TinyPNG Featured

Pengecilan saiz imej dengan TinyPNG untuk kegunaan web

Optimasi imej sangat penting dalam pengurusan web supaya imej yang digunakan tidak menjejaskan prestasi dan menjimatkan bandwidth.

Terdapat dua jenis format yang sering digunakan pada laman web iaitu JPG dan PNG. Format PNG adalah sangat berguna kerana ia satu-satunya format yang boleh menyimpan imej “transparent” dan disokong secara meluas dalam aplikasi dan juga web.

Portable Network Graphics atau singkatannya PNG ialah format fail raster yang menyokong pemampatan tanpa kehilangan data.

Saya mahu kongsikan satu cara paling mudah untuk kecilkan saiz imej tanpa perlu pasang sebarang aplikasi, boleh layari laman web tinypng.com untuk gunakan tools yang disediakan.

Cara menggunakan TinyPNG

Anda hanya perlu memuat naik imej yang hendak dikecilkan (saiz satu imej tidak boleh melebihi 5MB), ia akan terus diproses dan boleh muat turun imej tersebut dalam versi yang telah dimampatkan, yang mana saiznya berjaya dikurangkan sebanyak 50 hingga 70 peratus daripada saiz asal.

TinyPNG
TinyPNG sedang kecilkan imej, boleh lakukan 20 imej untuk sekali upload
Optimasi imej adalah salah satu amalan terbaik dalam pengurusan web.

Saya amat berharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Ikuti saya di Twitter untuk berhubung.