Utama / Kandungan Artikel / Travel / Percutian Langkawi buat pertama kali bersama rakan-rakan
Malaysia Travel

Percutian Langkawi buat pertama kali bersama rakan-rakan

Percutian Langkawi - Featured
Imej oleh Adi Azudin
Percutian Langkawi pada 18 hingga 21 Mei yang lepas sangat menghiburkan dan merehatkan minda. Buat pertama kali menjejakkan kaki ke destinasi yang dikenali sebagai Permata Negeri Kedah ini iaitu Pulau Langkawi yang terletak di Laut Andaman di Utara Semenanjung Malaysia.

Berikut merupakan catatan percutian kami di Langkawi, semoga perkongsian ini boleh dijadikan panduan kepada sesiapa yang merancang untuk bercuti di sana.

Review ini saya terus beritahu kos pada setiap topik supaya memudahkan anda untuk membuat perkiraan bajet. Fokus kepada “percutian bajet” yang boleh di ikuti oleh semua.

Info yang disediakan dibawah semoga membantu anda untuk membuat perancangan awal sebelum bercuti ke Langkawi. Apabila disana nanti anda boleh jimatkan masa tanpa perlu tercari-cari perkhidmatan yang diperlukan. Masa cuti adalah singkat, jangan bazirkan masa anda. Penyedia perkhidmatan yang saya dan rakan-rakan gunakan ketika di Langkawi semuanya tertera di bawah, anda boleh mesej atau telefon mereka sendiri untuk pertanyaan dan tempahan.

Penafian: Saya bukan agensi travel yang menyediakan pakej percutian kerana melalui artikel ini saya telah menerima banyak emel bertanyakan pakej percutian di Langkawi. Saya seorang pelancong yang hanya berkongsi maklumat melalui artikel ini.

Percutian Bersama

Zurimie

Helmi Mohammed

Hadi

Hadi Ahmad

Zoul

Faizul Yasin

Kandungan Artikel

Hari Pertama

Hari Kedua

Hari Ketiga

Hari Keempat

Lain-lain

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Kerja dari rumah dengan iLancee

240 Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

  • Minggu depan nak pergi Langkawi, nasib baik jumpa artikel ni, baru boleh plan nak pergi mana-mana dengan bajet yang sesuai, terima kasih.

  • Artikel yang sangat membantu. Sangat detail dengan harga, lokasi dan masa. Thanks for this article, I like it. Rasa tak sabar nak pi Langkawi!

    • Salam Maria,
      Bila-bila boleh mengikut janji dengan pemilik kereta, hubungi kereta sewa berkenaan bincang bila mula, di mana dan bila akhir dan di mana, itu sahaja.

  • Assalamualaikum, bagus blog tuan. Boleh saya tahu berapa jam tempoh untuk aktivity Magrove Tour? Dari pukul berapa sampai pukul berapa? Sebab untuk Island Hopping tuan ade nyatakan 4 jam iaitu pukul 9 pagi dan 2 petang.

  • Salam bro Adi, teruja apabila tengok itinerary bro ke Langkawi. Saya dengan seorang kawan hendak pergi Langkawi pada 14-16hb November ini. Tiket sudah beli cumanya saya ada persoalan-persoalanlah sikit. Untuk makluman bro saya oku guna kerusi roda, so soalan saya ialah:

    1. Tiket-tiket untuk masuk Cable Car, Bird of Paradise, Underwater World tu dia ada bagi harga oku tak?
    2. Jikalau buat Island Hopping, pergi Pulau Dayang Bunting tu ada tangga kan? Agak-agak susah tak? dan nak pergi pulau lain tu sesuai ke?
    3. Puncak Cable Car tu pon susah tak bergerak dengan menggunakan kerusi roda? Ada tangga jugak ke?

    Kalau yang macam air terjun tu rasanya memang susah la kan nak pergi sebab berdua je, tak larat la nak angkat. Mintak bro jawab ye sebab tak tau lagi macam mana ni, terima kasih!

    • Terima kasih Suhazli kerana bertanyakan soalan kepada saya.

      1. Saya tidak pasti berkenaan harga tiket untuk OKU, kena telefon dahulu untuk pastikan tentang perkara ini.
      2. Guna kerusi roda susah untuk ke pulau, bagaimana saudara mahu menaiki bot?
      3. Ye, puncak Cable Car ada tangga.

      Semoga jawapan saya membantu saudara.

  • Salam tuan, hendak tanya yang extra charge hotel macam selimut, kipas dan sebagainya itu maksudnya bagaimana?

  • Assalamualaikum, saya nak merancang percutian awal Januari ini dengan suami. Saya tak tahu bagaimana nak merancang percutian ke Langkawi dengan bajet yang rendah selama 3 hari 2 malam.

    • Salam nak tanya sedikit, saya bercadang untuk ke Langkawi tahun baru ini, bolehkah bagi pendapat tentang keselamatan keadaan di Langkawi sekarang kerana saya bercadang menaiki feri dari Perlis, ada kawan bagi tahu sekarang tengah ribut, so selamat ke saya hendak ke sana dengan menaiki feri dan menjalankan aktiviti-aktiviti di sana?

    • Bergantung kepada minat juga, cadangan persendirian saya jika saya seorang diri di sana, akan pergi Island Hopping sebab boleh lihat keindahan pulau dan SkyCab untuk lihat pemandangan di Gunung Mat Cincang.

  • Jalan dekat langkawi tu kalau pakai kereta sesak tak? Ingat nak sewa kereta je nnti klau tk sesak sangat 😅

  • Awesome. Terperinci blog awak, kakak suka. Dapat info untuk kakak pergi Langkawi pada Mac 2017 nanti bawa family. Sudah 10 tahun tak gi ni berkobar-kobar semangat. Terima kasih Adi.

  • Apa maksud kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan? Bagaimana dengan keluarga yang bawa anak? Mohon penjelasan, terima kasih.

  • Saya Marliana Hamzah, baru berjinak-jinak dengan travel agency, kira baru sahaja bermula. Saya mahu tanya jika saya boleh promosikan pakej-pakej yang pihak tuan Adi tawarkan kepada customer saya sebab sejak saya bagitahu mereka bahawa saya ada buka agensi alhamdulilLah ramai yang bertanya hendak minta quotation pada saya tetapi saya belum ada pakej yang menarik hendak ditawarkan kepada mereka. Jika dapat jasa baik pihak tuan Adi boleh bantu saya.

    • Hai Marliana,
      Saya bukan travel agency tetapi saya suka travel. Saya seorang blogger yang sangat suka sebarkan maklumat untuk manfaat pembaca semua, matlamat saya ialah untuk memperbanyakkan artikel bermutu di dalam Bahasa Melayu.

  • Assalamualaikum.
    Apa khabar? Jujurnya, pakcik teruja membaca catatan perjalanan Adi Azudin. Insha’alLah, pakcik sedang merancang untuk bersantai bersama keluarga ke Pulau Langkawi pada Disember 2016. Izinkan pakcik menyantuni catatan perjalanan Adi Azudin sebagai rujukan. Terima kasih dan wassalam.

    • Wa’alaykum al-Salam,
      Khabar baik dan terima kasih tuan Khairi Khairuddin kerana melawat dan membaca artikel ini. Silakan berkongsi artikel ini jika penulisan saya ini bermutu dan memberi manfaat.

  • Assalammualaikum En Adi Azudin,
    Saya Masniza, plan hendak bercuti di Langkawi bersama kawan-kawan bulan 10 nanti selama 4 hari 3 malam. Sekarang tengah survey budget yang paling cun, agak-agak kalau pergi berdua berapa kos percutiannye. Lagi satu, memang kena sewa kereta ke di sana? Tiada perkhidmatan teksi or etc? Oh kami rancang nak pergi naik flight, mana satu lagi best naik bas or naik flight? Best dari segi masa dan budget. Terima kasih yer, emm IG cik apa yer?

  • Salam, saya Atie.
    Saya ingin meminta pendapat dari encik, jika saya bercuti ke Langkawi sehari sahaja, kemanakah tempat yang menarik perlu saya pergi demi tidak mensia-siakan percutian saya? Terima Kasih.

    • Salam Atie,
      Tempat menarik dalam masa sehari, pergi Island Hopping, petang ke Oriental Village naik SkyCab, 2 aktiviti ini dah hampir malam. Pada sebelah malam tidak banyak perkara boleh buat selain makan-makan.

  • Jom datang Sabah tuan, pastu bagi komen tentang Sabah pulak, kakak boleh rekemen baaaaanyak tempat yang murah dan cun.

  • Artikel ni memang bagus untuk orang yang baru first time nak pergi macam saya hehe and hey I live in Pandan Indah too 🙂
    Terima kasih banyak sebab buat entry ni

  • Assalam,
    saye nak tnye berkenaan island hopping, tiket masuk kita boleh dapatkan di mana? ade kaunter tiket or kena book mane2 agen?

  • Salam Adi,
    Saya nak tanya, awak sewa kereta di lapangan kemudian kereta itu di bawa sekali naik feri ke? atau sampai Langkawi baru sewa kereta?

      • Adi, jika saya tinggal di Kuah, Hotel Adya Langkawi. Adakah jauh untuk saya buat aktiviti Island Hopping, Skycab dan pergi air terjun.

    • Jika solo tiadalah share, semua tanggung penuh. Jika sewa kereta mungkin boleh tukar kepada kereta yang kecil ataupun motosikal. Bilik hotel pula kena pilih bersesuaian dengan bajet. Perbezaan antara solo dengan berkumpulan hanya kos penginapan dan kenderaan, perkara lain sama.

  • Salam, macam mana boleh dapat harga kereta sewa 2 ratus lebih utk 4 hari, murah tu. Ada jugak contact Tengku tu, dekat seratus jugak sehari weekday.

  • Salam,
    Maaf mahu bertanya, kalau join Island Hopping ada apa-apa fee perlu dibayar yg tidak termasuk dlm pakej seperti ke Tasik Dayang Bunting tu?

  • Salam,
    Nak tanya, habis aktiviti Island Hopping pukul berapa? dan sampai ke Skycab pukul berapa? Nak bajet masa, Tq.

  • Salam En. Adi, saya nak bercuti bulan 8 ni untuk 4 orang dewasa selama 3 hari 2 malam ade tak pakej yang bersesuaian dan harga yang ok?

  • Beriklan di ruangan komen adalah dilarang. Boleh rujuk Polisi Komen di atas sebelum anda hantar komen di sini. Saya amat suka jika anda menghubungi terus menggunakan borang pertanyaan, mungkin saya boleh bantu buat artikel review bagi perniagaan anda.

  • Assalam, bajet berapa ye untuk seorang dari tiket pergi balik, makan, masuk tempat-tempat seperti Sky Cab, Island Hoping, Tasik Dayang Bunting + shopping…

  • Antara Mangrove dan Island Hoping mana tuan rasa sesuai untuk bawa orang tua? Sy baru 1st time nak pegi Langkawi bersama ibu bapa saya. Adakah aktiviti ini sesuai pergi waktu pagi je? Kami plan nak pegi Island Hoping dan Mangrove Tour pada hari yg sama.

    • Jangan rushing sangat semasa bercuti, tidak dapat buat 2 aktiviti berkenaan dalam 1 hari. Kedua-dua aktiviti dilakukan pada waktu pagi. Soal bawa orang tua saya tidak tahu untuk berikan jawapan, jika mereka masih sihat bolehlah.

  • Anyone tahu mcmne nak dapatkan agent untuk snorkeling di Langkawi, cthnya di Pulau Beras Basah sebab di Pulau Payar mahal dan ambil masa seharian. Tq Encik Adi.

  • Hi, saya berminat nak ke Langkawi bln 4 ni bersma suami saya. Blh bgtau pakej dan hrga untuk 2 org? Ada pakej Kota Kinabalu x?

  • Assalamualaikum. Nak Tanya kalau saya nak pergi seorang, tpi saya tak pandai drive ada tak cara untuk saya jalan-jalan ke tempat yang menarik di sana nanti.

  • Hi Adi, saya nak tanya. Sebelum ni saya ada terbaca Sky Cab RM15 untuk seorang dgn MyKad. So Skrg RM20 ke untuk seorang.
    Bagi sebuah Sky Cab berapa orang blh naik ya? Sky bridge dah boleh visit ke skrg? Tq ya

    • Hai Ika,
      Harga dalam blog Adi terkini, memang betul apa yang Adi tulis RM20 (Gondola Biasa) bagi dewasa. Gondola biasa boleh muat 6 orang. Sky Bridge dah buka.

    • Wa’ alaykum al-Salam,
      Kakak Aelyna, saya baru berhubung dengan Asthar Travel untuk tanya berkaitan Mangrove Tour. Aktiviti ini hanya dibuat di waktu pagi sahaja, pukul 9:20 pagi.

  • Hi terima kasih ats info blog yg pdt dan sgt berguna utk org yg baru pertama kali hendak ke Langkawi.
    Sy cuma nk tnya, aktiviti sprt Island Hopping dan Mangrove Tour adakah ia terlalu memenatkan? Adakah sesuai utk ibu mngandung 5/6 bulan? Dan tempat shopping, selain dr tempat yg anda pergi, ade x cadangan tempat lain utk shopping? Terima kasih 😄

    • Hai Zyra,
      Bagi saya tidak penat, saya rasa biasa je. Soalan ni saya tak tahu nak komen, ibu mengandung 5/6 bulan. Tempat shopping yang lain di pekan Kuah, saya tak pergi shopping di pekan Kuah semasa di sana.

  • Assalamualaikum,
    Saya plan nak pergi bercuti ke Langkawi awal Mac ni bersama keluarga. Kalau macam aktiviti Island Hoping dengan Mangrove Tour tu sesuai tak untuk mak ayah saya yang berumur 50 ke atas? Macam mak saya sakit lutut sesuai tak? Sebab tengok pic macam kena daki anak tangga, kesian pulak mak saya kalau nak kena daki tangga tinggi-tinggi.

    • Wa’ alaykum al-Salam,
      Aktiviti memanjat, mendaki dan seumpamanya saya syorkan kepada yang sihat, Cik Fida sendiri faham keadaan mereka kan? Lebih baik buat aktiviti yang lebih santai seperti ke Mardi Langkawi Agrotechnology Park, boleh makan buah-buahan.

        • Mangrove Tour ambil masa 5 jam, dibawa mengelilingi sekitar Kilim Geoforest Park. Most of the time dalam bot, berjalan juga untuk masuk ke Gua Kelawar. Berjalan di jeti, nak naik bot, masuk gua jikalau sakit lutut macam mana tu? Boleh tahan ke?

          • Baik, faham dah. Bertanya dulu so senang saya nak plan aktiviti ape yang sesuai. Maybe next time boleh la kot cuba aktiviti yang mencabar sikit. Terima kasih ye atas perkongsian. By the way, nice blog.

  • Salam,
    Untuk island hopping, ok x pakej dengan Amzar Motel? Kereta sewa pun dari Amzar kan? Time ni Sky Bridge dah buka ke belom sbb sy tgk kat website ada sky bridge cuma harga tiket x termasuk dlm hrga combo.

    • Salam Adibah,
      Pakej Island Hopping yang ditawarkan oleh Asthar Travel baik dan memuaskan, tiada masalah. Bukan, kereta sewa dengan Zaf Langkawi Travel, hopefully Adibah dah baca penuh keseluruhan apa yang saya tulis. Semasa saya pergi sana Sky Bridge masih dalam pembinaan dan naik taraf, perlu semak harga berkaitan, mungkin saya akan kemaskini artikel untuk masukkan harga yang berkenaan supaya pembaca mudah cari maklumat.

  • Menarik, saya plan nak bawa wife bulan 4 ni. Tempat ni agak menarik lah, rasa nak booking jer 2 malam kat sini.

  • Salam Cik Adi,
    Saya sekeluarga ingin bercuti ke Langkawi hujung bulan ini. Boleh sarankan saya travel agent yg bagus untuk kesana dengan pakej yg menarik, memandangkan ini adalah kali pertama kami akan kesana untuk 4 org dewasa.

    • Salam Cik Zarina,
      Agensi travel nak kena cari dan tanya dulu lah sebab saya ke sana pun semua aktiviti tempah sendiri setiap satu, tiada perancangan pula untuk guna khidmat agensi travel.

  • Tuan Adi, kenapa ye bayi x dibenarkan? Saya dh book T Star Cottage ni utk 2 blk. Ingat nk bawa baby 10 bulan. Kenapa x boleh? Rasa mcm ruginya booking T_T

    • Ye saya, jika ikut polisi, mereka memang tidak benarkan langsung kerana untuk jaga privacy pelanggan, tidak mahu gangguan bising daripada kanak-kanak. Saya syorkan Cik Nisa call mereka.

  • Assalamualaikum En. Adi. Ada tak perkhidmatan kereta sewa yg mana menghantar kenderaan sewa ke hotel tempat penginapan? Sebab saya bercuti disertakan pkhidmatan knderaan mhantar n mgambil dr airport ke airport. Jd sy ingin tahu jika ada pkhidmatan tsebut di sana. Terima kasih.

      • Ouh yeke? Sebab saya akan pergi sana dalam bulan 3 ini 🙂 Ouh ye saya nak mintak pandangan Encik Adi Azudin, antara T Star Cottage dengan Sandy Beach Resort yang mana lebih baik ye, lagi pun di T Star Cottage tempat letak kereta tak di sediakan betul ke? Mohon pandangan Encik Adi, terima kasih. 🙂

        • Yeke apa Arianna? Tentang Sandy Beach Resort saya belum pernah cuba jadi tak boleh komen. Tempat letak kereta di T Star Cottage memang tak ada, saya sudah terangkan dalam artikel.

          • Saya akan ke sana dalam awal bulan 3 ni, cuma nak mintak pandangan Encik Adi. Saya just cari penginapan dan kenderaan sahaja.

  • Hai assalamualaikum,
    Boleh ke sy tye. Dekat Pantai Cenang ada ke homestay atau hotel yang berdekatan sebab sy tak tahu dekat area sana yang bajet?

    • Hai Ieda,
      Nak kena survey dulu beberapa hotel disana. Pantai Cenang banyak juga hotel, salah satu penginapan bajet yang saya tahu ialah AB Motel, yang lain tu kita kena listkan dulu dan buat perbandingan. T Star Cottage yang saya menginap taklah jauh dengan Pantai Cenang, masih dekat.

  • Hai, assalamualaikum.
    Saya nak tanya, tiket SkyCab tu awak beli kat kaunter atau dah booking awal2? Kalau beli kat kaunter, amik masa tak?

  • Salam..
    Nak tanye tiket utk Mangrove Tour bole dibeli bila? Perlu buat booking dulu or boleh terus beli disana? and Mangrove Tour tu bukak pukul berape ye sbb nk susun jadual. Thank you.

    • Salam Zafira,
      Boleh hubungi Asthar Travel untuk pertanyaan lanjut dan tempahan. Kebiasaannya jam 8:30 pagi kena bersedia untuk Mangrove Tour, sebabnya tour memerlukan masa selama 5 jam. Beli tiket di jeti saya khuatir tak ada, jadi lebih mudah hubungi travel agency yang saya sarankan.

  • Hi assalam.
    Pada pndapat peribadi u, T Star Cottage ni memuaskan atau x secara keseluruhan? Dari segi bau-bauan? Binatang liar contoh kera atau sebagainya, sebab ia brdekatan dgn hutan n klo ok sy nk tmpt utk prcutian sy nnt. Tq atas jawapan jujur.

    • Hi Rara, pendapat peribadi saya T Star Cottage memuaskan, berbaloi dari segi bajet dan tiada masalah. Sepanjang 4 hari 3 malam, aktiviti kami sangat padat, keluar awal pagi dan balik hotel kadangkala untuk tukar pakaian dan pergi jalan-jalan ke tempat seterusnya.

  • Assalamualaikum.
    Boleh tlg bagitahu tak jarak dan tempoh masa memandu antara T Star Cottage dan jeti utk Island Hopping dan T Star Cottage ke tempat Mangrove Tour. Terima ksh, blog yg amat baik utk rujukan.

    • Wa’ alaykum al-Salam.
      Jarak dari hotel ke Jeti Teluk Baru adalah sangat dekat, memandu dalam 5 minit sudah sampai. Jarak untuk ke Tanjung Rhu bagi Mangrove Tour jauh sikit dalam 45 minit seingat saya.

  • Salam. Nak tanya pasal SkyCab tu. Kat atas tertulis, harga menaiki Gondola Biasa ialah RM35 seorang. Tapi yang tertulis dalam bajet hanyalah RM20 (SkyCab + SkyDome). Kemusykilan saya, adakah harga menaiki SkyCab RM35 ataupun RM20?

  • Salam…
    Thanks utk semua info ye Adi. Senang sikit keja akk lepas ni sbb akk kena arrange office trip ke Langkawi. Alhamdulillah, semua info dah adoo 😉
    Tq again!

  • Assalamualaikum wbt
    Nk tanya, saudara amek 1 bilik je ke untuk 3 org kt T Star Cottage? Saya nak pergi bertiga tapi polisi T Star Cottage x membenarkan lebih daripada dua orang kan sebilik? Please advise!

    • Wa’ alaykum al-Salam.
      Ye Myra, polisi penginapan T Star Cottage adalah 1 bilik untuk 2 orang sahaja. Penerangan saya di atas ialah sebilik kami berkongsi kos penginapan untuk 2 orang, mana ada saya cakap kongsi 3 orang. 🙂 Jikalau mahukan sebilik untuk 3 orang, kena survey hotel lain.

  • Simple tetapi info yang padat. Gambar-gambar yang dipost pun nice and clear. Terima kasih banyak-banyak, sebab memang plan untuk buat family gathering next year. Awesome!!

  • Best la artikel Adi ni. Banyak info saya dah note sebab nak pergi Langkawi next year. Bukan tak pernah pergi tapi kali ni pergi bawa anak-anak pulak. So, untuk entrance fee tu sangat-sangat berguna la. Yang shopping coklat tu pada saya pun memang kat Underwater World tu lagi murah dari tempat lain. Tapi kena survey jugak la nanti sebelum beli.

    Boleh tanya, yang member Hadi tu orang Perak ke? Muka dia sama macam kawan satu course kat UTM tapi tak ingat nama dia Ahmad b. Mohamad ke Mohamad b. Ahmad?

  • Info yang sgt padat dan berguna. Insyaallah tahun depan saya akan ke Langkawi pula, so memang berguna sgt la ini info, hehhehe. Cuma saya ada dengar orang kata kalau nak ke Langkawi, jangan pergi waktu cuti sekolah @ public holiday, nanti banyak harga barang naik. Betul ke tuan?

    • Terima kasih kerana luangkan masa membaca artikel ini. 🙂
      Ye betul, harga barang atau perkhidmatan selalunya naik di musim cuti. Sebagai contoh, harga sewa kereta lebih mahal waktu hujung minggu dan musim cuti.

      • Bulan depan insyaAllah akan ke Langkawi, artikel tuan ini wajib saya jadikan rujukan. Walaupun suami saya org Kedah dan pernah bkerja di Langkawi! 🙂

        • Terima kasih Puan. Nanti bolehlah berkongsi pengalaman percutian di Langkawi. Mana tahu kalau-kalau ada info baharu yang perlu saya tahu dan tambah di blog ini. 🙂

  • Menarik… sy berminat nk pergi bercuti di sana pada tahu depan 2016, bln Feb. Blh encik contact no hp sy x? Sng sy nk deal ngn awk, tq.
    013******* – Zaff

  • Tq info..sya pon nk g jugak ni..tapi nk kepastian skali lgi btul ke kat T Star Cottage xleh bwa budak? Klo ank sya umo 9 ngan 5 thun? Klo btul, kat mne tempat lgi yg best?

    • Terima kasih Mimi kerana baca artikel ini. Ye betul, polisi T Star Cottage ialah tidak benarkan kanak-kanak 12 tahun ke bawah menginap bagi mengelakkan gangguan kepada penghuni lain. Kena cari hotel lain nampaknya.

  • Informasi yang lengkap dan gambar pun menarik. Walaupun saya dah banyak kali pergi Langkawi, tapi kena juga cari latest info. Dapat info tempat breakfast area Pantai Cenang (yang dekat Fave Hotel tu), terima kasih tuan blog 🙂

  • Good Info.. baru planning mau g Langkawi, mmg tak tahu apa2 tempat yg best di sana n masih mencari penginapan yang sesuai

    • Syuhada, saya juga pertama kali ke Langkawi haritu. Apa yang saya buat hanya rancang percutian sebaik yang boleh dan hasilnya apa yang Syuhada dah baca dalam artikel ini.

  • Salam tuan rumah, makanan fresh nelayan itu alamatnya di mana ya? Terima kasih atas perkongsian yang jelas, bermanfaat dan sangat membantu tentang Langkawi dan lain lain destinasi ini.

  • Terima kasih, info yg amat membantu. Kami sekeluarga pun tengah kumpul mklumat dn kira budget utk percutian Dis ni.. harap dpt share itinerary percutian lain sebagai panduan. Tqvm

    • Hai Siti, terima kasih juga berkunjung di blog ini. Ikuti perkembangan percutian Adi, pasti saya buat artikel lengkap seperti ini. Baca artikel Kota Kinabalu dan akan datang saya pergi ke Koh Samui dan percutian lain bakal menyusul.

  • Salam tuan, nak tanyalah. Kalau nak tempah kereta sewa. Seeloknya tempah awal atau sewa bila dh sampai disana ye? Kalau sampai airport ada ke tmpt sewa kereta yg ok? If boleh respond di whatsapp pon ok dkt email sy pon ok.

  • Salam. Nak tanya, semua aktiviti tu memang sampai Langkawi baru bli tiket ataupun memang da telefon and booking awal2?

    • Wa’ alaykum al-Salam.
      Hanya hotel yang ditempah awal, yang lain buat semasa di sana. Selepas ini, jika saya datang lagi ke sana, saya akan guna perkhidmatan yang saya sudah guna sebelum ini seperti kereta sewa. Masalahnya Cik Zayani, sebelum ini saya tidak jumpa mereka yang telah berikan servis terbaik kepada saya ketika di Langkawi, blogger lain bagi review yang samar-samar tiada tunjuk maklumat lengkap. Jadi saya buat ini semua supaya kita sama-sama boleh share.

  • Salam.. Bang.. T Star Cottage tu okay tak? Sebab saya baru je book untuk ground floor without aircond. Tapi yg available hanyalah pakej Kampung. Ada baca review orang kata banyak monyet lah nyamuk lah, risau pulak

    • Ye Fa, hotel tu ok, abang berpuas hati ketika menginap disana. Memang ada monyet pon, belakang hotel dipenuhi pokok. Pastikan tutup pintu jika tiada dalam bilik takut nanti monyet masuk. Tak perlu risau sangatlah, suasana kat situpon nyaman.

  • Info yg sgt bagus utk org yg first time pegi mcm sy ni.. Memang tercari-cari info mcmni sebab nk pegi Langkawi pada 3/10 ni. Banyak lagi yg sy tak tau, cuma nk tnyer perjalanan dr Island Hopping smpai ke Underwater World tu, semua tu kat Pantai Cenang ke? Maaf bertanya sbb xtau. Terima kasih.

    • GoPro saya akan pakai untuk percutian akan datang, masa ini tiada GoPro. Semua gambar hanya dari phone Nexus 5 kecuali gambar-gambar tertentu yang saya nyatakan dari Sony QX100 atau iPhone6 Plus.

  • Bos, ada soalan… jika bawa kanak2 berumur 1 thn – 6 thn sesuai tak pergi Island Hopping & Mangrove? Please advise, tq

    • Pada pandangan saya tak sesuai, nak kena dukung kanak-kanak dalam bot lagi, bot boleh tahan juga goyangnya, kalau kena time hujan macam saya balik dari Mangrove Tour haritu memang basah habis. Kanak-kanak 10 tahun keatas baru sesuai untuk aktiviti seperti ini.

      • Salam En. Adi,
        Baru plan nak bawak anak join Island Hopping and Mangrove tour ni, rupa2nya x sesuai yer. Terima kasih utk information ni sangat berguna. Plan nak ke Langkawi pada Mei 2016 ni. Keep on writing ya!

  • Wahhh bestnya! Saya dh book kt T Star sebab dalam map cari paling dekat dengan Holiday Villa. Agak cuak jugak la sbb takde jumpa proper review pasal hotel tu. Now dh jumpa u punya blog! Thanks for sharing! Hehe

    • Bagus Kin, semoga percutian di sana nanti berjalan dengan baik. Saya berpuas hati ketika menginap di T Star Cottage. Saya akan cuba lagi menulis dengan baik untuk percutian akan datang, selalu lah berkunjung ke blog ini 🙂

  • Salam nak tanya macam mana nak contact sweet inn hotel situ, macam berpatutan je harga nya xde nyatakan pun contact num dia.

  • Salam. Hai,
    Sangat berminat dengan T Star Cottage tu. Saya nak tanya, kalau dari airport ke Cottage tu dekat tak? Perlu sewa kereta di airport atau sewa je kereta kat T Star Cottage tu? Mengenai bilik pulak, towel memang tak disediakan ye? Bilik bawah hanya ada kipas je ke? Tq

    • Hai Hana Farhana,
      Airport ke T Star Cottage tak jauh, dalam 20 minit saya drive masa di sana. Saya sewa kereta dengan Abang Zamri tu, kereta dia ada di airport so saya tak cari tempat lain dah, lagipun harga kereta yang disewakan tu pon berbaloi. Masa check-in di T Star Cottage mereka bagi untuk sebuah bilik 2 tuala dengan 2 ketul sabun (Sebab kami berdua dalam sebuah bilik) 😀 Ye, bilik bawah hanya ada kipas.

  • Saya akan bercuti ke Langkawi pada 21-23/8. Informasi anda sangat menarik sedikit sebanyak akan saya jadikan panduan.

    • Semoga rancangan percutian berjalan rapi. Apa yang saya sarankan melalui penulisan saya disini, bolehlah juga digunapakai untuk persediaan ke sana Jumaat ini (21 Ogos).

  • Memang detail. Artikel terbaik tentang Langkawi yang pernah saya baca. Gambar-gambar yang disertakan juga cukup membantu. Cuma lambat nak loading, terpaksa refresh banyak kali baru boleh tengok semua. Mungkin sebab gambar bersaiz agak besar kot. Anyway, saya nak share maklumat tentang Langkawi juga. Agak ringkas tetapi mungkin membantu: Senarai tempat menarik di Langkawi.

  • Infomasi yang sangat berguna sebagai panduan. Cara penceritaan yang cukup baik, senarai kandungan dan paparan Street View yang banyak membantu. Dengan perkongsian artikel seperti ini, menjadikan daya tarikan kepada pembaca untuk juga merasai percutian yang sama.

  • Lengkap! Informasi perjalanan begini sangat membantu bagi mereka yang mahu berkunjung ke Langkawi. Ada juga antara tempat yang dinyatakan belum pernah lagi saya sampai (ie; Telaga Tujuh, Durian Perangin). Insya-Allah, satu hari nanti.

    Oh! Tak borong coklat?

Perkongsian Artikel

Jika artikel ini bermanfaat, sila kongsikan bersama rakan-rakan anda!

Percutian Langkawi buat pertama kali bersama rakan-rakan

Anda sedang mencari info percutian Langkawi? Berapakah bajet yang diperlukan untuk ke sana? Jawapannya ada di dalam artikel ini.

Kongsi bersama rakan