Artikel travel telah berpindah ke Travelholic.my. Baca sekarang!

Utama / Blog / Berita / Memperkenalkan Pixel, telefon pintar keluaran Google
Berita IT

Memperkenalkan Pixel, telefon pintar keluaran Google

Memperkenalkan telefon pintar baharu Pixel keluaran Google. Selepas memansuhkan model Nexus, hari ini Pixel diperkenalkan secara rasmi sebagai sebuah telefon pintar kelas utama yang merupakan pesaing paling kuat bagi iPhone.

Tentang Pixel

Google mula memandang serius terhadap hardware dan software supaya ianya seiringan sama baik dan berkualiti kepada pengguna. Bermula dengan Pixel yang didatangkan dengan dua variasi iaitu Pixel dan Pixel XL, telefon ini dibangunkan sendiri oleh Google tidak seperti jenama Nexus sebelum ini.

1. Rekabentuk

Memperkenalkan Pixel - Rekabentuk
Beginilah reka bentuk telefon pintar Pixel keluaran Google yang mana Google mula memfokuskan terhadap dua aspek seiringan iaitu hardware dan software
Made by Google
Memperkenalkan Pixel - Saiz skrin
Terdapat dua variasi saiz skrin iaitu 5 inci bagi Pixel dan 5.5 inci bagi Pixel XL
Made by Google
Memperkenalkan Pixel - Pixel Quite Silver
Rupa keseluruhan Pixel dari pandangan hadapan, belakang dan juga sisi
Made by Google

Spesifikasi

  • Badan aluminium
  • Skrin Amoled 441ppi untuk Pixel dan 534ppi untuk Pixel XL
  • CPU: Snapdragon 821 Quad-core 2.15GHz / 1.6GHz
  • Memori 4GB RAM
  • Storan dalaman 32GB dan 128GB
  • Kamera utama 12.3MP dengan aperture f2.0
  • Kamera depan 8MP dengan aperture f2.4
  • Video 1080p @ 30fps, 60fps, 120fps
  • Video 720p @ 30fps, 60fps, 240fps
  • Video 4K @ 30fps
  • Kuasa bateri 2,770mAh untuk Pixel dan 3,450mAh untuk Pixel XL

Variasi Warna

Pixel hadir dengan 3 variasi warna untuk pilihan anda.

Memperkenalkan Pixel - Variasi warna
Variasi warna yang dikeluarkan untuk Pixel ialah Very Black, Really Blue dan Quite Silver
Made by Google

2. Caj Pantas

Caj pantas atau rapid charge pada bateri Pixel direkodkan menampung sehingga 7 jam cuma dalam tempoh 15 minit.

3. Kemaskini Automatik

Apabila terdapat kemaskini OS, dengan Pixel kemaskini sistem operasi berjalan tanpa gangguan, ia dikemaskini sambil anda masih boleh menggunakan peranti tanpa masalah.

4. Khidmat Sokongan 24/7

Google turut sediakan khidmat sokongan (customer care) secara langsung 24/7. Ejen khidmat sokongan boleh diakses sama ada menerusi panggilan ataupun mesej.

5. Aksesori

Memperkenalkan Pixel - Sarung
Sarung untuk Google Pixel
Made by Google

6. Harga

Harga bagi Pixel bermula dari USD649 atau bersamaan RM2,699.


5 keutamaan terhadap Pixel

Memperkenalkan Pixel - 5 Keutamaan Pixel

1. Telefon pertama dengan Google Assistant

Bantuan Google Assistant adalah terbina dalam bagi telefon pintar ini, jadi anda terus boleh menggunakannya sama seperti Allo.

Memperkenalkan Pixel - Google Assistant
Google Assistant terbina dalam Pixel
Made by Google

2. Fotografi

Memperkenalkan Pixel - Pengimbas cap jari
Kamera belakang 12.3MP yang menyokong rakaman video 4K @ 30fps dan pengimbas cap jari
Made by Google

“The highest rated smartphone camera. Ever”

Memperkenalkan Pixel - Kamera
Kamera pada Pixel telah diberi penilaian yang tinggi oleh DxOMark sebagai kamera telefon terbaik
Made by Google
Memperkenalkan Pixel - DXOMark
Penilaian DxOMark memberikan 3 mata di hadapan iPhone 7 terhadap kualiti kamera pada Pixel
Made by Google

3. Storan tanpa had untuk Google Photos

Pemilik Pixel bakal menerima storan tanpa had untuk Google Photos bagi menyimpan gambar dan juga video yang dirakam daripada kamera telefon ini. Jadi, ia adalah integrasi yang cukup baik antara Pixel dan Google Photos.

Memperkenalkan Pixel - Google Photos tanpa had
Pengguna Pixel diberikan storan tanpa had untuk Google Photos yang boleh menyimpan foto dan video pada kualiti full resolution
Made by Google

4. Komunikasi

Komunikasi dipandang serius oleh Google, maka anda lihat sebelum ini Duo dilancarkan untuk tujuan panggilan video. Selepas itu, seminggu yang lepas Allo pula dilancarkan dan sehingga kini Google mengumpul maklum balas pengguna untuk penambahbaikan terhadap Allo. Adalah amat baik, semua aplikasi teras dikeluarkan oleh Google untuk tujuan komunikasi, jadi integrasi software dan hardware berjalan seiringan.

Aplikasi Google Duo untuk panggilan video
Google
Memperkenalkan Pixel - Kamera hadapan
Kamera hadapan 8MP bagi kegunaan komunikasi menggunakan Duo atau selfie
Made by Google
Memperkenalkan Pixel - Pembesar suara dan sensor
Pembesar suara dan sensor pada bahagian atas
Made by Google

5. Daydream VR

Rasai pengalaman dunia maya dibawa kepada anda menerusi aplikasi yang menyokong Daydream VR. Pixel adalah peranti mudah alih dengan daydream ready.

Menerusi dunia maya (virtual reality) pengalaman menonton video atau aplikasi interaktif dijelmakan dihadapan mata yang memberi pengalaman seolah-olah anda sendiri berada di dunia maya berkenaan. Menerusi paparan 360 darjah dikatakan dapat memberi kepuasan yang lebih berbanding menonton video tanpa VR headset. Kini, dengan Daydream View VR boleh dinikmati di mana-mana sahaja.

“VR wherever you are.”

Daydream View

Memperkenalkan Daydream View, sebuah VR headset daripada Google
Memperkenalkan Pixel - Daydream View
Inilah Daydream View, VR headset keluaran Google untuk digunakan bersama Pixel
Made by Google
Memperkenalkan Pixel - Daydream View
Permukaan Daydream View dengan kemasan fabrik yang selesa untuk dipakai
Made by Google
Memperkenalkan Pixel - Daydream View
Daydream View disertakan dengan alat kawalan tangan
Made by Google
Memperkenalkan Pixel - Daydream View
Alat kawalan tangan untuk Daydream View
Made by Google
Memperkenalkan Pixel - Daydream View
Terdapat 3 variasi warna iaitu Snow, Slate dan Crimson
Made by Google

Harga

Harga Daydream View ialah USD79 bersamaan RM330.


Peralihan dari iPhone kepada Pixel

Memperkenalkan Pixel - Peralihan dari iPhone
Peralihan dari iPhone kepada Pixel boleh dilakukan secara automatik
Made by Google

Kesimpulan

Pixel telah diberi penilaian tertinggi terhadap kamera. Kuasa bateri yang mampu bertahan selama sehari suntuk. Storan tanpa had untuk foto dan juga video dan ia adalah telefon pintar pertama menggunakan Google Assistant.

Sumber: Made by Google

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Laman web rujukan kaki travel

Tambah Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

%d bloggers like this: