Utama / Kandungan Artikel / Travel / Percutian keluarga di Kuching
Borneo Keluarga Travel

Percutian keluarga di Kuching

Percutian keluarga di Kuching
Foto oleh Danial
Kesempatan meluangkan masa bersama keluarga adalah salah satu detik manis. Tahun ini, setelah sekian lama tidak membuat percutian bersama, maka percutian keluarga ke Kuching, Sarawak terlaksana selama 5 hari 4 malam dari 17 hingga 21 November 2016. Pilihan destinasi ialah Kuching kerana membuat lawatan ke kediaman abang di Institut Aminuddin Baki, Santubong yang telah berkhidmat sebagai pensyarah di sana selama hampir 2 tahun.

Percutian bersama keluarga semestinya berbeza jika hendak dibandingkan dengan percutian secara solo ataupun berkumpulan bersama rakan-rakan. Percutian keluarga ini bagi saya sendiri ia lebih kepada luangkan masa bersama diantara ahli kerabat, bukan mengejar sejauh mana pengembaraan dilakukan, lebih banyak dan padat adalah lebih baik tetapi dengan keluarga hendaklah ia lebih santai dan laksanakan aktiviti yang dirasakan perlu bersama.

Ikuti catatan perjalanan kami di bawah sepanjang percutian di Kuching, Sarawak.

Kandungan

Hari Pertama

Hari Kedua

Hari Ketiga

Hari Keempat

Hari Kelima


Ahli

Ahli percutian seramai 14 orang dari Kuala Lumpur ke Kuching.

Percutian keluarga di Kuching - Ahli Percutian
Belakang dari kiri: Hazwan, Nusair, Hanin, Umi Kalthum, Ahmad Rafaai, Wan Omar, Fateh | Tengah dari kiri: Adi Azudin, Rosnah, Naufal, Nukman, Zainon, Muzammil, Dalilah, Deeba, Azie dan Nuaim | Depan: Danial

Tiket Penerbangan

Pergi

  • 17 November 2016, 12:55PM

Balik

  • 21 November 2016, 10:30AM
  • 21 November 2016, 03:05PM

Penerbangan balik ada dua penerbangan berlainan, 13 orang balik pada waktu pagi ke Kuala Lumpur iaitu pada pukul 10:30 pagi dan saya seorang daripada ahli kumpulan menaiki penerbangan sebelah petang pada pukul 3:05 petang.


Kereta Sewa

Percutian keluarga di Kuching - Kereta Sewa
Toyota HiAce yang disediakan oleh Target Transportation & Service

Toyota HiAce dengan kapasiti 12 tempat duduk pada harga cuma RM200 sehari.

Maklumat Lanjut

Untuk dapatkan perkhidmatan kereta sewa dengan bayaran berpatutan ini boleh hubungi Hadif Abdullah (013-801 9883) dari syarikat Target Transportation & Service.


Hari Pertama

17 November 2016

1. Ketibaan Rombongan

Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 2:40 petang.

2. Penginapan di Kediaman Seroja, IAB

Percutian keluarga di Kuching - Kediaman Seroja
Kuarters kakitangan Institut Aminuddin Baki, Santubong, Kuching

Penginapan di Kediaman Seroja, Institut Aminuddin Baki, Santubong untuk 4 malam.


Hari Kedua

18 November 2016

3. Menikmati Mi Kolok

MakananSedap

Perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah mahu mencuba Mi Kolok, sedap sangatkah? Jadi, aktiviti pertama ialah ke Kpg. Buntal yang tidak jauh dari Institut Aminuddin Baki untuk merasai Mi Kolok buat pertama kali.

Percutian keluarga di Kuching - Mi Kolok
Beginilah rupa Mi Kolok yang dihidangkan di Medan Ikan Bakar Kpg. Buntal, Kuching, Sarawak
Percutian keluarga di Kuching - Kuah Mi Kolok
Kuah sup untuk dinikmati bersama Mi Kolok

Mi Kolok ataupun dalam bahasa kaum Iban dipanggil Mi Rangkai yang bermaksud Mi Kering. Ianya dihidangkan bersama kuah sup dan kicap pedas. Kami menikmati Mi Kolok ini di Medan Ikan Bakar PNK Buntal. Harga bagi semangkuk Mi Kolok di sini ialah RM4.00 sahaja.

Percutian keluarga di Kuching - Mi Kolok Kpg. Buntal
Meja pertama 9 orang
Percutian keluarga di Kuching - Mi Kolok Kpg. Buntal
Meja kedua juga 9 orang
Percutian keluarga di Kuching - Medan Ikan Bakar Kpg. Buntal
Medan Ikan Bakar Kpg. Buntal

Waktu Operasi

  • Isnin hingga Sabtu: 7:00am – 5:00pm
  • Telefon: 082-846496

Perkhidmatan

  • Bekalan peralatan marin
  • Belacan halal
  • Boat sport fishing & River cruise
  • Home stay
  • Membekal ikan
  • Medan ikan bakar

4. Lawatan ke Buntal Bay

Percutian keluarga di Kuching - Buntal Esplanade
Esplanade Buntal baru sahaja siap dibina pada Mac 2015 dengan kos RM3.7 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-10. Acara Pesta Buntal yang diadakan setiap tahun dibuat disini bermula 2016
Percutian keluarga di Kuching - Kpg. Buntal
Pemandangan Kpg. Buntal ketika kami menuju ke Buntal Bay

Percutian keluarga di Kuching - Buntal Esplanade

5. Muzium Kucing

Percutian keluarga di Kuching - Muzium Kucing
Bangunan Muzium Kucing

Muzium Kucing terletak di bangunan Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara di Bukit Siol, Jalan Semariang, Petra Jaya, Kuching, Sarawak yang dimiliki oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Terdapat 4000 pameran, artifak dan tugu mengenai kucing dipamerkan dari seluruh dunia.

Muzium ini meliputi kawasan seluas 1,035 meter persegi di atas bukit yang dipanggil ‘Bukit Siol’ yang terletak 60 meter di atas paras laut dengan pemandangan bandaraya Kuching yang cantik.

Percutian keluarga di Kuching - Panorama dari Muzium Kucing
Panorama bandaraya Kuching dari Bukit Siol

Bayaran Masuk

Tiada bayaran masuk.

Caj Tambahan

Penggunaan kamera dikenakan caj tambahan iaitu RM3 bagi kamera telefon pintar, RM4 bagi kamera digital dan RM5 bagi kamera video.

Waktu Operasi

Setiap hari 9:00am – 5:00pm kecuali cuti umum.

Rujuk: Laman web rasmi

6. Muzium Etnologi

Percutian keluarga di Kuching - Muzium Etnologi
Muzium Etnologi ataupun dikenali juga sebagai Muzium Kuching

Muzium ini didirikan dalam tahun 1891 dan diperbesarkan seperti bentuk yang sedia ada dalam tahun 1911. Pada asalnya bangunan ini dibina untuk menyimpan dan mempamerkan seni kraftangan masyarakat pribumi tempatan dan koleksi binatang tempatan seperti yang dicadangkan oleh Pakar Alam Semulajadi, Alfred Wallace, yang menjalankan kerja-kerja mengumpul spesimen-spesimen di negeri Sarawak pada masa tersebut.

Sejak ianya dibina, bangunan ini telah beberapa kali diubahsuai serta diperbaiki. Rekabentuknya yang membujur 44 x 160 kaki. Ia dibina mengikut senibina Eropah dengan edifiknya mengikut stail Ratu Anne (zaman Victoria). Galeri-galeri yang terdapat didalamnya diterangi melalui tingkap yang berbentuk kubah pada bumbung bangunan untuk memberi ruang dinding yang luas.

Semasa zaman pemerintahan Jepun, muzium ini telah diletak di bawah jagaan seorang pegawai Jepun yang simpati terhadap muzium ini. Disebabkan itu, tidak banyak kerosakan atau kecurian berlaku. Pada masa ini, dengan perancangan yang teliti dan penjagaan yang rapi, bangunan ini telah dijadikan pusat pameran koleksi sejarah alam semulajadi di Sarawak.

Pada tingkat bawah muzium, tersimpan koleksi alam semulajadi dan spesimen fauna Sarawak seperti reptilia, mamalia, burung dan lain-lain dipamerkan. Tingkat atas bangunan ini mempamerkan bahan-bahan etnografik seperti model rumah-rumah panjang, pelbagai jenis perangkap ikan dan haiwan, kraftangan, model perahu dan lain-lain.

Percutian keluarga di Kuching - Muzium Etnologi

Terdapat dua lagi muzium berhampiran iaitu Muzium Seni dan Muzium Alam Semulajadi.

Bayaran Masuk

Tiada bayaran masuk.

Waktu Operasi

  • Isnin hingga Jumaat: 9:00am – 4:45pm
  • Sabtu, Ahad, Cuti Umum: 10:00am – 4:00pm

7. Masjid Jamek Kuching

Percutian keluarga di Kuching - Masjid Jamek Kuching
Masjid Jamek Kuching

8. Makan Malam di Annuar Steamboat

MakananSedap
Kualiti & HargaTerbaik
Percutian keluarga di Kuching - Annuar Steamboat
Annuar Steamboat merupakan restoran steamboat popular di Kuching, jika anda berada di Kuching kami syorkan untuk menjamu selera di sini dan harga yang ditawarkan sangat berpatutan
Percutian keluarga di Kuching - Annuar Steamboat
Ketika gambar ini diambil pukul 6:42 petang, baru mulakan aktiviti makan steamboat di Annuar Steamboat

Percutian keluarga di Kuching - Annuar Steamboat

Percutian keluarga di Kuching - Annuar Steamboat

Percutian keluarga di Kuching - Annuar Steamboat

Video makan malam di Annuar Steamboat

Harga Buffet

  • Dewasa: RM22
  • Kanak-kanak: RM12

Untuk Tempahan

  • 019-886 7900 / 019-858 6557

Waktu Operasi

  • 6:30pm – 11:00pm

Hari Ketiga

19 November 2016

9. Berkelah di Pantai Damai

Percutian keluarga di Kuching - Pantai Damai
Pemandangan Pantai Damai dari Damai Beach Resort

Percutian keluarga di Kuching - Pantai Damai

Percutian keluarga di Kuching - Pantai Damai

Percutian keluarga di Kuching - Pantai Damai

Percutian keluarga di Kuching - Pantai Damai

10. Trek Gunung Santubong

Perjalanan seterusnya ialah Trek Gunung Santubong. Sebenarnya rancangan ini berlaku secara spontan kerana kebetulan kami melalui jalan yang sama untuk ke Pantai Damai.

“Kemeriahan percutian keluarga ini membuatkan kami lupa seketika bebanan kerja dan kesibukan belajar.”

Percutian keluarga di Kuching - Gunung Santubong
Kelihatan puncak Gunung Santubong ketika kami melalui jalan ke Pantai Damai

Untuk ke puncak Gunung Santubong sejauh 3.5km yang dianggarkan masa pendakian selama 4 jam, tetapi kami hanya menuju ke kawasan air terjun yang mengambil masa cuma 40 minit. Ketinggian puncak gunung ialah 810 meter (2,660 kaki).

Percutian keluarga di Kuching - Trek Gunung Santubong

Percutian keluarga di Kuching - Trek Gunung Santubong
Terdapat jambatan gantung di kawasan air terjun untuk menyeberangi sungai

Pelawat yang memasuki Taman Negara Santubong adalah bertanggungjawab di atas keselamatan diri sendiri. Kerajaan Negeri Sarawak tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kejadian kemalangan atau kecederaan fizikal, mental atau emosi atau kemalangan jiwa atau kehilangan apa-apa harta benda semasa berada di dalam Taman Negara Santubong.

11. Cendol Mami

MakananSangat Sedap

Mari nikmati kelazatan cendol dan beberapa makanan lain di Cendol Mami. Kami telah mencubanya dan ternyata menu yang disediakan dihidangkan dengan baik dan sedap.

Klik untuk lihat menu
NoMenuHarga
Cendol
1Cendol BiasaRM3.50
2Cendol SelasihRM3.50
3Cendol BarliRM3.50
4Cendol JagungRM3.50
5Cendol LaiciRM3.50
6Cendol CincauRM3.50
7Cendol Agar-agarRM3.50
8Cendol SaguRM3.50
9Cendol Kacang TumbukRM3.50
10Cendol PearlRM4.00
11Cendol PulutRM4.00
12Cendol TapaiRM4.00
13Cendol DurianRM4.50
14Cendol Ais KrimRM4.50
15Cendol FrozenRM5.00
16Cendol SpecialRM5.00
17Cendol MixRM5.50
Add-on
1OreoRM1.00
2MiloRM1.00
3PulutRM1.50
4Buah ApongRM1.50
5DurianRM2.00
Makanan
1Cucur Udang (3pcs)RM2.00
2Rojak AyamRM6.00
3Rojak BuahRM5.00
4Cucur CampurRM5.00
5Rojak KangkungRM6.00
6Mi BelacanRM6.00
7Tang Hoon MamiRM6.00
8Mi GorengRM6.00
MinumanPanasSejuk
1MineralRM1.00RM1.00
2NescafeRM1.80RM2.00
3Teh TarikRM1.80RM2.00
4MiloRM1.80RM2.00
5Kopi ORM1.80RM2.00

Percutian keluarga di Kuching - Cendol Mami

Percutian keluarga di Kuching - Cendol Mami

Waktu Operasi

  • Dibuka setiap hari dari 11:30am – 6:30pm

Maklumat Lanjut

  • Tel: 012-896 0530
  • Facebook: Cendol Mami
  • Alamat: No. 19, Batu 2 1/2, Jalang Matang, Kuching

12. Medan Niaga Satok

Percutian keluarga di Kuching - Medan Niaga Satok

Singgah di Medan Niaga Satok bagi membeli makanan segar untuk persediaan perkelahan keesokannya di Tasik Biru.

Percutian keluarga di Kuching - Medan Niaga Satok


Hari Keempat

20 November 2016

13. Beli-belah di Pasar Serikin

Percutian keluarga di Kuching - Pasar Serikin
Pasar Serikin di Bau yang terletak di kawasan sempadan Malaysia – Indonesia

Pekan Bau adalah kawasan perlombongan emas yang terletak 47km dari bandaraya Kuching. Serikin pula 22km dari Pekan Bau yang berada di sempadan antara Malaysia dan Indonesia.

Percutian keluarga di Kuching - Pasar Serikin

Percutian keluarga di Kuching - Pasar Serikin

Waktu Operasi

Sabtu dan Ahad sahaja bermula 8:00am – 2:00pm.

14. Berkelah di Tasik Biru

Percutian keluarga di Kuching - Tasik Biru

“Bagi percutian keluarga, kualiti masa bersama adalah agenda utama, bukan banyak mengembara tetapi banyak masa bersama.”

Percutian keluarga di Kuching - Perkelahan di Tasik Biru

Percutian keluarga di Kuching - Perkelahan di Tasik Biru

15. Rumah Panjang Annah Rais

Jika anda melawat Perkampungan Budaya Sarawak di Santubong, anda hanya melihat replika pelbagai jenis rumah panjang beberapa etnik di Sarawak. Tetapi di Annah Rais bukan lagi sebuah replika, ia adalah rumah panjang sebenar yang diduduki oleh etnik Bidayuh.

Percutian keluarga di Kuching - Annah Rais
Rumah panjang Kpg. Annah Rais

Percutian keluarga di Kuching - Annah Rais

16. Beli-belah Kek Lapis

Pengeluar kek lapis popular dan terbaik di Sarawak ialah:


Hari Kelima

21 November 2016

17. Sarapan Pagi

Percutian 5 hari 4 malam terasa sungguh cepat berlalu apabila masing-masing berasa gembira dan tidak puas meluangkan masa bersama. Sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, kami bersarapan pagi terlebih dahulu. Penerbangan pertama untuk pulang ke Kuala Lumpur pada jam 10:30 pagi dan berikutnya 3:05 petang.

18. Pulang ke Kuala Lumpur

Percutian keluarga di Kuching - Pulang KL
Pemandangan bandaraya Kuching dari atas pesawat AirAsia AK 5209, jam 3:44 petang

Selamat tinggal Kuching, semoga bertemu lagi!

Sertai Komuniti: Percutian Kuching


Info Pelancongan

Tentang Kuching

Kuching adalah ibu negeri kepada Sarawak yang merupakan negeri terbesar di Malaysia. Penerbangan mengambil masa selama 1 jam 35 minit untuk ke Kuching daripada Kuala Lumpur.

Tempat-tempat Menarik

Selain daripada tempat-tempat yang kami telah lawati, terdapat lagi beberapa tempat tumpuan pelancong di sekitar Kuching dan yang berhampiran, iaitu:

  • Taman Negara Bako
  • Taman Negara Kubah
  • Taman Negara Gunung Gading
  • Hutan Simpan Semenggoh
  • Hutan Simpan Matang
  • Kuching Wetlands National Park
  • Perkampungan Budaya Sarawak
  • Taman Buaya Jong
  • Kuching Civic Center
  • Muzium Tekstil Sarawak
  • Kuching Waterfront
  • Borneo Highlands Resort
  • Gua Pari Pari

Makanan Tradisi Sarawak

Tidak lengkap sekiranya mengunjungi sesuatu tempat tidak mencuba makanan tradisi tempatan.

1. Mi Kolok

Percutian keluarga di Kuching - Mi Kolok
Mi Kolok amat mudah didapati di Sarawak
Foto oleh Astro Awani

2. Laksa Sarawak

Percutian keluarga di Kuching - Laksa Sarawak
Laksa Sarawak juga patut dicuba kerana ia berbeza dengan ramuan laksa yang terdapat di Semenanjung Malaysia
Foto oleh Astro Awani

3. Nasi Ayam Penyet

Percutian keluarga di Kuching - Ayam Penyet
Nasi Ayam Penyet

4. Kek Lapis

Percutian keluarga di Kuching - Kek Lapis
Kek Lapis menjadi buah tangan popular kepada pelancong apabila berkunjung ke Kuching
Foto oleh Astro Awani

5. Ayam Pansuh

Juga dikenali sebagai Manok Pansuh.

Percutian keluarga di Kuching - Ayam Pansuh
Ayam Pansuh dimasak di dalam buluh seperti lemang

6. Umai

Percutian keluarga di Kuching - Umai Udang
Terdapat pelbagai jenis umai, gambar di atas ialah umai udang. Umai merupakan masakan tradisi Melanau
Foto oleh Astro Awani

7. Midin Goreng

Percutian keluarga di Kuching - Midin Goreng
Midin Goreng

8. Bubur Pedas

Percutian keluarga di Kuching - Bubur Pedas
Bubur Pedas adalah bubur tradisi di Sarawak yang kebiasaannya terdapat pada musim Ramadan

Bajet

No.PerkaraKos Seorang
JUMLAH557.72
1Air Asia
a) TiketRM168.00
b) Tempat dudukRM12.72
2Tambang basRM22
3Sewa keretaRM88
4PetrolRM17
5MakanRM150
6Beli-belahRM100

Bajet makan dan beli-belah bergantung kepada keperluan masing-masing, jadual di atas merupakan anggaran kasar.

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Kerja dari rumah dengan iLancee

2 Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

Perkongsian Artikel

Jika artikel ini bermanfaat, sila kongsikan bersama rakan-rakan anda!

Percutian keluarga di Kuching

Percutian keluarga di Kuching 5 hari 4 malam telah berjaya dilakukan dan kami dapat luangkan masa bersama sambil mengenali bandaraya Kuching.

Kongsi bersama rakan