Artikel travel telah berpindah ke Travelholic.my. Baca sekarang!

Utama / Blog / Berita / Penantian GoPro Hero 5 kini berakhir
Berita IT

Penantian GoPro Hero 5 kini berakhir

Dua model kamera aksi terbaharu daripada GoPro telahpun diumumkan secara rasmi iaitu Hero 5 Black dan Hero 5 Session.

Hero 5 Black

Memperkenalkan Hero 5 Black
GoPro

“Simply the best GoPro, ever.”

Penantian GoPro Hero 5 kini berakhir - Gambar perbandingan
Ini adalah gambar perbandingan rupa antara dua model kamera aksi terbaharu iaitu Hero 5 Black dan Hero 5 Session
GoPro

GoPro menyifatkan kamera ini adalah kamera aksi terbaik mereka dan sungguh ia menawarkan ciri-ciri yang hebat. Ianya kalis air hingga kedalaman 33 kaki atau bersamaan 10 meter tanpa menggunakan sarung tambahan dan sebagainya, reka bentuknya memang telah dibuat terus dengan keupayaan kalis air tanpa perlu memakai sarung. Antara keupayaan lain ialah video 4K, penstabilan imej dan kawalan suara. Harga yang ditawarkan ialah USD399.99 atau bersamaan RM1,654 berdasarkan nilai matawang semasa.

Penantian GoPro Hero 5 kini berakhir - Muka depan
Muka depan Hero 5 Black
GoPro
Penantian GoPro Hero 5 kini berakhir - Muka belakang
Muka belakang Hero 5 Black
GoPro

Kawalan Suara

Fungsi kawalan suara memberikan kebebasan bertindak hanya dengan memberi arahan kepada kamera supaya memulakan rekod video dan ambil gambar. Kamera Hero 5 hanya memahami 7 bahasa buat masa ini, belum sokong Bahasa Melayu jadi anda perlu guna Bahasa Inggeris untuk aktifkan arahan.

Teknikal

Hero 5 Black boleh merakam video kualiti 4K 30fps, gambar pula pada kualiti 12MP RAW, WDR (Versi GoPro untuk high dynamic range) yang merakamkan ketelitian warna dan sudut bayangan pada gambar, 30fps juga untuk mod burst dan timelapse, GPS dan penstabil imej terbina dalam serta kawalan exposure, wifi + bluetooth. Kesemua fungsi ini hadir pada kamera yang turut dilengkapi dengan skrin sentuh bersaiz 2 inci.

Rujuk: Spesifikasi

GoPro Plus

Bagi memudahkan anda berkongsi klip video ataupun gambar yang telah dirakam menggunakan kamera ini, terdapat storan online iaitu GoPro Plus. Setiap kali anda caj bateri kamera ia terus bertindak memuat naik gambar-gambar dan video berkenaan supaya mudah untuk diakses menggunakan apa sahaja peranti mudah alih dan juga komputer.

Hero 5 Session

Memperkenalkan Hero 5 Session
GoPro

Hero 5 Session pula memiliki saiz lebih kecil berbanding Hero 5 Black, ada juga kelebihannya iaitu boleh diletakkan pada sudut-sudut kecil yang mana susah untuk kamera lain capai. GoPro menyatakan bahawa kamera kecil ini memiliki badan yang cukup tahan lasak untuk berhadapan dengan pelbagai situasi. Harga yang ditawarkan ialah USD299.99 atau bersamaan RM1,240 berdasarkan nilai matawang semasa.

Teknikal

Masih memiliki kesemua aspek teknikal yang dimiliki oleh Hero 5 Black kecuali pada aspek berikut: Kualiti imej hanya pada 10MP, tidak menyokong format RAW dan WDR, tiada skrin sentuh dan tidak sokong auto-upload ke storan GoPro Plus.

Rujuk: Spesifikasi

Penantian GoPro Hero 5 kini berakhir - Hero 5 Session
Hero 5 Session
GoPro

“Adakah anda telah bersedia untuk membeli salah satu daripada kamera aksi ini?”

Lawati: GoPro Official Website

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Laman web rujukan kaki travel

Tambah Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

%d bloggers like this: