Artikel travel telah berpindah ke Travelholic.my. Baca sekarang!

Utama / Blog / Berita / MacBook Pro dengan Touch Bar
Berita IT

MacBook Pro dengan Touch Bar

Sejarah komputer riba keluaran Apple telah melalui fasa selama 25 tahun, pelbagai inovasi dan reka bentuk diperkenalkan selama ini yang memberikan manfaat kepada manusia untuk melakukan tugas dan sebagainya.

MacBook Pro

MacBook Pro 2016
Reka bentuk MacBook Pro 2016 adalah paling menonjol dengan Touch Bar
Apple
Evolusi komputer riba Apple sepanjang 25 tahun
Apple

1. Versi MacBook Pro

MacBook Pro hadir dalam dua versi seperti sebelum ini iaitu:

  • MacBook Pro 13-inci
  • MacBook Pro 15-inci

“Thinnest and lightest MacBook Pro ever.”

MacBook Pro 2016
MacBook Pro 2016 ketebalannya cuma 14.9mm bagi versi 13-inci dengan berat 3 pounds, manakala 15.5mm bagi versi 15-inci dengan berat 4 pounds
Apple
MacBook Pro 2016 - Thunderbolt
Terdapat 2 port Thunderbolt pada setiap sisi bermakna 4 port keseluruhan yang sama saiz dengan USB-C, jadi mana-mana bahagian boleh digunakan untuk caj dan sebagainya, ianya fleksibel
Apple

2. Ciri-ciri Baharu

  • Force Touch trackpad
  • Rekabentuk baharu papan kekunci
  • Touch Bar
MacBook Pro 2016
Permukaan papan kekunci yang diberi rekaan baharu dengan Touch Bar pada bahagian atas manakala pembesar suara stereo di sisi kiri dan kanan. Bahagian bawah pula adalah Force Touch trackpad 2x lebih besar daripada sebelum ini
Apple

Touch Bar

Kekunci Fungsi ataupun Function Keys yang terdapat pada papan kekunci tradisional yang masih lagi digunakan sehingga kini sejak berdekad lama, adakah ia masih diperlukan? Sekarang adalah zaman aplikasi dengan antaramuka pengguna atau UI yang baik, skrin sentuh dan sebagainya, apakah semua ini masih perlu integrasi dengan butang-butang fizikal yang tidak berubah dan memakan ruang?

Oleh itu, inovasi Apple hari ini ialah memperkenalkan Touch Bar terhadap model MacBook Pro.

Touch Bar bertindak sebagai butang kawalan khas yang boleh dikawal penuh dan tetapan boleh dibuat mengikut aplikasi yang sedang dijalankan pada MacBook Pro
Apple
MacBook Pro 2016 - Touchbar
Touch Bar adalah pengganti kekunci tradisional yang selama ini digunakan sehingga ke hari ini. Kekunci fizikal adalah tetap dan tidak berubah sedangkan dengan Touch Bar pelbagai UI boleh dicipta mengikut kesesuaian aplikasi yang digunakan dan dengan ini ia memberi pengalaman penggunaan aplikasi jauh lebih lancar dan menarik
Apple
MacBook Pro 2016 - Touchbar
Contoh penggunaan pada foto untuk memilih foto yang hendak dilihat dengan kaedah ini anda boleh lihat skrin penuh tanpa gangguan
Apple
MacBook Pro 2016 - Touchbar
Contoh penggunaan pada video yang membolehkan anda slide untuk mencari timeline
Apple
MacBook Pro 2016 - Touchbar
Contoh penggunaan pada aplikasi Facetime yang membolehkan anda accept atau decline panggilan masuk
Apple
MacBook Pro 2016 - Touchbar
Touch ID boleh digunakan menerusi Touch Bar yang membolehkan anda log masuk akaun dan membuat bayaran
Apple

3. Kuasa

MacBook Pro 15-inci

  • Intel Core i7, Quad-core 2133MHz
  • Radeon Pro: Sokongan memori video sehingga 4GB RAM
  • 16GB RAM
  • Storan SSD bermula 256GB dan anda boleh tambah sehingga 2TB
  • 4 port Thunderbolt 3
MacBook Pro 2016 - Carta Prestasi
Carta prestasi MacBook Pro 15-inci

MacBook Pro 13-inci

  • Intel Core i5/i7, Dual-core sehingga 2133MHz
  • Intel Iris Graphics
  • 8GB RAM
  • Storan SSD 256GB
  • 4 port Thunderbolt 3
MacBook Pro 2016 - Carta Prestasi
Carta prestasi MacBook Pro 13-inci

4. Harga

MacBook Pro 13-inci

  • CPU 2.9GHz, Storan 256GB: RM7,599
  • CPU 2.9GHz, Storan 512GB: RM8,399

MacBook Pro 15-inci

  • CPU 2.6GHz, Storan 256GB: RM10,199
  • CPU 2.7GHz, Storan 512GB: RM11,999

Rujukan harga dan tempahan boleh dilakukan di Apple Malaysia

Sasaran pasaran untuk MacBook Pro adalah pengguna aplikasi berat pada level kepakaran tinggi dan memerlukan sebuah mesin berkeupayaan tinggi seperti pereka bentuk yang perlu menjalankan aplikasi 3D, multi-tasking dan seumpamanya, editing video dan lain-lain. Jika anda hanya menggunakan aplikasi ringan seperti Word, menulis dan layari web cukup dengan sebuah MacBook Air.

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Laman web rujukan kaki travel

2 Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

    • Tunggu sedikit masa lagi semua peranti akan guna USB-C. Pergantungan terhadap dongle tidak dapat dielakkan, lagipun Apple mahu maksimumkan penggunaan ruang pada badan laptop dan memberi manfaat pada bahagian-bahagian dalaman, jadi komponen-komponen yang berhubung dengan peranti luaran perlu dibuang.

%d bloggers like this: