna latar belakang berubah mengikut kesesuaian warna tema album.YouTube telah memanfaatkan apa yang mereka miliki, lihat pada tab Song dan Video, boleh beralih sesuka hati antara dua pilihan ini. Tiada pada penstriman berbayar yang lain, hanya di YouTube sahaja.
YouTube Music
Nikmati penstriman muzik digital menerusi YouTube Music
Selain menggunakan aplikasi, lagu juga boleh dimainkan di komputer melalui laman web YouTube Music.
Perkongsian Keluarga
Perkongsian keluarga hanya seramai 6 orang sahaja termasuk anda, tidak boleh lebih daripada itu.
Bagi memulakan perkongsian, seorang pengurus keluarga iaitu family manager perlu menghantar jemputan kepada ahli yang dikehendaki olehnya dan ahli yang menerima jemputan memiliki tempoh 14 hari untuk menerima pelawaan itu.
Akhir kata, rasanya adalah lebih berbaloi membayar caj bulanan YouTube Premium ini berbanding servis penstriman yang lain kerana pakej pada YouTube anda dapat kedua-duanya serentak, boleh menonton video tanpa gangguan iklan serta mendengar muzik tanpa had. Kombinasi perkhidmatan 2 dalam 1 seperti ini memberikan pengguna lebih penjimatan berbanding membayar caj secara berasingan.
Saya amat berharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Ikuti saya di Twitter dan saluran Adi Azudin.
Kandungan blog ini lebih kepada panduan berdasarkan pemahaman penulis terhadap sesuatu perkara. Penulis cenderung kepada topik berkaitan pengurusan web dan teknologi maklumat.