Pelan Imej Featured
Foto oleh Azami Adiputera di Shutterstock

Langgan 120 imej setahun untuk kegunaan blog

Imej berbayar lebih banyak pilihan daripada mencari di Google secara percuma. Jika betul-betul mementingkan imej yang diperibadikan mengikut topik yang mahu disampaikan, langgan pelan yang ditawarkan oleh Shutterstock dan iStock.

Pemilihan imej yang betul dan menarik memberikan artikel itu lebih bernilai. Bagi pencipta kandungan yang serius, boleh mula melanggan imej berbayar.

Kenapa melanggan pelan imej berbayar?

  • Imej percuma tidak dapat memenuhi kehendak yang dimahukan.
  • Terdapat sebanyak 103,431 imej untuk subjek Malaysian Culture yang sangat dimahukan untuk kegunaan artikel.
Kawan Melayu lepak di kafe
Foto begini yang dihiasi oleh model tempatan lebih dekat di hati pembaca berbanding menggunakan foto model berbangsa asing.
Foto oleh Odua Images di Shutterstock
  • Setiap artikel yang ditulis memerlukan imej bagi menyampaikan maksudnya.
  • Imej itu pula sebaiknya ada sentuhan tempatan kerana blog ini menggunakan Bahasa Melayu, pelawat yang datang lebih khusus sekitar Asia Tenggara.
  • Sebagai contoh jika menggunakan imej seorang doktor sedang merawat pesakit. Saya tidak mahu doktor berbangsa Eropah, kerana saya yang menulis artikel ini dan pelawat berbangsa Melayu. Jadi, imej terbaik yang patut digunakan ialah doktor Melayu sedang merawat pesakit Melayu ataupun wajah-wajah Asia yang lain.

Sebagai pemblog ini merupakan salah satu kos tambahan dalam menerbitkan artikel. Artikel yang menggunakan imej berbayar bermakna ia bukan percuma, sudah tentu jika mahukan servis menerbitkan artikel bagi mempromosikan perniagaan, terdapat kos yang perlu ditanggung.

Gunalah hasil pendapatan Google AdSense untuk tampung kos tambahan seperti ini.

Menggunakan imej bertemakan tempatan lebih berkesan dalam menyampaikan cerita.

1. Shutterstock

Shutterstock

Shutterstock 365

Harga pelan tahunan untuk 10 imej sebulan ialah USD29 (RM120), jumlah setahun USD348 (RM1,440).

Daftar akaun

Daftar akaun Shutterstock bagi yang pertama kali menggunakannya kemudian muat turun aplikasi di bawah.

Shutterstock

Percubaan 1 bulan, percuma

Muat turun 10 imej setiap bulan selama setahun melalui pelan tahunan. Guna kod promosi ini PICK10FREE semasa pembayaran

2. iStock

iStock

iStock Signature 10

iStock memberikan tawaran yang lebih jimat berbanding Shutterstock iaitu 10 imej setiap bulan pada harga RM59.90 sahaja, jumlah setahun RM718.80.

Daftar akaun

Daftar akaun iStock bagi yang pertama kali menggunakannya kemudian muat turun aplikasi di bawah.

iStock

Muat turun 10 imej setiap bulan selama setahun melalui pelan tahunan

Perbandingan antara Shutterstock dan iStock

Koleksi imej untuk subjek Malaysian Culture lebih banyak di Shutterstock iaitu 103 ribu berbanding iStock sebanyak 35 ribu sahaja.

Saya amat berharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Ikuti saya di Twitter untuk berhubung.