TIME Fibre
TIME Fibre

Pengurusan foto di dalam telefon pintar

Kongsikan
Foto di dalam telefon pintar jika dibiarkan begitu sahaja pasti akan memenuhi ruangan storan dalaman peranti sehinggalah penuh dan tiada lagi ruang untuk digunakan.

Peranti dengan kapasiti 64GB masih lagi mencukupi, tidak perlu keluh kesah dan khuatir dengan jumlah ruangan sebanyak itu. Masalah besar yang membuatkan ia tidak cukup ialah kerana anda tidak uruskan langsung, biarkan segala media (foto dan video) memenuhi ruangan storan dalaman, sedangkan semua itu boleh dipindahkan kepada Google Photos.

Tetapan iPhone
Keadaan iPhone yang saya gunakan ketika menulis artikel ini, anda boleh lihat status Videos dan Photos adalah 0. Bermakna, kesemua media berkenaan telahpun saya sandarkan di Google Photos.

Google Photos berperanan besar di dalam pengurusan media ini. Jika anda benar-benar sayangkan segala memori yang telah dirakamkan selama ini, sila gunakan aplikasi Google Photos untuk menguruskannya dengan baik dan berkesan.

Berikan ruang untuk lebih banyak kenangan.

Google Photos

Tetapan khusus untuk iPhone

Memandangkan kita memilih Google Photos sebagai app utama untuk pengurusan foto, maka iCloud Photos boleh diabaikan.

Apple Photo
Terdapat dua app untuk pengurusan foto setelah dipasang Google Photos, selepas sandaran dan free up space dilakukan tiada lagi kandungan di dalam iCloud Photos. Lihat pada tangkap layar sebelah kanan, dinyatakan No Photos or Videos.
iCloud
Photos pada tetapan iCloud hendaklah dimatikan kerana pilihan utama kita adalah Google. Jika tidak dimatikan akan berlaku dua sandaran serentak, nanti anda akan pening melihat kerap kali notifikasi iCloud muncul disebabkan kekurangan kuota, lihat sahaja pada iCloud, hanya 5GB storan percuma diberikan. Adalah lebih baik untuk memudahkan kerja pengurusan, kita guna servis Google sahaja.
Google Photos

Google Photos

Dapatkan aplikasi foto bagi membantu anda sekarang

Google Photos dapat menjimatkan ruangan storan peranti. Jadi, anda tidak perlu membeli telefon dengan kapasiti storan terlampau besar.

Lakukan Sandaran

Perkara pertama yang wajib dibuat ialah melakukan sandaran iaitu backup terhadap semua foto dan video sepanjang masa.

Google Photos
Contoh apabila sandaran telah sempurna, dipaparkan backup complete.

Bagi yang pertama kali melakukan langkah ini dengan jumlah media yang banyak, maklumlah anda memiliki koleksi beribu foto yang tersimpan selama ini di dalam storan telefon, proses sandaran memakan masa. Tetapi anda perlu buat sehingga habis.

Google Photos
Pastikan tetapan sandaran ditetapkan dengan betul

Cara Google Photos bekerja seperti ini, ketika sandaran sedang dibuat foto paling lama disandarkan terlebih dahulu, ikut turutan satu demi satu, anda kena pantau proses ini lihat progress sampai setakat mana. Jangan pula harap foto terkini disandarkan dahulu.

Tip saya untuk proses ini, biasanya jika kita tutup app, proses sandaran akan pending, anda kena buka app semasa hendak melakukan sandaran ini. Jika banyak sangat terpaksalah buat sedikit demi sedikit, ambil berhari-hari jugalah untuk sempurnakan.

Foto hendaklah selalu disandarkan, paling baik selepas ambil gambar terus melakukan sandaran tanpa menunggu wifi, guna sahaja mobile data. Kita menggunakan telefon pintar untuk bebas bergerak, jika terpaksa menunggu wifi membuatkan pergerakan tidak bebas.

Alasan lain kenapa foto disandarkan dahulu daripada video kerana saiznya lebih kecil berbanding video. Selain itu, kita juga selalu menggunakan foto dahulu untuk berkongsi dan tayang di media sosial.

Google Photos
Ini adalah tetapan bagi membenarkan mobile data melakukan sandaran, maknanya tanpa menunggu wifi. Jika anda off bermaksud sandaran akan dibuat apabila telefon berhubung dengan wifi.

Bagi sandaran video saya mengikut keperluan, jika tidak boleh menunggu mahukan segera guna sahaja mobile data, melainkan mobile data hampir habis, terpaksa off tetapan seperti gambar di atas.

Jenis Sandaran

Terdapat dua jenis sandaran iaitu:

  • High quality (free unlimited storage)
  • Original
Google Photos
Jenis sandaran yang hendak digunakan iaitu high quality atau original.

High quality adalah kualiti visual terbaik pada saiz fail asli yang telah dikurangkan. Bermakna fail di dalam format *.jpg tidak sebesar saiz fail asal, saiz dikurangkan tetapi pada pandangan visual ia masih dapat diterima.

Original pula ialah saiz fail asli yang terus disandarkan tanpa dilakukan perubahan.

Saya amat menitikberatkan kualiti asli, tidak mahu saiz fail berkurangan, mahu sama seperti kualiti yang diambil pada kamera yang digunakan. Oleh itu, sandaran original menjadi pilihan.

Apabila menggunakan sandaran original maka kuota storan yang diberikan oleh Google dikira mengikut saiz fail tersebut. Jika kuota storan percuma 15GB penuh, anda perlu melanggan Google One.

Langganan Google One

Pakej Google One yang ditawarkan oleh Google terdapat beberapa saiz bermula dengan 100GB pada harga RM8.49 / bulan.

Google One
Pakej Google One 100GB yang saya guna ketika ini, 15% daripada jumlah keseluruhan. Google Photos menggunakan 12.78GB, akan bertambah sedikit demi sedikit setiap kali melakukan sandaran.

Kosongkan Ruang

Setelah berjaya melakukan sandaran keseluruhan, langkah berikutnya ialah Kosongkan Ruang (Free Up Space), iaitu membuang kesemua media yang berada di dalam storan dalaman peranti. Selesai sahaja proses ini tiada lagi media di dalam telefon anda, apabila anda semak pada tetapan akan dipaparkan Photos & Videos 0.

Google Photos
Contoh saya melakukan free up space, terdapat 13 foto di dalam peranti yang boleh dipadamkan.

Selesai proses ini maka satu bahagian penting di dalam pengurusan foto telah dilaksanakan.

Kekerapan saya melakukan free up space selalunya setiap kali buka app untuk melihat media saya akan semak status sandaran dan terus kosongkan. Jika anda mahu buat seminggu sekali pun boleh, bergantung kepada cara masing-masing.

Cara berkolaborasi, perkongsian album dan beberapa perkara lain di dalam Google Photos diterangkan dengan jelas pada artikel di bawah.

Album Perkongsian Featured

Album perkongsian di Google Photos

Foto merakamkan pelbagai kenangan buat kita semua dan kenangan itu pasti mahu dikongsikan bersama individu penting dan juga untuk tatapan orang terdekat.


Persoalan dan Jawapan

1. Adakah akses foto secara online memerlukan capaian internet yang laju?

Ini adalah persoalan yang saya dengar daripada beberapa orang. Jawapan saya ialah data kelajuan 3G sudah memadai, tidak benar jika ada yang mendakwa katanya susah nanti terpaksa menunggu capaian wifi untuk akses foto.

Perlu dijelaskan di sini, saya menggunakan talian TuneTalk, dengan pelan data RM48 sebulan untuk 10GB internet, 40GB video, unlimited call, unlimited social dan chat, tiada masalah untuk akses kepada Google Photos.

Situasi yang pernah saya lalui:

  • Ketika saya pulang ke kampung di Gerik, Perak semasa hari raya, capaian internet kadangkala 3G, boleh akses foto seperti biasa.
  • Waktu berada di Lato Lato Resort, semasa percutian di Semporna juga tiada masalah. Saya dan ahli travel tidak boleh menunggu lama, perlukan capaian internet serta merta kerana kami berkolaborasi untuk foto percutian di shared album Google Photos.

Berdasarkan kepada dua situasi di atas, membuktikan bahawa Google Photos boleh digunakan tanpa masalah dengan internet kelajuan 3G, sekarang sudah di ambang 5G, jika anda pengguna di Lembah Klang tiada masalah langsung, jangan pula ada alasan.

2. Kenapa guna Google Photos, bagaimana pula dengan iCloud Photos?

Google Photos adalah app yang cross-platform iaitu boleh digunakan di Android dan iOS. Memilih app yang cross-platform ialah kerana kita mahu melakukan kolaborasi bersama keluarga atau rakan-rakan yang mana bukan semua di antara mereka memiliki peranti yang sama dengan kita. Jadi, Google Photos merupakan pilihan yang tepat.

Manakala, iCloud Photos hanya terhad kepada persekitaran Apple iaitu pada iOS dan Mac.

3. Google Photos bolehkah dicapai melalui pelayar web?

Ye boleh, ia boleh dicapai melalui alamat photos.google.com. Ini bermakna jika anda sedang bekerja menggunakan komputer, boleh melakukan suntingan di pelayar web sahaja. Mudahkan begitu, ia dapat dibuka di pelbagai peranti, bukan terhad kepada telefon pintar sahaja.

Google Photos
Apabila menggunakan komputer, saya suka buka Google Photos versi web.

4. Saya mampu memakai telefon dengan saiz storan 512GB, adakah masih perlu fikir tentang backup?

Anda seorang yang kaya sekalipun dan mampu membeli telefon dengan saiz storan paling besar, melakukan sandaran ke Google Photos adalah langkah terbaik kerana foto lebih selamat disimpan atas talian, ia mudah serta pantas untuk diakses melalui pelbagai peranti dan dapat pula berkongsi foto secara efisien bersama keluarga dan rakan-rakan melalui album perkongsian, pengurusan seperti ini lebih bijak.

Contoh jika saya membeli telefon dengan storan sebesar 512GB, setakat ini (berdasarkan tangkap layar yang ditunjukkan di awal artikel) hanya menggunakan 81 app, semua media telah disandarkan pada Google Photos, jumlah storan semasa yang digunakan hanya 22GB. Ini bermakna, terdapat 490GB kapasiti yang masih kosong di dalam peranti, sangat banyak.

Bagi saya kapasiti 64GB masih ideal untuk tempoh sekarang, tidak lebih sangat dan tidak kecil sangat, mencukupi.

5. Saya melancong ke luar negara dan harga data mahal, bagaimana?

Jika begitu situasi anda, sandaran terpaksa ditangguhkan sementara. Mengikut pengalaman saya yang gemar mengambil foto ketika melancong, sekali percutian selalunya dalam lingkungan 1,000 foto yang diambil menggunakan kamera.

Biasanya data 10GB wajib beli sebelum melancong untuk tujuan melakukan sandaran ini, melancong di dalam negara kita tiada masalah, data harga murah. Tetapi jika ke negara yang harga data mahal bagi anda terpaksalah mencari wifi di hotel atau mana-mana lokasi, bergantung pada situasi ketika itu.

6. Bagaimana pula dengan alternatif lain jika kita sandarkan foto di Dropbox dan seumpamanya?

Jawapan saya tidak bagus kerana storan seperti itu tidak menyediakan fungsi pengurusan.

Saya kena terangkan kepada anda semua ciri-ciri berguna yang terdapat pada Google Photos baharu anda faham secara mendalam. Secara ringkasnya di Google Photos boleh membuat:

  • Carian berdasarkan nama, lokasi dan tarikh.
  • Kolaborasi bersama keluarga atau rakan-rakan yang melancong bersama di dalam album perkongsian, masing-masing bebas untuk memuat naik foto ke album tersebut. Oleh itu, kesemua ahli di dalam album dapat menggunakan foto berkenaan dengan mudah.
  • Album perkongsian juga boleh ditambah komen, menulis keterangan berbentuk teks supaya tidak lupa terhadap fakta-fakta penting, memasukkan peta perjalanan dan pin lokasi.

Banyakkan perkara boleh dibuat, sebab itulah sangat disarankan supaya digunakan dengan berkesan.


Kesimpulan

Gunalah Google Photos untuk selamatkan segala foto yang meninggalkan memori buat anda supaya tidak hilang begitu sahaja.

Saya amat berharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Ikuti saya di Twitter untuk berhubung.

Adi Azudin

Menulis tutorial sejak 2014 sebagai panduan untuk diri sendiri dan akhirnya berkongsi panduan berkenaan di blog ini.

Panduan lain untuk dibaca

1 Respon

  1. 29 Sep 2019

    […] Panduan berkaitan tetapan dan sandaran yang perlu dilakukan boleh baca artikel Pengurusan Foto di Dalam Telefon Pintar. […]

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penafian: Beberapa pautan pada blog ini adalah pautan afiliasi. Segala pautan ini adalah tidak memberikan anda sebarang kos tambahan, saya akan mendapat peratusan yang kecil iaitu komisen jika anda membuat pembelian dan saya hanya mengesyorkan produk yang terbaik!