Menjana pendapatan di blog adalah tidak asing lagi di kalangan pemblog di Malaysia. Pada tahun 2015, Google AdSense mula menyokong blog dalam Bahasa Melayu.
Baca: AdSense now speaks Malay
Hasilkan kandungan berkualiti
Tiada jalan pantas untuk mengecapi kesenangan, semua perkara perlukan usaha yang tekun. Satu sahaja nasihat saya kepada pemblog yang idamkan pendapatan menerusi AdSense, tolong hasilkan kandungan berkualiti supaya dapat menarik trafik. Usaha yang panjang sebenarnya, makan tahun, kalau tidak sabar mahu pendapatan segera boleh cuba sumber lain.
Satu perkara yang indah ialah pendapatan AdSense konsisten pada ketika kandungan blog sudah banyak dan menerima trafik yang bagus. Anda menulis artikel sekarang tetapi artikel itu boleh pakai sampai bila-bila.
Jadi, semasa hendak menghasilkan artikel tolong fikirkan kandungan yang boleh dipakai sampai bila-bila. Pada masa akan datang mungkin artikel itu perlu disunting sedikit tetapi ia masih relevan.
Nota: Artikel ini akan disunting dari semasa ke semasa mengikut kelapangan saya untuk menulis. Masih terdapat perkara yang hendak ditambah untuk topik ini.