Rakan Blogger
Rakan Blogger

Keutamaan membaca Surah al-Kahfi setiap Jumaat

Membaca Surah al-Kahfi pada setiap hari Jumaat adalah sangat dianjurkan kerana mendapat beberapa kelebihan.

Mari kita semua membaca Surah al-Kahfi setiap hari Jumaat supaya diterangi dengan cahaya hingga bertemu Jumaat seterusnya sebagaimana dalil.

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْنِ

Daripada Abu Sa’id al-Khudri, bahawa Nabi – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – bersabda: Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, ia akan diterangi cahaya antara dua Jumaat.

Hadith riwayat al-Hakim 2/368 dan al-Baihaqi 3/249

Lelaki membaca al-Qur'an di masjid
Foto oleh Abdul Razak Latif di Shutterstock

Fakta tentang Surah al-Kahfi

Surah al-Kahfi adalah surah yang diturunkan ketika RasululLah – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – berada di Makkah. Ia diturunkan di suatu tempat di antara tahun ke-8 dan ke-10 nabi menjadi rasul.

Surah ini adalah surah ke-18 di dalam al-Qur’an dan mempunyai 110 ayat.

Terdapat 4 kisah utama di dalam surah ini iaitu:

  • Kisah para pemuda yang berada di dalam gua pada ayat 9 hingga 26.
  • Kisah orang kaya dan miskin pada ayat 32 hingga 44.
  • Kisah Nabi Musa dan Khidir pada ayat 60 hingga 82.
  • Kisah Zulkarnain dengan Ya’juj Ma’juj pada ayat 83 hingga 98.

Makna al-Kahfi ialah gua dan surah ini dinamakan begitu bersempena kisah para pemuda seramai 7 orang yang berada di dalam gua selama 309 tahun.

Saya amat berharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Ikuti saya di Twitter dan saluran Blogger Malaysia.