Utama / Kandungan Artikel / Travel / Percutian Kota Kinabalu selama 4 hari 3 malam
Borneo Travel

Percutian Kota Kinabalu selama 4 hari 3 malam

Percutian Kota Kinabalu - Featured
Imej oleh Adi Azudin
Sabah, negeri di bawah bayu memiliki daya tarikan semulajadi yang sungguh indah. Gugusan kepulauan, hutan dan banjaran gunung menjadikan Sabah negeri yang amat kaya dengan flora dan fauna. Kali ini Kota Kinabalu menjadi pilihan untuk destinasi pertama percutian di kepulauan Borneo.

Sabah - Percutian Kota Kinabalu


Percutian Bersama

Adi - Percutian Kota Kinabalu

Adi Azudin

Hadi - Percutian Kota Kinabalu

Hadi Ahmad

Zoul - Percutian Kota Kinabalu

Faizul Yasin


Kandungan Artikel

Hari Pertama

Hari Ke-2

Hari Ke-3

Hari Ke-4

Lain-lain


Peta Perjalanan

Peta Perjalanan - Percutian Kota Kinabalu
Google Maps

Lihat peta secara melintang jika anda view menerusi telefon pintar.


Destinasi Pilihan


Hari Pertama

5 Oktober 2015

Penerbangan Air Asia

  • Tambang ERL ke KLIA2 RM26.50
  • Tambang Air Asia pergi balik RM159
  • Kos bagasi untuk muatan 15kg pergi balik RM53
KLIA2 - Percutian Kota Kinabalu
Ketika di KLIA2 pada jam 10 pagi
PergiBalik
KUL - BKI BKI - KUL
Air AsiaAir Asia
AK 5104AK 5133
5 Oct 2015 (11:10am)8 Oct 2015 (6:30pm)

Perjalanan dari KLIA2 ke KKIA Terminal 2 (KKIA T2) memakan masa selama 2 jam 30 minit. Agak bosan jugalah berada di dalam penerbangan selama waktu itu.

Setelah tiba di KKIA T2 anda perlu berlalu di kaunter imigresen yang membuat semakan terhadap Passport dan juga Kad Pengenalan bagi warga Semenanjung Malaysia, kemudian pas lawatan dikeluarkan. Pas berkenaan akan disemak semula semasa hendak pulang.

Peta KL ke KK - Percutian Kota Kinabalu
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu

Kembali: Kandungan Artikel


Kereta Sewa

Perodua MyVi 1.3 (Auto)

  • Kos sewa kereta untuk 3 hari ialah RM330
  • Kos petrol keseluruhan RM100
Myvi - Percutian Kota Kinabalu
Perodua MyVi
Myvi - Percutian Kota Kinabalu
Perodua MyVi

Kereta sewa Perodua MyVi diuruskan oleh An-Naqlu Kota Kinabalu Car Rental. Hubungi En. Mohd Radzi Amaran (017) 358-5700 untuk maklumat lanjut.

Jumlah Perjalanan - Percutian Kota Kinabalu
Jumlah meter 554KM bagi tempoh 3 hari

Perjalanan sejauh 554km sepanjang 3 hari percutian kami di Kota Kinabalu. Bermula dari KKIA T2 hingga ke Ranau, kembali ke Bandaraya Kota Kinabalu dan hari terakhir ke Tamparuli, Tuaran & Putatan dan kembali semula ke KKIA T2 untuk pulang ke Kuala Lumpur. Lihat peta perjalanan.

Kembali: Kandungan Artikel


Hotel

Penginapan Tune Hotel

Kos penginapan untuk bilik jenis Comfort Double Room RM226.41 x 2 bilik

Perjalanan pertama setelah tiba di Kota Kinabalu ialah menuju ke hotel penginapan yang terletak di 1Borneo.

Tune Hotel - Percutian Kota Kinabalu
Tune Hotel di 1Borneo
Comfort Double Room Tune Hotel - Percutian Kota Kinabalu
Bilik penginapan Comfort Double Room
Tune Hotel - Percutian Kota Kinabalu
Dibekalkan 2 helai tuala
Tune Hotel - Percutian Kota Kinabalu
Bilik mandi

Kemudahan Hotel:

  • WiFi ada di setiap bilik
  • Air-cond
  • Hairdryer
  • Free toiletries
  • 24-hour front desk
  • Tempat parking kereta tidak disediakan

Kembali: Kandungan Artikel


Gerai Kak Tini

  • Lokan bakar RM10 untuk 18 biji
  • Puding kelapa RM5 sebiji
  • Kelapa bakar RM4 sebiji
Gerai Kak Tini - Percutian Kota Kinabalu
Gerai Kak Tini di Tuaran

Setelah selesai urusan check-in hotel dan mandi. Pukul 4 petang kami keluar untuk ronda-ronda melihat Bandaraya Kota Kinabalu, sebelum itu adalah lebih baik untuk isi perut terlebih dahulu memandangkan hanya bersarapan pagi di KLIA2 sebelum penerbangan berlepas. Tempat pertama yang hendak dituju ialah gerai Lokan Bakar dan Puding Kelapa, memang sudah dirancang untuk datang kesini. Mari nikmati kelazatan Puding Kelapa, terasa begitu nyaman dan menyelerakan 🙂 Harganya cuma RM5 sebiji, murahkan! Kami tiba di gerai ini jam 5:20 petang.

Makan Lokan Bakar - Percutian Kota Kinabalu
Menikmati puding kelapa
Puding Kelapa - Percutian Kota Kinabalu
Puding kelapa yang sejuk memberi kesegaran ketika cuaca panas

Lokan Bakar juga sedap, saya syorkan anda cuba. Kelapa Bakar adalah kelapa tua yang dibakar, bagi saya rasanya tidak sedap, mungkin anda perlu mencubanya sendiri. Kami order juga sebab mahu rasa dan buat review.

Lokan Bakar - Percutian Kota Kinabalu
Inilah rupa lokan bakar yang telah siap dimasak
Lokan Bakar - Percutian Kota Kinabalu
Lokan bakar sedia untuk dimakan
Kelapa Bakar - Percutian Kota Kinabalu
Kelapa bakar
Kelapa Bakar - Percutian Kota Kinabalu
Kelapa bakar ini menggunakan kelapa tua, nampak isi kelapa yang tebal, jika tidak dibakar ianya keras
Jalan Salut Tuaran - Percutian Kota Kinabalu
Deretan gerai di tepi jalan

Lokasi gerai terletak di Jalan Salut. Terdapat banyak deretan gerai disini, pilih sahaja mengikut kehendak hati.

Kembali: Kandungan Artikel


Tanjung Aru

Anjung Perdana

Kos minuman untuk 3 orang RM9

Berdasarkan perancangan awal kami mahu lihat pantai Tanjung Aru, oleh kerana kami tiba disini sudahpun malam, maka kami sengaja lepak sebentar di Anjung Perdana. Tidak rancang untuk makan disini kerana sudahpun rancang untuk menjamu selera di Anjung Senja.

Tempat makan di Bandaraya Kota Kinabalu sangat banyak, tiada masalah untuk cari tempat yang sesuai dengan selera anda.

Kembali: Kandungan Artikel


Perdana Park

Kos parkir kereta RM1

Perdana Park - Percutian Kota Kinabalu
Air pancut berirama

Video

Perdana Park

Kembali: Kandungan Artikel


Anjung Senja

  • Kos keseluruhan makan malam untuk 3 orang berjumlah RM85
  • Kos makan untuk seorang ialah RM28.33

Masa untuk makan malam.

Anjung Senja - Percutian Kota Kinabalu
Destinasi makan malam pertama kami ialah Anjung Senja
Panorama Anjung Senja - Percutian Kota Kinabalu
Panorama di Anjung Senja

Menu Makan Malam

Apabila berada di Sabah, sudah tentu makanan laut menjadi keutamaan. Maka pembuka hidangan makan malam pertama kami disini ialah ikan kerapu, sotong dan juga udang.

Kembali: Kandungan Artikel


Hari Ke-2

6 Oktober 2015

Aktiviti Pulau

  • Tambang bot untuk pergi ke 2 pulau ialah RM33
  • Caj terminal perlu dibayar RM7.63 bagi dewasa
  • Peralatan snorkeling RM20
  • Parkir kereta selama 9 jam berjumlah RM9
Jesselton Point - Percutian Kota Kinabalu
Pintu masuk Jesselton Point

Jesselton Point adalah terminal feri yang terdapat disini yang menghubungkan pelancong ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman dan terdapat juga perjalanan ke Labuan.

Beli Tiket

Island Hop Express - Percutian Kota Kinabalu
Kami beli tiket dengan Island Hop Express di Kaunter 10
Island Hop Express - Percutian Kota Kinabalu
Jadual harga tiket

Taman Laut

Taman Laut Tunku Abdul Rahman terdiri daripada lima buah pulau iaitu Pulau Gaya, Manukan, Sapi, Sulug dan Mamutik. Oleh kerana jarak pulau-pulau ini yang hampir dan perjalanan bot yang singkat dari Kota Kinabalu ia menjadi destinasi pilihan kepada pelancong harian yang hanya berkunjung untuk menikmati aktiviti-aktiviti pulau yang terdapat di taman laut ini. Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa resort dan chalet untuk penginapan, jadi pelancong juga boleh tinggal untuk beberapa hari disitu.

Peralatan dan Aktiviti

01-SnorkelMask

Snorkel Mask

RM10

02-Fins

Fins

RM10

03-LifeJacket

Life Jacket

RM10

04-BeachMat

Beach Mat

RM10

05-BananaBoat

Banana Boat

RM40

06-FlyFish

Flyfish

RM80

07-Parasailing

Parasailing

RM100

08-Jetski

Jetski

RM170

09-SeaWalking

Sea Walking

RM250

10-ScubaDoo

Scuba Doo

RM250

11-BBQLunch

BBQ Lunch

RM70

Sediakan bajet untuk beberapa aktiviti diatas yang mungkin anda minati untuk laksanakan ketika percutian di pulau. Aktiviti Banana Boat, Flyfish, Parasailing dan Jetski ada di semua pulau. Manakala, Diving & Sea Walking cuma ada di Pulau Sapi manakala Scuba Doo hanya di Pulau Manukan.

Aktiviti pulau pada hari ini kami memilih 2 pulau iaitu Pulau Sapi dan Pulau Manukan. Tiket bot untuk 2 pulau kami dapatkan di Kaunter 10 – Island Hop Express berserta alatan snorkeling. Mereka akan tanya bila masa untuk ke pulau kedua dan masa balik. Masa balik pada hari kami disana ada 3 waktu iaitu jam 12 tengahari, 2 petang dan bot terakhir 4 petang. Boleh hubungi mereka, lihat pada jadual diatas. Ketika membeli tiket, waktu itu baru jam 6:15 pagi.

Lagi satu aktiviti yang boleh dicuba ialah Coral Flyer – Island to Island Zipline antara Pulau Gaya dan Sapi. Harga tiket RM64 yang boleh dibeli di kaunter pertanyaan Pulau Sapi atau Padang Point di Pulau Gaya. Rujuk laman web berikut untuk maklumat lanjut: coralflyer.com

Lihat video berikut:

Video rakaman aktiviti Coral Flyer Zipline oleh Ropeskills Rigging Sdn. Bhd.

Sarapan Pagi

Bot akan mulakan perjalanan ke pulau-pulau bermula jam 8:30 pagi. Oleh itu, kami bersarapan pagi dahulu memandangkan ada 2 jam masa menunggu.

Kembali: Kandungan Artikel


Dalam Bot - Percutian Kota Kinabalu
Dalam bot menuju ke Pulau Sapi

Pulau Sapi

Yuran konservasi ialah RM3 seorang yang boleh digunakan sepanjang hari untuk ke semua pulau dengan hanya sekali bayaran

Pulau Sapi - Percutian Kota Kinabalu
Pulau Sapi 6 Oktober 2015
Pulau Sapi - Percutian Kota Kinabalu
Kami bertiga pertama kali datang sini
Pulau Sapi - Percutian Kota Kinabalu
Kejernihan air laut
Pulau Sapi - Percutian Kota Kinabalu
Yuran konservasi taman-taman Sabah
Kaunter Pulau Sapi - Percutian Kota Kinabalu
Kaunter pertanyaan Pulau Sapi

Kembali: Kandungan Artikel


Pulau Manukan

Pulau Manukan - Percutian Kota Kinabalu
Destinasi seterusnya ialah Pulau Manukan
Pulau Manukan - Percutian Kota Kinabalu
Jeti Pulau Manukan
Pulau Manukan - Percutian Kota Kinabalu
Bot sedang menunggu untuk hantar pulang

Aktiviti pulau sudahpun berakhir pada pukul 2 petang dan kami kembali ke jeti Jesselton Point. Pukul 3 petang hingga malam adalah masa untuk jalan-jalan dan bergambar di kawasan tumpuan pelancong sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

Kembali: Kandungan Artikel


Menara Jam Atkinson

Menara Jam Atkinson - Percutian Kota Kinabalu
Menara jam Atkinson

Bangunan menara jam ini telah mula dibina pada tahun 1902 dan siap pada tahun 1905. Ia dibina sebagai tanda untuk memperingati Pegawai Daerah Kota Kinabalu (dulunya Jesselton) yang pertama, Francis George Atkinson yang meninggal dunia akibat malaria ketika berusia 28 tahun. Jam ini telah mula berfungsi pada 19 April 1905 ketika masih dalam pembinaan. Pada asalnya, menara jam ini dibina daripada kayu Mirabau dengan ketinggian 14.63 meter (48 kaki). Selepas dibina dan melalui pembaikan dan pembaharuan yang menyeluruh, bentuk permukaan asalnya telah mengalami perubahan yang besar. Pada tahun 1979, Jabatan Muzium Sabah telah mengambilalih penjagaan dan pemeliharaan menara jam ini. Tapak bangunan ini telah diwartakan sebagai Simpanan Kerajaan pada bulan Ogos 1983. Pada 26 Mac 1998, tapak ini telah diisytiharkan sebagai “Warisan Budaya” dibawah Enakmen Warisan Budaya (Pemuliharaan) 1997. Kini, menara jam ini sudahpun menjangkau usia 110 tahun.

Kembali: Kandungan Artikel


Menara Tinjau Signal Hill

Menara Tinjau Signal Hill - Percutian Kota Kinabalu
Menara tinjau Signal Hill

Inilah Menara Tinjau Signal Hill, kami datang 2 kali untuk ambil gambar siang dan malam.

Kembali: Kandungan Artikel


Pasar Kraftangan

Pasar Kraftangan - Percutian Kota Kinabalu
Pasar Kraftangan

Kembali: Kandungan Artikel


Pasar Malam

Central Market

Agak kepenatan jugalah jalan-jalan disini, berehat sebentar di salah satu gerai sambil menikmati ABC Buah (RM5) dan Kepak Ayam 5 ketul (RM7.50).

Kepak Ayam - Percutian Kota Kinabalu
Beli kepak ayam panggang di pasar malam

Kembali: Kandungan Artikel


Dataran Todak

  • Kos makan malam untuk 3 orang berjumlah RM107
  • Kos seorang ialah RM35.66
Bulatan Todak - Percutian Kota Kinabalu
Bulatan Todak di Dataran Todak

Menu Makan Malam

Makan Malam - Percutian Kota Kinabalu
Terdapat banyak pilihan makanan laut
Makan Malam - Percutian Kota Kinabalu
Kami pilih ikan, ketam dan udang
Makan Malam Dataran Todak - Percutian Kota Kinabalu
Sedang menunggu juadah makan malam
Rumpai Laut - Percutian Kota Kinabalu
Rumpai laut

Rumpai laut yang berbiji-biji seperti buah anggur itu namanya Rumpai Laut Latok.

Kembali: Kandungan Artikel


Hari Ke-3

7 Oktober 2015

Perjalanan ke Ranau - Percutian Kota Kinabalu
Pemandangan awal pagi dalam perjalanan ke Kundasang
Perjalanan ke Ranau - Percutian Kota Kinabalu
Kami berhenti sebentar di bahu jalan untuk ambil gambar pemandangan di sini

Mari kita saksikan keindahan kaki Gunung Kinabalu, udara pagi yang nyaman lagi segar. Beginilah keadaan disepanjang jalan menuju ke Kundasang hingga ke Ranau. Ketika gambar ini diambil baru pukul 6:04 pagi. Kami keluar seawal jam 5 pagi dari Tune Hotel supaya tidak melepaskan detik awal pagi di Kundasang.


Pekan Nabalu

Sarapan pagi di sini RM7 seorang

Tempat berhenti yang pertama adalah Pekan Nabalu untuk sarapan pagi.

Pekan Nabalu - Percutian Kota Kinabalu
Singgah di Pekan Nabalu untuk sarapan pagi

Kembali: Kandungan Artikel


Desa Dairy Farm

Tiket masuk ialah RM5 seorang

Panorama - Percutian Kota Kinabalu
Panorama sebelum kami masuk ke Desa Dairy Farm

Berada di Kundasang, tempat letaknya Gunung Kinabalu, sudah tentu kawasan sekitarnya juga berada pada paras tinggi dari kawasan yang lain. Kesejukan udara pagi sangat dirasai ketika kami baru tiba di sini jam 8:15 pagi. Saya amat kagum dengan pemandangan padang rumput yang luas berlatar belakangkan kaki gunung, ianya amat indah dan damai sekali.

Mari kita lihat gambar-gambar yang saya ambil dan aktiviti ternakan lembu susu yang diusahakan oleh Desa Cattle (Sabah) Sdn. Bhd.

Pintu Masuk Desa Dairy Farm - Percutian Kota Kinabalu
Pintu masuk utama Desa Dairy Farm

Masa melawat:

  • 8:00am – 5:00pm (Setiap hari)

Bayaran masuk:

  • Dewasa RM5.00
  • Kanak-kanak RM4.00
  • Lokasi fotografi kahwin RM106.00
  • Lokasi penggambaran video/filem RM2,120.00

Jadual Aktiviti:

  • Kandang anak lembu (Calf feeding) 9:00am – 4:00pm (Setiap hari)
  • Pusat pemerahan susu (Milking process) 2:30pm – 4:30pm (Setiap hari)
  • Pusat pemprosesan susu (Raw milk processing) 10:00am – 3:00pm (Selasa, Khamis & Ahad)
Panorama Desa Dairy Farm - Percutian Kota Kinabalu
Panorama yang cukup indah berlatarbelakang gunung-ganang
Desa Dairy Farm - Percutian Kota Kinabalu
Bergambar di batu besar
Desa Dairy Farm - Percutian Kota Kinabalu
Pengalaman datang ke sini amat berbaloi
Desa Dairy Farm - Percutian Kota Kinabalu
Saya sarankan anda datang awal pagi
Desa Dairy Farm - Percutian Kota Kinabalu
Bangunan utama serta pusat pemprosesan susu
Desa Dairy Farm - Percutian Kota Kinabalu
Anda boleh dapatkan hasil tenusu jenama Desa di sini

Foto Saiz Besar

Keindahan pemandangan di Desa Dairy Farm tidak dinafikan. Oleh itu, saya sediakan 7 gambar dibawah bersaiz besar untuk anda lihat dengan lebih jelas. Klik pada gambar-gambar ini untuk besarkan.

Lihat gambar-gambar berikut pada skrin PC untuk view lebih baik.

Desa Dairy Farm - Percutian Kota Kinabalu
Gambar 1
Kamera: Sony QX-100
Desa Dairy Farm - Percutian Kota Kinabalu
Gambar 2
Kamera: Sony QX-100
Desa Dairy Farm - Percutian Kota Kinabalu
Gambar 3
Kamera: LG Nexus 5
Desa Dairy Farm - Percutian Kota Kinabalu
Gambar 4
Kamera: LG Nexus 5
Desa Dairy Farm - Percutian Kota Kinabalu
Gambar 5
Kamera: Sony QX-100
Desa Dairy Farm - Percutian Kota Kinabalu
Gambar 6
Kamera: Sony QX-100
Desa Dairy Farm - Percutian Kota Kinabalu
Gambar 7
Kamera: LG Nexus 5

Pusat Pemerahan Susu

Desa Dairy Farm - Percutian Kota Kinabalu
Pusat pemerahan susu

Bahagian Dalam

Biosekuriti - Percutian Kota Kinabalu
Biosekuriti bagi memastikan kasut anda dari luar tidak membawa penyakit yang menjangkiti haiwan
Desa Dairy Farm - Percutian Kota Kinabalu
Panorama kandang lembu tenusu

Kurungan Anak Lembu

Desa Dairy Farm - Percutian Kota Kinabalu
Papan tanda

Kandang Lembu

Desa Dairy Farm - Percutian Kota Kinabalu
Papan tanda

Video

Anak lembu Desa
Lembu dewasa di kandang

Kembali: Kandungan Artikel


Ladang Teh Sabah

Tiada bayaran masuk, ianya percuma

Oleh kerana tiba di Ladang Teh Sabah ini pada jam 12 tengahari, kami tidak sempat untuk lihat proses pembuatan teh di kilang pada awal pagi. Kami hanya ambil foto kawasan sekitar ladang, minum Teh Sabah dan lihat rumah panjang.

Ladang Teh - Percutian Kota Kinabalu
Kenangan di ladang teh milik Sabah Tea di Ranau
No.PakejTermasukHarga
1.Lawatan Kilang Teh dengan Merasa Teh (1jam 30min)Video, Lawatan Kilang, Ujian Warna Teh, Taklimat Perladangan + Nota + 50g Teh & Pilihan:
Pilihan 1:
Sabah Tea + Sandwiches
RM17.50
Pilihan 2:
Sabah Tea + Tea Bites (Our specialty)
RM23.35
Pilihan 3:
Sabah Tea + Lunch Set
RM42
2.Lawatan Kilang Teh (45min)
8am - 12pm (Isnin - Sabtu)
Video, Lawatan Kilang, Ujian Warna Teh, Taklimat Perladangan + Nota & 50g Daun TehRM14
3.Lawatan Kilang Teh untuk Pelajar Sekolah Rendah (30min)Video, Lawatan Kilang, Ujian Warna Teh & Taklimat PerladanganRM7
4.Sampel Teh BerperisaSabah Exotic Tea:
Perasa pilihan Cinnamon, Ginger, Geranium, Pandan, Tongkat Ali, Lemongrass & Misai Kucing
Kumpulan 3-9 org:
Sampel 3 perasa
Kumpulan 10 org ke atas:
Sampel 5 perasa
RM5.85

Hubungi Sabah Tea:

Ladang Teh Sabah - Percutian Kota Kinabalu
Ladang Teh Sabah

Restaurant & Tea Shop

Kos minuman berjumlah RM18.65

Sabah Tea Restaurant - Percutian Kota Kinabalu
Terdapat juga restoran di sini serta kedai menjual barangan jenama Sabah Tea
Tea Shop - Percutian Kota Kinabalu
Kedai ini turut menjual cenderamata bagi pelancong yang datang ke sini
Teh Sabah - Percutian Kota Kinabalu
Gambar dari kiri: Sabah Tea Tarik Nalapak (Panas) RM5.25, Banana Milk Shake RM8.15 dan Sabah Tea with Cinnamon (Ais) RM5.25

Tidak lengkap rasanya jika datang kesini tanpa merasai sendiri rasa Teh Sabah.

Rumah Panjang

Rumah Panjang - Percutian Kota Kinabalu
Mari kita masuk dan lihat Rumah Panjang

Kembali: Kandungan Artikel


Poring Hot Spring

Tiket masuk RM3 seorang

Poring - Percutian Kota Kinabalu
Sungai
Poring Hot Spring - Percutian Kota Kinabalu
Selamat datang ke kawasan Air Panas Poring

Warga Malaysia

  • Dewasa 18 tahun keatas – RM3.00
  • Kanak-kanak 7-17 tahun – RM1.00
  • 6 tahun kebawah – Percuma
  • Warga Emas 55 tahun keatas – RM1.00

Foreigner (Without MyKad)

  • Adult 18 years above – RM15.00
  • Children 17 years – RM10.00
  • Children 6 years and below – Free
  • Senior Citizen 55 years above – RM10.00

*Pemastautin Malaysia yang tidak memiliki MyKad akan dikenakan kadar bayaran pelawat luar negara (Foreigner).

Kemudahan Asas

Poring - Percutian Kota Kinabalu
Surau turut disediakan di sini

Rainforest Restaurant

Rainforest Restaurant - Percutian Kota Kinabalu
Bagi pelancong yang menginap di sini boleh menjamu selera di Rainforest Restaurant

Kedai dan Kolam

Poring - Percutian Kota Kinabalu
Lihat papan tanda, banyak lagi kawasan di bahagian atas termasuk dua air terjun

Kolam Mandi Terbuka

Kolam Mandi Terbuka - Percutian Kota Kinabalu
Kolam air panas untuk yang mahu mandi di sini
Poring - Percutian Kota Kinabalu
Air panas Poring

Kawasan Lain

Sayang sekali tidak sempat naik ke Jambatan Kanopi kerana terlewat habiskan masa berendam dalam kolam air panas, ditambah pula ketika itu hujan jadi kami hanya duduk di kolam mandi. Jambatan Kanopi dibuka dari pukul 8 pagi hingga 4 petang.

Poring - Percutian Kota Kinabalu
Pintu masuk ke jambatan kanopi telah ditutup pada pukul 4 petang

Video

Kolam mandi air panas Poring

Kembali: Kandungan Artikel


Tanjung Lipat Corner

  • Kos makan malam untuk 3 orang berjumlah RM59
  • Kos makan malam seorang ialah RM19.66

Setelah kepenatan berjalan dan memandu sepanjang hari, pukul 8 malam kami tiba di Bandaraya Kota Kinabalu. Sebelum kembali ke hotel, makan malam terlebih dahulu. Destinasi makan malam hari ke-3 ialah Tanjung Lipat Corner.

Panorama Tanjung Lipat Corner - Percutian Kota Kinabalu
Panorama Tanjung Lipat Corner ketika kami makan malam di sini

Menu Makan Malam

Kembali: Kandungan Artikel


Hari Ke-4

8 Oktober 2015

Rumah Terbalik

Tiket masuk RM10.60 seorang

Rumah Terbalik - Percutian Kota Kinabalu
Rumah Terbalik Tamparuli

1. Rumah Terbalik

Warganegara:

  • Dewasa – RM10.60
  • Kanak-kanak – RM5.30
  • Bayi 3 tahun kebawah – Percuma

Bukan Warganegara:

  • Dewasa – RM19.10

2. 3D Museum

Warganegara:

  • Dewasa – RM24.40
  • Kanak-kanak – RM15.90
  • Bayi 3 tahun kebawah – Percuma

Bukan Warganegara:

  • Dewasa – RM35.00

3. Rumah Terbalik + 3D Museum

Warganegara:

  • Dewasa – RM31.80
  • Kanak-kanak – RM19.10
  • Bayi 3 tahun kebawah – Percuma

Bukan Warganegara:

  • Dewasa – RM47.70
Kereta Terbalik - Percutian Kota Kinabalu
Ini kereta pula terbalik, plat negeri Johor

Mango Garden Restaurant

Mango Restaurant - Percutian Kota Kinabalu
Mango Garden Restaurant

Video

Pengenalan sebelum masuk ke dalam Rumah Terbalik

Kembali: Kandungan Artikel


Buah Tangan

Sebelum ke Lok Kawi sempat kami singgah sebentar di Pasar Kraftangan beli sedikit barangan untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur.

Buah Tangan - Percutian Kota Kinabalu
Memilih makanan ringan

Pekena lagi sekali Puding Kelapa 😀 Masih teringat Puding Kelapa di Gerai Kak Tini. Puding Kelapa dalam cawan, secawan RM2.50.

Kembali: Kandungan Artikel


Lok Kawi Wildlife Park

Tiket masuk RM10 seorang

Lok Kawi Wildlife Park - Percutian Kota Kinabalu
Pintu utama Lok Kawi Wildlife Park

Warganegara

  • Dewasa 18 tahun keatas – RM10.00
  • Kanak-kanak 3-17 tahun – RM5.00
  • Warga Emas 60 tahun keatas – Percuma
  • Orang Kelainan Upaya (OKU) – Percuma

Foreigner (Without MyKad)

  • Adult 18 years above – RM20.00
  • Children 3-17 years – RM10.00

*Untuk menikmati harga tiket sebagai Warganegara Malaysia, sila tunjukkan MyKad anda.

Destinasi terakhir dalam percutian ini ialah Lok Kawi Wildlife Park yang terletak di Putatan sejauh 17km dari KKIA.

Borneo Treasures - Percutian Kota Kinabalu
Kedai cenderamata Borneo Treasures di Lok Kawi Wildlife Park

Gambar Haiwan

Kawasan Lok Kawi Wildlife Park adalah luas, saya sendiri tidak lihat sampai habis, berikut antara gambar-gambar haiwan yang dilihat disini.

Harimau Belang Lok Kawi Wildlife Park - Percutian Kota Kinabalu
Harimau Belang

Video

Gajah Lok Kawi

Kemudahan Asas

Tram - Percutian Kota Kinabalu
Perkhidmatan tram dikenakan bayaran RM2

Perkhidmatan Tram

  • Operasi: Setiap hari
  • Masa: 10am, 11:15am, 2pm & 3:15pm
  • Bayaran: RM2 seorang
Lok Kawi Wildlife Park - Percutian Kota Kinabalu
Kawasan untuk melihat haiwan

Salah satu kemudahan yang bagus disini, setiap kawasan disediakan tempat untuk melihat haiwan.

Taman Botani

Taman Botani - Percutian Kota Kinabalu
Pintu masuk Taman Botani

Taman Botani terletak di penghujung kawasan.

Kembali: Kandungan Artikel


Pulang ke Kuala Lumpur

Kembali: Kandungan Artikel


Laporan Bajet

No.PerkaraKos Seorang
JUMLAHRM924.10
1ERL ke KLIA2RM26.50
2Air Asia
a) TiketRM159.00
b) Baggage (15kg)RM53.00
3Kereta SewaRM110.00
4PetrolRM34.00
5HotelRM227.00
6Makan & MinumRM120.00
7Aktiviti PulauRM66.00
8Desa Dairy FarmRM5.00
9Ladang Teh SabahPercuma
10Poring Hot SpringRM3.00
11Rumah TerbalikRM10.60
12Lok Kawi Wildlife ParkRM10.00
13ShoppingRM50.00
14Lain-lainRM50.00

Perbelanjaan shopping mungkin berbeza antara kami. Anda boleh jadikan ia sebagai anggaran kasar.

Kembali: Kandungan Artikel


Review

Penilaian Saya

PemandanganCantik
MakananSedap
Pulau SapiDiving
Pulau ManukanBanyak Kemudahan
BajetSederhana


Penutup

Akhirnya berjaya juga laksanakan percutian ini sebagaimana yang dirancang sebelum ini. Sebenarnya percutian ini untuk 4 orang, tetapi seorang tidak dapat sertai pada saat-saat akhir. Akhir kata dari saya, datanglah ke Kota Kinabalu saksikan sendiri suasana dan tempat-tempat menarik yang terdapat disini dan satu lagi makanan disini sedap. Segala info yang dipaparkan disini untuk rujukan semua, bolehlah anda membuat persediaan awal berdasarkan pengalaman yang saya lalui disini.

Sesiapa yang merancang ke Langkawi, baca artikel Percutian Langkawi.

Kembali: Kandungan Artikel

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Kerja dari rumah dengan iLancee

45 Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

Perkongsian Artikel

Jika artikel ini bermanfaat, sila kongsikan bersama rakan-rakan anda!

Percutian Kota Kinabalu selama 4 hari 3 malam

Review Percutian Kota Kinabalu selama 4 hari 3 malam pada Oktober 2015. Untuk maklumat lanjut baca artikel ini.

Kongsi bersama rakan