Masyarakat tanpa tunai Featured
Foto oleh enciktepstudio di Shutterstock

Mewujudkan masyarakat tanpa tunai di Malaysia

Masyarakat tanpa tunai adalah kelompok rakyat yang menggunakan aplikasi e-dompet atau kad sebagai kaedah pembayaran utama ketika berbelanja.

Zaman teknologi maklumat dan komunikasi ketika ini memberikan peluang kepada kita semua untuk akses data dengan pantas. Perkara ini telah mencorakkan gaya hidup dalam semua aspek termasuklah kewangan.

Industri teknologi kewangan atau ringkasnya disebut fintech berkembang pesat di negara kita kerana jumlah pengguna internet yang ramai. Oleh itu, pelbagai syarikat penyedia perkhidmatan kewangan muncul dan ini merupakan perkembangan yang baik buat kita semua sebagai pengguna.

Gaya hidup rakyat

Secara umum di dalam gaya hidup rakyat Malaysia berbelanja dapat dibahagikan kepada dua kelompok iaitu:

  • Kelompok pertama: Rakyat yang celik teknologi maklumat dan komunikasi yang telah menjadikan budaya tanpa tunai sebahagian daripada gaya hidup.
  • Kelompok kedua: Rakyat yang kurang pengetahuan tentang teknologi maklumat dan komunikasi, masih lagi menjadikan tunai sebagai kaedah utama ketika berbelanja.

Program e-Tunai Rakyat

Kerajaan dapat memainkan peranan dalam mendidik rakyat untuk merealisasikan budaya tanpa tunai seperti program e-Tunai Rakyat yang sedang dijalankan ketika ini.

Namun begitu, terdapat segelintir rakyat yang mempersoalkan jumlah peruntukan sebanyak RM30 seorang yang diberikan pada program ini. Program ini adalah inisiatif menggalakkan peralihan kepada masyarakat tanpa tunai, bukannya program sara hidup.

Rakyat yang berada dalam kelompok pertama memahami akan matlamat ini kerana gaya hidup mereka lebih ke hadapan dan sudahpun menjadi sebahagian daripada masyarakat tanpa tunai.

Pengesahan e-dompet adalah perkara asas, bukan untuk program e-Tunai Rakyat. Sebelum ini ada pengguna yang menggunakan e-dompet dengan fungsi terhad sebab tidak melakukan pengesahan.

Apabila melakukan pengesahan, baharu dapat menggunakan fungsi penuh seperti boleh melakukan pemindahan bank dan nilai had maksimum yang lebih besar.

Tebus e-Tunai Rakyat Featured

Tebus e-Tunai Rakyat sebanyak RM30

Sebuah inisiatif rangsangan digital oleh kerajaan sebagai galakan berbelanja tanpa tunai.


Budaya tanpa tunai

Mengamalkan pengurusan kewangan tanpa tunai merupakan gaya hidup moden pada zaman teknologi maklumat dan komunikasi ini. Interaksi kita bersama keluarga, kawan-kawan dapat dihubungkan dengan pantas dan segala keperluan kewangan boleh dipindahkan tanpa mengira waktu.

Begitu juga dengan perbelanjaan, sepatutnya kita semua memanfaatkan masa yang ada untuk aktiviti berfaedah. Perkara seperti makanan dan barangan runcit boleh dipesan secara dalam talian sahaja.

Kelebihan tanpa tunai

Selamat

Selamat

Berbelanja tanpa tunai adalah selamat, tidak perlu membawa tunai yang banyak di dalam dompet.

Mudah

Mudah

Berbelanja boleh dilakukan tanpa had dan bebas kerana terus menggunakan duit yang ada di bank atau e-dompet.

Dimana boleh amalkan perbelanjaan tanpa tunai?

Perbelanjaan tanpa tunai boleh dilakukan di seluruh negara – bandar dan luar bandar (artikel ini membincangkan penggunaan di dalam negara). Terdapat tiga situasi yang bakal kita semua hadapi iaitu:

  • Pedagang yang menerima e-dompet tertentu. Sebab itu saya syorkan memiliki lebih daripada satu e-dompet kerana dapat menukar e-dompet mengikut kesesuaian tempat.
  • Peniaga yang menyediakan terminal pembayaran. Andaikan anda pergi ke kedai yang tidak menyediakan pilihan pembayaran dengan e-dompet tetapi mereka memiliki terminal pembayaran, pada masa ini kad debit boleh digunakan.
  • Peniaga luar bandar. Bila berada di luar bandar jumlah pedagang adalah kurang, bukan tiada langsung tetapi jarang jumpa. Waktu ini bergantung kepada keadaan ketika itu, jika terjumpa boleh guna, jika tidak jumpa terpaksa menggunakan tunai.
Gerai bayar tanpa tunai
Sebuah gerai di Melaka yang menyediakan pembayaran tanpa tunai Boost dan Touch ‘n Go untuk kemudahan pelanggannya.
Foto oleh Abdul Hafiz Ab Hamid di Shutterstock

e-Dompet yang digunakan di Malaysia

Sentiasa bersedia dengan mendaftar e-dompet yang disenaraikan di bawah, supaya mudah untuk digunakan ketika perlu. Terdapat 8 e-dompet utama yang digunakan ketika ini:

1. BigPay

BigPay dimiliki oleh BigPay Malaysia Sdn. Bhd. yang dilancarkan 2 tahun lepas. Aplikasi e-dompet ini adalah pilihan bagi mereka yang gemar melancong kerana tiada caj pertukaran mata wang ketika berbelanja di luar negara dan juga tiada yuran pemprosesan semasa tempahan tiket penerbangan AirAsia. Ia memiliki kad debit Mastercard.

Rujuk artikel berkaitan untuk mengetahui lebih lanjut.

BigPay

Muat turun BigPay sekarang

Tambah nilai pertama sebanyak RM20 dan kad debit akan dihantar terus ke rumah anda. Jangan lupa menggunakan kod rujukan 3S9PHVH2FC.

Ketika anda menerima kad BigPay, terdapat baki sebanyak RM30 di dalam kad itu selepas berjaya mengaktifkannya kerana RM20 daripada tambah nilai pertama campur ganjaran RM10 daripada rujukan ketika mendaftar.

BigPay Featured

BigPay menawarkan banyak kelebihan kepada pengguna

Daftar BigPay sekarang kerana e-dompet ini memudahkan anda melancong dan melakukan pengeluaran di luar negara.

2. GoPayz

GoPayz adalah produk oleh U Mobile Services Sdn. Bhd. Selepas selesai mendaftar, anda terus memiliki 3 kad debit – UnionPay, Mastercard dan Visa secara maya. Boleh memohon untuk terima versi fizikal bagi salah satu atau ketiga-tiganya. Had maksimum tambah nilai ialah RM5,000.

GoPayz

Dapatkan GoPayz anda sekarang

BigPay dan GoPayz lebih fleksibel daripada e-dompet lain kerana ia memiliki kad debit, lebih bebas untuk anda guna di mana-mana tempat asalkan ada terminal pembayaran.

Selain itu, BigPay dan GoPayz juga boleh dijadikan sumber seperti bank untuk tambah nilai terhadap e-dompet lain. Maka, saya letakkan dua e-dompet ini dalam pilihan teratas kerana fungsinya mengatasi yang lain.

3. GrabPay

Grab Holdings Inc. adalah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan seru pandu yang kini ibu pejabat telah berpindah ke Singapura. Dahulu ia diasaskan di Malaysia yang dikenali sebagai MyTeksi dan GrabTaxi.

Setelah melakukan penjenamaan, tawaran perkhidmatan syarikat ini tidak lagi bertumpu kepada seru pandu semata-mata, ia telah dikembangkan sehingga menyediakan pembayaran digital.

GrabPay

Dapatkan Grab anda sekarang

4. Boost

Boost

Dapatkan Boost anda sekarang dengan menggunakan kod jemputan ini ahmoh8v dan menerima RM5 percuma.

5. Touch ‘n Go

Touch 'n Go e-Wallet

Dapatkan Touch ‘n Go anda sekarang dengan menggunakan kod rujukan 9fzm49 dan nikmati 3 kali rebat tol.

6. Fave

FavePay

Dapatkan FavePay anda sekarang

7. MAE

MAE Maybank

Maybank Anytime, Everyone

Dapatkan MAE anda sekarang, satu-satunya e-dompet daripada bank tempatan. Guna kod jemputan afs0421 bagi anda yang mahu mendaftar.

8. RazerPay

RazerPay

Dapatkan RazerPay anda sekarang, guna kod rujukan W4318j untuk terima RM5 percuma.

Saya abaikan WeChat Pay dan AliPay daripada senarai ini kerana saya juga tidak menggunakannya.

Saya amat berharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Ikuti saya di Twitter dan saluran Blogger Malaysia.