Artikel travel telah berpindah ke Travelholic.my. Baca sekarang!

Utama / Blog / Umum / Kerja / Menyertai Design Crowd untuk jaminan bayaran serta dapat lebih ramai pelanggan
Kerja Umum

Menyertai Design Crowd untuk jaminan bayaran serta dapat lebih ramai pelanggan

Design Crowd adalah marketplace untuk kerja-kerja grafik dan web yang ditawarkan oleh syarikat ataupun individu dari serata dunia untuk mencari pereka yang mampu memberikan servis terbaik dan melayakkan diri menjadi pilihan di dalam projek yang ditawarkan.

Tujuan Menyertai Design Crowd

Tujuan utama saya menyertai Design Crowd adalah untuk menjaga kepentingan terhadap kaedah pembayaran kerja apabila berhubung dengan pelanggan. Sebelum ini saya juga mencari-cari apakah kaedah paling sesuai untuk membuatkan pelanggan bayar dahulu sebelum memulakan urusan kerja kerana sebelum ini pelbagai scenario yang kita dengar terjadi kepada pereka grafik seperti pelanggan mahu lihat hasil kerja dahulu kemudian apabila siap baru bayar atau lebih malang lepas sahaja siap semua kerja pembayaran masih lagi belum diterima.

Apabila pereka grafik selalu terkena game dengan pelanggan, maka tiada lagi kompromi dalam urusan kerja, mahu atau tidak bayaran penuh hendaklah diterima dahulu sebelum melakukan kerja.

Kaedah terbaik ialah berurusan dengan syarikat crowdsource, syarikat seperti Design Crowd menetapkan bayaran penuh hendaklah dibuat oleh pelanggan terlebih dahulu supaya mereka boleh lock payment untuk diberikan kemudian kepada pereka grafik apabila kerja telah selesai. Apabila adanya jaminan pembayaran, kerja dapat dilakukan dengan senang hati dan fokus dapat diberikan untuk hasil yang terbaik.

Soal bayaran janganlah berkira, mungkin sesetengah pelanggan rasa mahal, jika tidak sesuai dengan anda pereka grafik tidak pun memaksa, kami juga anggap anda bukan pelanggan yang sesuai dengan selera kami. Pelanggan boleh datang daripada pelbagai kaum dari serata dunia tidak kira dimanapun selagi ada capaian internet kerja dan pembayaran boleh dibuat – medium pembayaran utama ialah PayPal.

Pada hujung bulan Mac 2014, saya mula sertai Design Crowd dengan melakukan kerja dari rumah, kafe atau ketika travel yang mana ada capaian internet maka kerja mampu saya hantar kepada pelanggan setiap hari.

Kategori Kerja

Advertisement DesignGraphic DesignPoster Design
Banner Ad DesignIcon DesignPrint Design
Blog DesignIllustration DesignSignage Design
Book Cover DesignLetterhead DesignStationery Design
Brochure DesignLogo DesignSticker Design
Business Card DesignMenu DesignT-shirt Design
CD Cover DesignNewsletter DesignTwitter Design
Envelope DesignNewspaper Ad DesignWeb Design
Flyer DesignPackaging DesignWordpress Design

Maklumat Tambahan

Setakat ini pihak Design Crowd telahpun membuat bayaran sejumlah USD$20 juta kepada para pereka grafik. Baca berita penuh di Business Insider.

Temuramah bersama CEO Alec Lynch di CeBIT 2012

Jika anda memerlukan khidmat kepakaran daripada pereka grafik bebas, hubungi Design Crowd segera kerana seramai 541,025 pereka grafik melibatkan diri termasuklah saya sendiri yang kini berada di kedudukan 10 pereka terbaik bagi Malaysia. Sudah tentu anda bakal terima hasil reka bentuk yang memuaskan.

“Saya bersedia untuk memberikan servis terbaik.”

Boleh melakukan tempahan di sini: Buka Projek Baru atau one-on-one dengan saya melalui pautan ini: Servis Reka bentuk Grafik.

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Laman web rujukan kaki travel

Tambah Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

%d bloggers like this: