Utama / Kandungan Artikel / Review / Penang Road Famous TeoChew Chendul
Makanan Review

Penang Road Famous TeoChew Chendul

Penang Road Famous TeoChew Chendul - Cendol Durian
Cendol Durian
Jika anda seorang penggemar cendol, bolehlah singgah di outlet Penang Road Famous TeoChew Chendul di mana-mana kompleks membeli-belah berdekatan. Terdapat 5 jenis cendol yang dijual di sini mengikut selera anda, anda boleh membuat pilihan sama ada mahu cuba cendol durian, cempedak, ais krim, white coffee dan juga perasa asli 'original'. Saya kongsikan sedikit gambar berserta info di dalam artikel ini.

Selain daripada cendol, terdapat juga beberapa menu makanan di sini iaitu Mi Kari, Asam Laksa dan Rojak Penang.

Penang Road Famous TeoChew Chendul
Satu sudu pes kari dan sambal yang betul-betul pekat dan menaikkan rasa Mi Kari ini setelah diadun bersama kuah santan
Penang Road Famous TeoChew Chendul
Rasa kuah Mi Kari setelah diadunkan bersama santan memang pekat, pedas dan secukup rasa. Amat berbaloi untuk anda cuba
Penang Road Famous TeoChew Chendul
Assam Laksa rasanya agak manis, jika anda tidak gemar masakan manis pedas bersama isi ikan saya tidak syorkan untuk mencubanya
Klik untuk lihat menu
NoMenuHarga
TeoChew Chendul
1OriginalRM6.50
2White CoffeeRM7.90
3DurianRM9.90
4ChempedakRM9.90
5Ice CreamRM7.90
TeoChew Delights
6Penang Curry MeeRM10.90
7Assam LaksaRM10.90
8Penang RojakRM8.90

“Citarasa tempatan mampu bertahan dan disukai ramai sampai bila-bila.”

Penang Road Famous TeoChew Chendul
Outlet IOI City Mall

Terdapat 11 cawangan outlet untuk Kuala Lumpur dan Selangor sahaja iaitu di Sunway Putra Mall, Quill City Mall, Publika, Cheras Leisure Mall, Paradigm Mall, Sunway Pyramid, 1 Utama, IOI City Mall, The Mines, The Main Place dan Setia City Mall yang beroperasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Sejarah Perniagaan

Perniagaan ini telah ditubuhkan oleh pengasasnya Tan Teik Fuang yang mempelajari sendiri kaedah pembuatan cendol dan beliau mula menjual cendol di Jalan Penang pada tahun 1936. Kegigihan beliau menjalankan perniagaan ini dan yakin bahawa ia dapat membantu kehidupan keluarganya, maka keghairahan untuk menghasilkan cendol terbaik bermula. Beliau memastikan bahawa kualiti adalah sentiasa terjamin dan memberikan layanan mesra kepada pelanggan setia supaya citarasa tempatan mampu bertahan dan disukai ramai sampai bila-bila.

Ejaan cendol pada jenama perniagaan ini menggunakan ejaan lama dengan tambahan aksara “h” dan menggunakan aksara “u” menggantikan “o” seperti chendul.

Layari: Chendul.my

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Kerja dari rumah dengan iLancee

Tambah Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

Kongsi bersama rakan